Chapter 24 : We Need A Break

107 15 18
                                    

Bab 24






Kris memandu keretanya menyusuri jalan yang sunyi. Sudah hampir tiga jam sejak dia memandu. Sekali sekala dia akan memandang cermin tengah untuk melihat yang lain. Lay duduk di kerusi belakang sambil bernyanyi seiring dengan radio yang terpasang. Chen pula asyik makan kekacang bersama Baekhyun di tempat duduk paling belakang. Mereka adalah yang paling bising sekali.

Kyungsoo pula duduk di sebelah Lay betul-betul di belakang Kris. Dia mengeluarkan kepala dan tangannya setelah memaksa mereka membuka tingkap dan tidak menggunakan penghawa dingin. Dia seperti menikmati keadaan itu dengan angin kuat. Mujur sahaja cuaca amat baik tidak terik dan kereta tidak banyak lalu di situ.

Luhan duduk di sebelah Kris. Dia hanya bersandar sambil memandang keluar. Dia yang paling jarang bercakap sejak perjalanan itu dimulakan dan tiada siapa yang mengganggunya, hanya sesekali sahaja dia akan bercakap mengenai sesuatu dan memaksa diri untuk tersenyum atau ketawa.

Kris telah memikirkan hal ini sejak beberapa hari yang lepas betul-betul selepas kejadian di Wolf Growling Cafe. Dia tahu semua orang akan terkesan dengan perkara itu termasuk dirinya sendiri. Oleh itu, dia perlu membawa mereka semua keluar dari bandar itu dan bercuti untuk menenangkan fikiran.

"Dah nak sampai." Kris membetulkan kedudukannya.

Semua yang lain turut teruja. Mereka mula memandang sekeliling ke arah pemandangan semulajadi yang indah. Beberapa minit kemudian, kereta itu memasuki satu perkarangan rumput hijau segar. Sebuah kabin yang amat besar tersergam indah membuatkan mereka semua ternganga.

"Wah..." Lay turun dari kereta perlahan-lahan. "Ini salah satu rumah tradisional Korea ke?"

"Ini kabin biasa lah." ujar Kris sambil mematikan enjin kereta.

Kyungsoo turun dari kereta sambil membawa beg sandangnya. "Awak ni, Lay... Kris kan Cina."

Lay hanya menggaru kepalanya. Luhan keluar sambil memandang sekeliling. Buat pertama kalinya, dia benar-benar merasa tenang. Baekhyun dan Chen membuka bonet belakang untuk menurunkan barang-barang.

Kris mengambil begnya sebelum berjalan menuju ke pintu dan membukanya. Seperti yang mereka jangka, ia sememangnya kabin yang besar dan cantik serta mewah.

"Kris..." Chen ternganga. "Boleh saya tinggal kat sini? Saya boleh jadi tukang kebun."

"Jangan nak mengada!" Kris menggerutu. "Saya bukannya ada kebun kat sini. Lagipun tempat ni saya bina untuk saya berehat."

Baekhyun hanya memuncungkan bibirnya. "Saya harap saya pun kaya macam awak, Kris."

"Dah, dah!" Kris menderam. "Pergi berkemas dulu kat bilik. Pilih je mana kamu nak. Lepas tu kita pergi belakang."

Mereka menghabiskan masa hampir sepuluh minit hanya dengan mengelilingi rumah itu. Dapur dan bilik tidur semuanya kelihatan bersih. Menurut Kris, dia mengupah orang untuk membersihkan tempat itu setiap bulan.

"Arghh!!"

Chen menjerit kuat dengan hanya memakai seluar renang sebelum berlari terjun ke sungai besar belakang kabin itu. Lay pula sedang bergayut pada tali yang diikat pada dahan pokok besar sebelum terjun. Baekhyun turut berlari menyusul mereka sambil ketawa.

Kris menyusul selepas itu dengan terjunan yang kuat. Kyungsoo hanya menggolekkan bebola matanya sebelum terjun perlahan-lahan. Air sungai itu tidak terlalu sejuk membuatkan mereka berasa selesa. Luhan hanya duduk di atas sebuah tikar lembut. Dia sudah memakai seluar renangnya bagaimanapun tidak berminat untuk berenang.

"Jom kita baling Luhan ke dalam sungai." cadang Chen.

Tiada seorang pun yang membantah. Semuanya teruja ingin melakukan jenayah itu. Tanpa disedari, Luhan kini sudah diangkat secara beramai-ramai.

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now