Chapter 31 : Let's Go Home

85 15 11
                                    

Bab 31









Kyungsoo merenung tanda nama berwarna merah yang masih berada di sebelah kanan kot yang dipakainya. Dia kini sedang duduk di hadapan kereta Kai yang diberhentikan di sebuah kawasan lapang. Pemandangan seluruh kota dapat dilihat dari posisi itu. Malam semakin dingin.

Kai menghulurkan botol minuman kepada Kyungsoo yang hanya menyambutnya.

"Perjalanan kita akan ambil masa dalam beberapa jam lagi." ujar Kai. "Saya ada beli makanan kalau awak lapar."

Kyungsoo mendengus perlahan. "Dompet saya dan semua benda yang saya ada dah tertinggal."

"Awak tak perlukan semua tu." Kai membuka penutup minumannya sebelum meneguk air itu.

"Jongin..."

"Kita akan mulakan semuanya semula, Soo." Kai memandang lelaki itu cuba meyakinkannya.

Kyungsoo hanya merenung lelaki itu. Ada sesuatu yang berubah padanya. Sepertinya lelaki itu sudah tiada dilema. Seolah-olah dia sudah membuat keputusan yang tidak akan pernah berubah.

"Kawan-kawan saya akan risau."

Kai hanya tersenyum tenang. "Kawan-kawan saya pun. Tapi mereka akan faham suatu hari nanti."

Sepanjang jalan tadi Kyungsoo berusaha memujuk Kai untuk berpatah balik. Di saat dia menyangka itu adalah kali terakhir mereka akan berjumpa, dia kini mendapat pengakhiran yang berbeza. Kai menjelaskan semuanya dengan tenang. Berbeza dengan apa yang biasanya dia lakukan sebelum ini.

"Apa yang dah jadi dengan kita?" Kyungsoo menekup mukanya dengan perasaan yang bergelora.

"Awak ingat tak masa saya beritahu awak yang saya akan pindah belajar ke luar negara?"

Kyungsoo tidak membalas. Bagaimanapun dia masih mengingati kenangan itu dengan sangat jelas.

"Ayah saya paksa saya belajar di luar negara." Kai menyambung semula. "Dia tahu pasal kita."

Kenyataan itu membuatkan Kyungsoo menoleh memandang lelaki yang duduk di sebelahnya itu. "Apa?"

"Masa tu dia beritahu yang dia akan kahwinkan saya dengan Krystal lepas saya tamat belajar." Kai menarik nafas panjang.

"Macam mana dia tahu?" Kyungsoo mengerutkan dahinya.

"Krystal beritahu ibu bapa dia yang dia tak nak kahwin dengan saya sebab awak orang yang saya cintai." Kai menjawab. "Jadi ibu bapa dia beritahu ibu bapa saya. Teruk saya kena."

Kyungsoo membesarkan matanya memandang lelaki itu. "Kenapa awak tak beritahu saya?"

"Sebab saya ambil keputusan untuk ikut cakap mereka."

Kyungsoo terdiam seketika. Dia tidak pernah menjangka bahawa perkara itu berlaku. Tapi kenyataannya pada saat itu Kai masih memilih keluarganya. Dan dia tidak akan pernah menyalahkan lelaki itu.

"Mereka cakap... Kalau saya tak ikut cakap mereka belajar kat sana dan kahwin dengan Krystal..." Kai meneguk minumannya lagi. "Saya tak akan jadi waris mereka."

Kyungsoo tersentak serta-merta. Perkara ini selalunya akan berlaku di dalam drama. Tapi kini, ia berlaku di hadapan matanya. Pada mereka sendiri.

"Terlalu banyak yang saya fikirkan..." Kai mengurut kepalanya. "Fikiran saya jadi kacau. Jadi saya ikut cakap mereka. Saya ada kemurungan, Soo. Saya ada kemurungan sampai tahap saya kena ambil ubat."

Kyungsoo tidak begitu terkejut. Dia tahu. Krystal memberitahunya suatu ketika dahulu. Itu adalah sebab kenapa lelaki itu dipindahkan sekolah di tempat Kyungsoo. Krystal adalah teman semasa kecil lelaki itu dan dia tahu semuanya. Malah, berbanding Kyungsoo, Krystal lebih memahami lelaki itu.

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now