Chapter 29 : Run

94 16 15
                                    

Bab 29





Chanyeol berjalan keluar dari bilik belakang. Dia memandang sekeliling kafe itu. Pelanggan masih datang berkunjung walaupun tidak sebanyak sebelum ini. Seolah-olah ia kembali normal seperti yang dulu. Sebelum kedatangan XOXO Cafe yang kini sudah menjadi Overdose Cafe.

Suho kelihatan tidak begitu terkesan. Asalkan kafe itu masih boleh beroperasi, dia tidak begitu memaksa. Dia cuma terkesan ketika pelanggan mereka terlalu kurang sebelum ini.

"Awak dah habis bersihkan dapur?" tanya Xiumin dari kaunter apabila terpandang lelaki tinggi lampai itu.

Chanyeol mengangguk sambil memandang jam yang menandakan sudah hampir masa mereka menutup kedai. "Masih ada pelanggan?"

"Tadi yang terakhir." ujar Xiumin.

Chanyeol mengangguk lagi sebelum beralih memandang Sehun. Lelaki itu hanya bersandar di kaunter seperti mayat hidup.

"Kita sepatutnya dah normal..." Chanyeol mendengus perlahan. "Tapi kenapa saya rasa macam makin banyak yang berubah?"

Xiumin memandang Sehun sekali imbas. Memang benar. Terlalu banyak perubahan yang dirasai. Sehun sememangnya tidak keruan sejak Luhan tahu dia mencuri resepi lelaki itu. Dan Sehun semakin menjadi gila sejak mereka berkunjung ke Overdose Cafe tempoh hari.

"Suho..."

Suho yang baru turun dari tingkat atas memandang Xiumin.

"Kita tutup lah sekarang." ujar lelaki itu. "Kat tingkat atas dah habis kemas ke?"

Suho mengangguk sambil menukarkan papan tanda kepada 'tutup' di pintu utama. Satu perkara yang Suho tidak boleh lakukan adalah membantah kepada Xiumin. Dia terlalu hormat pada lelaki itu memandangkan dia yang banyak membantunya menguruskan kafe.

"Sehun..."

Sehun tidak membalas panggilan Suho walaupun dia dengar. Dia merasa lemah untuk bertindak. Semua orang tahu betapa tidak terurusnya dia pada hari itu memandangkan sudah berapa minuman dia jatuhkan.

"Kalau awak nak ambil cuti—"

"Kalau saya berhenti boleh?"

Pertanyaan Sehun membuatkan semua orang tersentak. Kai yang sedang melayan perasaannya sendiri turut membesarkan mata. Dia tahu betapa sayangnya Sehun pada kerjanya itu. Xiumin pula hanya mendengus. Dia seperti sudah menjangka perkara itu.

"Sehun..." Suho memejamkan matanya seketika. "Saya faham. Awak buat kesalahan sampai awak kehilangan kawan—"

"Awak pernah rasa latte yang Luhan buat?" Sehun memandang lelaki itu kemudian memandang yang lain. "Saya tak pasti kalau Chanyeol dan Kai pernah rasa latte dia."

"Saya tahu macam mana rasanya, Sehun." Suho menarik nafas panjang. "Awak berjaya buat latte dia."

Sehun menggelengkan kepalanya sebelum mencengkam rambutnya. "Saya tahu. Saya tahu ada sesuatu yang kurang pada resepi saya. Saya tahu ada sesuatu yang saya tak dapat dari resepi Luhan. Dan sekarang saya tahu... Saya tak akan pernah dapatkannya."

Tiada seorang pun yang bersuara. Semua orang hanya memandang lelaki itu menanti jawapan.

"Kalau awak minum latte yang dia buat. Yang dia seorang sahaja boleh buat..." Sehun menahan perasaannya. "Awak boleh rasa cinta. Cinta seseorang yang sangat lembut."

Semua orang hanya mendengar.

"Dan awak tahu apa yang saya rasa masa saya minum mocha-latte yang dia buat untuk menu baru dia?" Sehun mengangkat keningnya.

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now