Chapter 3 : Hop On!

639 65 15
                                    

Bab 3


Luhan memandang minuman mocha yang berada di hadapannya itu. Selama seminggu berturut-turut dia menerima minuman itu dari orang yang sama. Lelaki yang sama. Lelaki yang dia langsung tidak kenal. Dia juga tidak begitu mengecam wajah sebenar lelaki itu memandangkan dia sentiasa memakai topi.

"Awak tak nak balik?"

Luhan menoleh pantas. Baekhyun kini sudah bersedia dengan jaket dan beg sandangnya. Bersedia untuk pulang. Kafe itu sudah tutup dan syif mereka juga sudah tamat untuk hari itu.

"Ya." Luhan mengangguk. "Jom lah kita balik."

Baekhyun menghulurkan kunci rumah kepada abangnya itu. "Saya nak pergi beli makanan si Kokobop tu."

Luhan mengerutkan dahinya. "Kedai mana pula buka malam-malam macam ni?"

Baekhyun hanya menggolekkan bebola matanya. "7 Eleven tu kan ada berlambak kat dunia ni."

Luhan hanya menggerutu. "Kalau macam tu saya balik dulu lah."

Baekhyun hanya mengangguk sebelum keluar dari kedai itu tanpa sebarang kata. Luhan memandang cawan mocha yang berada di hadapannya itu kemudian meneguk sehingga habis. Seperti biasa, rasa minuman itu sangat sedap. Ia sememangnya berbeza dengan minuman latte yang sentiasa dibuatnya. Tapi ia tidak kurang sedap.

"Saya balik dulu, Lay!"

Jeritan itu hanya dibalas dengan sahutan dari dapur. Luhan mencapai barang-barangnya sebelum beredar keluar. Dia menderam apabila mengetahui hujan sedang turun dengan lebat. Dia langsung tidak perasan mengenai hal itu sebelum ini. Dia memandang sekeliling.

Tahu tiada bantuan yang akan dia dapat. Dia memutuskan untuk berjalan sambil cuba berpayungkan beg yang disandangnya.

PON! PON!

Luhan tidak menoleh ketika mendengar bunyi hon itu. Bukan kerana tidak mahu. Tetapi dia tidak mendengar langsung. Sehingga satu kereta besar berhenti betul-betul di sebelahnya.

"Hei..."

Luhan berhenti berjalan kemudian tunduk sedikit untuk melihat siapa di dalam kereta itu.

"Naik lah. Saya hantar awak balik."

Luhan tidak membalas. Dia hanya merenung lelaki itu terus-menerus. Cuba untuk mengecam jika dia kenal dengan orang itu.

"Marilah." Ujar lelaki itu dengan senyuman lembut. "Hujan lebat ni. Takkan awak nak jalan juga."

Luhan membesarkan matanya. Walaupun dia tidak begitu mengenal atau ingat, tapi itu adalah lelaki yang selalu memberinya mocha. "Awak..."

"Jom."

Luhan mengelipkan matanya kemudian memandang sekeliling tanpa sebab. Dia tahu ini sahaja cara untuk pulang ke rumah dalam keadaan tidak basah. Dia tidak kisah mengenai itu. Tapi dia takut akan terkena demam.

"Tak menyusahkan ke?"

Lelaki itu tergelak kecil. "Tak."

Luhan mengangguk kemudian segera membuka pintu kereta itu lalu masuk di dalamnya.

"Okay." Lelaki itu segera memandu keretanya semula.

"Awak..."

Luhan bersuara setelah hampir lima minit mereka berdiam diri di dalam kereta itu dalam keadaan yang sangat kekok.

"Yang selalu bagi saya mocha tu kan?"

Lelaki itu tersengih kemudian mengangguk-angguk.

"Kenapa awak bagi saya minuman tu setiap hari?" Luhan mengerutkan dahinya memandang lelaki itu.

"Well..." lelaki itu mengukir senyuman. "Mocha adalah minuman kegemaran saya selama ni. Sehinggalah saya rasa latte yang awak buat."

Luhan tergelak kecil.

"Ini memang betul." Ujar lelaki itu jujur. "Saya tak pernah tahu latte akan jadi sedap macam tu."

"Benda tu biasa je." Luhan tunduk memandang ribanya. "Awak je yang puji melebih-lebih."

Lelaki itu hanya tersenyum. "Luhan... Kan?"

Luhan mengelipkan matanya memandang lelaki itu. "Macam mana awak tahu itu nama saya?"

Lelaki itu hanya tergelak. "Awak pakai uniform lengkap dengan tanda nama awak. Mustahil untuk saya elakkan untuk membaca."

"Aah..." Luhan mengusap-usap belakang tengkuknya.

"Saya Sehun." Beritahu lelaki itu tanpa di tanya. "Kat mana awak tinggal ni? Atau awak nak saya bawa awak balik ke rumah saya?"

Wajah Luhan merah padam mendengar kata-kata lelaki itu. Buat seketika, dia bersyukur keadaan gelap. Jika tidak, sudah pasti ia kelihatan pada kulitnya yang putih dan itu memalukan.

"Saya bergurau lah." Sehun hanya ketawa.

Luhan segera memberitahu di mana tempat tinggalnya sekali dengan jalan untuk ke rumah itu. Mereka berdiam diri seketika. Luhan hanya mencuri-curi pandang ke arah Sehun. Cuba untuk memasukan bagaimana wajah lelaki itu ke dalam ingatannya.

"So..." Sehun bersuara. "Awak tinggal dengan siapa?"

"Dengan adik saya. Baekhyun." Jawab Luhan. "Dan Kokobop."

"Kokobop?" ulang Sehun tanpa mengalihkan pandangannya dari jalan yang ada di hadapan.

Luhan hanya mengangguk. "Itu kucing yang adik saya pungut."

Sehun tergelak serta-merta. "Nama dia Kokobop."

"Hey..." Luhan menjeling ke arah lelaki itu. "Kalau Baekhyun dengar awak gelak dia pasti akan simbah awak dengan air."

Sehun cuba menahan ketawa. "Walaupun lucu... Tapi nama tu comel. Jangan risau. Saya bukan menghina."

Luhan hanya mengangguk turut tergelak.

"Macam mana rasa mocha yang saya beri pada awak?" tanya Sehun setelah mereka berdiam diri lagi.

"Sedap." Jawab Luhan jujur. "Mungkin sedikit berbeza dengan latte. Nama pun beza. Tapi ia memang sedap."

Sehun mengangguk-angguk. "Kalau awak nak saya boleh bawakan tiap hari untuk awak."

Luhan mengelipkan matanya mendengar kenyataan itu.

"Dengan syarat awak kena beri saya latte awak tiap hari."


A/n: Okay gaisss please. SWEET OVERLOAD!!!! Damn it. Hahaha. Fangirl here. Anyway, cute tak nama kucing diorang? Kokobop gitu. Pasni ada kucing bagi nama ni k. Hahaha. Well, lepas ni nak buat scene yang lain plak. Takkan nak bagi HunHan je. Pasni korang nak tengok sapa? Hehehe. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now