Chapter 38 : Stand With Me

93 15 12
                                    

Bab 38







Xiumin mengelipkan matanya memandang sekeliling. Badannya terasa tegang. Dia seperti tidak dapat menghentikan dirinya daripada memerhati apa yang dilihatnya. Kris pula sibuk memegang penyepit sambil mengambil makanan yang dihidangkan. Mereka kini sedang berada di gerai kecil tepi jalan.

Xiumin memandang Kris. Tidak pernah lagi lelaki itu membawanya ke tempat seperti ini. Dia juga tidak akan pernah menyangka lelaki yang memiliki syarikat itu akan mahu ke tempat seperti ini. Xiumin juga tidak pasti jika Kris sengaja ingin mengenakannya.

Kris mengangkat keningnya memandang lelaki itu. “Kenapa awak tak makan lagi?”

Xiumin mengerutkan dahinya. “Kenapa kita makan kat sini?”

Kris menarik nafas panjang sambil memandang sekeliling. Hanya mereka pelanggan di situ. “Kenapa? Kedai ni tak layak untuk awak?”

Xiumin semakin berkerut. “Saya cuma tak sangka awak akan makan kat tempat macam ni.”

“Awak nak saya bawa awak ke restoran mahal dengan pakaian awak macam tu?” Kris mengangkat keningnya lagi.

Xiumin membuka mulutnya untuk membalas bagaimanapun tiada yang dapat dia keluarkan.

“Kalau awak rasa awak tak sesuai makan kat sini…” Kris kembali memandang makanannya. “Awak boleh pergi. Saya nak habiskan makanan saya yang sedap ni.”

Kris meneruskan makan. Dia langsung tidak mahu melihat reaksi lelaki itu. Lagipun, dia sememangnya lapar. Xiumin pula hanya merenung lelaki itu. Dia menarik nafas panjang sebelum mencapai penyepitnya dan mengambil makanan dari mangkuk Kris.

Kris berkerut memandang lelaki itu.

“Apa?” Xiumin memandangnya dengan wajah tanpa rasa bersalah. “Kita habiskan awak punya makanan dulu. Lepas tu, kita habiskan makanan saya pula.” Lelaki itu terus menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Kris hanya merenungnya. Terlalu banyak perkara bermain di mindanya. Dia tidak tahu apa yang lelaki ini inginkan.

“Saya cuma terkejut, Kris.” Xiumin bersuara tanpa melihat wajah lelaki itu. “Bukan sebab tak sesuai. Kalau awak nak hari-hari saya datang sini pun tak ada masalah. Saya terkejut je. Tak pernah saya duduk dengan awak kat tempat macam ni selama kita kenal.”

Kris menarik nafas panjang kemudian mengambil makanan dari mangkuk yang sama sebelum menyuap ke dalam mulutnya. “Kali pertama saya datang sini semasa kafe saya meraikan sales capai dua kali ganda dari target.”

Xiumin hanya mendengar.

“Masa tu saya makan pun tak selera. Sebab saya tak biasa.” Kris menyuap sekali lagi makanan ke dalam mulutnya. “Tapi tengok mereka seronok sangat. Ketawa sama-sama, saya rasa gembira.”

Xiumin hanya mengukir senyuman mendengar cerita itu.

“Mereka tunjukkan saya yang kehidupan seperti mereka juga seronok.” sambung Kris lagi. “Awak masih ingat pertama kali kita makan kat luar?”

Senyuman Xiumin semakin lebar. “Saya bawa awak makan ayam bakar tepi jalan sebab dah lewat.”

Kris mengangguk. Senyuman terukir di bibirnya. “Masa tu saya rasa jijik. Tapi awak tunjukkan saya yang kita boleh gembira makan kat tempat macam tu. Setelah sekian lama… Budak-budak kat kafe tu yang ingatkan saya pasal kenangan tu.”

Xiumin tunduk seketika. “Kalau saya tak jadi pemilik syarikat macam awak… Awak masih akan berdiri kat sebelah saya ke?”

Kris merenung lelaki itu sedalam- dalamnya. “Saya tak pernah lari, Xiumin. Awak je yang tak nampak saya.”

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now