Chapter 34 : Let's Try Again

107 13 11
                                    

Bab 34






Baekhyun mendengus kuat ketika dia duduk di kerusi taman itu. Dia meletakkan kotak kek yang kini kelihatan comot di sebelahnya. Kek yang dibuat khusus oleh penjual kek yang ditunggu-tunggu. Kek yang hanya dikeluarkan sebulan sekali di sana.

Dia sudah menunggu lama untuk kek itu memandangkan bulan lepas dia tidak berkesempatan membelinya. Ia sudah habis ketika tiba gilirannya setelah lama berbaris. Dia pernah mencuba membuat kek itu. Akan tetapi, rasa aslinya tetap tidak dirasai.

Dan pada kali ini, dia berjaya membelinya di saat akhir. Dia berbaris dua jam sebelum dapat membeli beberapa potong dengan tujuan dikongsikan dengan rakan-rakannya. Malah, dia sengaja menukar hari cutinya kepada hari itu memandangkan dia ingin mendapatkan apa yang dia idamkan.

Tapi kini semuanya punah. Ketika berjalan tadi, dia terlalu leka dan teruja dengan kek itu membuatkan dia hampir dilanggar oleh sebuah kereta. Bunyi hon yang kuat mengejutkannya membuatkan dia dapat menyelamatkan diri. Akan tetapi, keknya menjadi korban.
Kotak kek itu terbuka menyebabkan kek yang ada di dalamnya terlontar keluar. Dia hanya mampu mengutip kek itu semula sebelum duduk di taman itu selepas mencuci tangannya di paip berdekatan. Dia merasakan harinya bertukar buruk saat itu juga.

“Ehem!”

Baekhyun tersentak mendengar suara orang berdehem di belakangnya sebelum satu kotak kek diletakkan di sebelahnya. Mata lelaki itu bersinar-sinar dengan mulut yang terlopong. Bagaimanapun, senyuman yang baru sahaja hendak terukir pudar semula apabila terpandang orang yang berada di sebelahnya itu. Chanyeol sedang berdiri kekok mengusap tengkuknya.

“Ambil lah.” lelaki tinggi lampai itu memandang kotak yang diletakkannya itu sekali imbas.

“Apa awak buat kat sini?” Baekhyun bertanya jengkel.

“Nak beri awak kek tu.” selamba Chanyeol menjawab.

“Dan kenapa pula awak nak bagi saya kek ni?” Baekhyun kini sudah berpeluk tubuh.

“Sebab awak tunggu dah lama.”

Baekhyun mengecilkan matanya merenung lelaki itu. “Macam mana awak tahu pasal tu pula?”

“Saya tahu kek ni keluaran terhad. Sebulan sekali.” Chanyeol mengangkat bahunya. “Sebab saya selalu membeli kat situ juga. Saya tahu awak tak dapat beli bulan lepas. Saya nampak awak masa tu.”

Baekhyun mengetap giginya mula berasa malu.

“Dan kali ni awak beli… Tapi terjatuh.”

Baekhyun merenung lelaki itu tajam. “Kenapa awak tahu semua ni? Awak ikut saya ke?”

Chanyeol membuka mulutnya untuk menjawab bagaimanapun tiada apa yang keluar. “Saya boleh katakan ianya kebetulan.”

Baekhyun hanya menggolekkan bebola matanya.

Chanyeol mendengus kuat sebelum duduk di sebelah lelaki itu. “Ambil lah. Saya bagi awak ikhlas. Tak ada niat pun nak ambil hati awak. Kalau kita tak dalam keadaan macam ni pun saya tetap akan bagi awak kek ni.”

Baekhyun memandang kotak kek itu sekali imbas. Dia tidak mencapainya. Bagaimanapun, dia tidak menolak. Hanya menunggu masa untuk dia beredar dan membawa kek itu pergi.

“Awak masih marah saya lagi ke?”

Baekhyun ketawa menyeringai mendengar soalan itu. “Marah? Saya benci dengan awak. Tahap marah tu dah berlalu.”

Chanyeol mendengus lagi. Dia berharap lelaki itu sudah mula untuk reda. Ternyata dia salah.

“Kenapa awak mengurat dengan saya, Chanyeol?”

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now