Chapter 33 : I'm Sorry

94 16 14
                                    

Bab 33






TOK! TOK! TOK!

Kepala Lay muncul dari bawah kaunter. Dia memandang Kyungsoo yang berdiri di hadapan mesin wang sedang menyediakan duit. Kris yang sedang membelek fail turut menoleh. Dia tidak memakai baju seragam memandangkan dia berada di syarikatnya sepanjang hari. Dia memakai sut lengkap.

Luhan yang sedang mengelap tempat membuat minuman turut kebingungan. Chen dan Baekhyun baru selesai membersihkan tempat pelanggan dan sekarang sedang berehat. Jam menunjukkan pukul 10.21 malam. Mereka sudah menutup pintu depan dua puluh lima minit yang lalu.

TOK! TOK! TOK!

Semua orang berpandangan apabila mendengar bunyi ketukan itu lagi. Ia sangat jelas. Kris berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu sebelum menyelak langsir yang ada. Dia terkejut melihat Suho berdiri di situ. Di belakangnya, Xiumin, Tao, Sehun, Chanyeol dan Kai sedang berdiri.

Kris segera membuka pintu itu dengan dahi yang berkerut. "Kami dah tutup ni."

Suho menarik nafas panjang. "Kami datang nak berbincang."

Kris semakin kebingungan. Dia memandang kawan-kawannya yang lain. Ada yang kurang senang, ada yang tidak kisah. Kris membuka pintu itu memberi ruang kepada mereka.

"Masuklah."

Suho dan yang lain tidak membantah. Mereka terus sahaja berjalan masuk. Kris mengunci semula pintu itu sebelum memandang mereka.

"Duduk lah."

Suho duduk di satu meja berdekatan cermin bersama Xiumin. Tao sudah bersalaman dengan Chen dan Lay. Baekhyun hanya melemparkan jelingan tajam ke arah Chanyeol sebelum berjalan menuju ke kaunter. Kai dan Kyungsoo saling bertukar senyuman. Luhan langsung tidak memandang sesiapa. Begitu juga dengan Sehun.

Kris berjalan ke arah Luhan. "Ada extra minuman?"

Luhan hanya mengangguk. "Cuma americano."

Kris mengangguk. "Tolong buatkan. Awak boleh ke belakang kalau awak tak selesa."

Luhan hanya mengukir senyuman hambar. "Saya sambung mengemas je."

Kris hanya menepuk bahu lelaki itu sebelum berjalan perlahan-lahan mendekati Suho dan Xiumin lalu duduk di hadapan mereka. Dia menarik nafas panjang.

"Apa yang perlu dibincangkan?"

Pertanyaan Kris tidak segera dijawab. Suho sepertinya sedang berfikir sedalam-dalamnya. Xiumin hanya duduk berdiam diri. Membiarkan lelaki itu memulakannya semuanya.

"Macam mana awak buat?"

Kris memandang Suho. "Buat apa?"

"Macam mana awak buat sampai kafe ni berjaya?" Suho memandang lelaki itu penuh harapan. "Saya berusaha sejak saya mula-mula memegang syarikat. Dan saya tak pernah berjaya. Saya pergi kursus berkali-kali. Minta nasihat dari profesional. Tapi tak pernah berjaya."

Kris hanya memandang lelaki itu ketika minuman dihidangkan oleh Baekhyun. Tiada yang mencelah. Sepertinya semua orang lebih fokus pada perbualan itu berbanding americano yang dihidangkan.

"Kafe saya adalah kafe turun-temurun." Suho menarik nafas panjang. "Tak pernah berjaya seperti kafe awak."

Kris menarik nafas panjang sebelum memandang americano yang ada di hadapannya. "Awak minat pada bisnes ni tak?"

Suho menggelengkan kepalanya tanpa berselindung. "Tapi saya tak nak nama kafe ni hilang. Ia hasil titik peluh keturunan saya."

Kris memandang Xiumin sekali imbas yang hanya memandangnya. "Kenapa tak biarkan orang lain yang usahakannya?"

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now