Chapter 25 : We Need To Do It

98 15 12
                                    

Bab 25





Unggun api yang dihidupkan di tengah-tengah kepekatan malam itu benar-benar menghangatkan. Chen masih lagi sibuk membunyikan gitarnya. Lay dan Kyungsoo sibuk makan ayam panggang. Baekhyun dan Luhan pula masih sibuk membawa ayam yang sudah mereka panggang. Kris memberikan botol minuman kepada mereka satu-persatu. Mereka kini duduk dalam bulatan mengelilingi api yang marak itu setelah selesai berseronok pada siang hari.

"Esok kita dah nak balik kan?" tanya Baekhyun.

Kyungsoo mengangguk kemudian berpaling memandang Kris. "Dah tercapai tujuan awak bawa kami ke sini?"

Kris meneguk botol minumannya sambil berfikir seketika merenung unggun api itu. "Kita perlu bangkit."

Tiada seorang pun yang bersuara. Semua tahu sebelum mereka tiba di tempat itu, Kris sememangnya ada tujuan yang lain selain daripada membawa mereka untuk bergembira. Pada mulanya, mereka sudah bersedia jika Kris ingin menutup kafe yang mereka sayangi.

"Bangkit?" Kyungsoo mengangkat keningnya.

"Chen?"

Chen memandang Kris sambil mengangkat keningnya.

"Boleh awak beritahu sekali lagi apa-apa maklumat yang awak dapat dari Joy?" Kris memandang lelaki itu.

Chen memandang yang lain satu-persatu untuk melihat jika keadaan tidak teruk untuk dia membuka mulut. Dia mendengus perlahan. "Macam yang saya cakap dulu... Wolf Growling Cafe dah dibuka sebelum XOXO Cafe beroperasi. Ia memang kafe yang terkenal. Semua orang terutama perempuan memang sentiasa sebut-sebut pasal tu. Lebih-lebih lagi yang hipster."

Baekhyun masih lagi mengunyah ayam panggang bersama Lay yang menyertainya. Kyungsoo mula sedang mengelap tangannya cuba untuk fokus. Luhan sudah mencapai sebotol minuman dan meneguk air itu.

"Mana-mana kafe yang buka selepas tu macam tak ada yang berjaya." Chen menyambung. "Maksud saya... Semuanya tutup selepas beberapa bulan. Tak mampu nak bersaing dengan kafe ni. Tak tahulah kenapa. Tapi... Mocha tu..."

Luhan menggenggam botol yang dipegangnya tanpa disedari. Namun, tiada siapa yang perasan.

"Mocha tu menjadi simbolik kafe mereka." Chen menarik nafas panjang. "Ia sememangnya resepi yang asli. Menurut Joy, ia memang resepi Sehun."

Luhan meneguk minumannya cuba untuk menahan perasaan. Yang lain hanya mendengar.

"Cuma..." Chen berfikir cuba untuk mengingati apa yang didengarnya. "Menurut Joy, suatu hari mereka semakin kehilangan pelanggan. Mereka tak tahu apa dan di mana silapnya."

"Sebab saya buka XOXO Cafe?" Kris mengangkat keningnya.

Chen mengangguk. "Mereka sedar benda tu agak lama memandangkan kita beroperasi di bandar yang berbeza. Mereka tak tahu sangat kewujudan kita sehinggakan bualan pasal latte Luhan sampai ke telinga mereka."

"Kejap..." Lay mencelah. "Dari mana awak tahu semua ni? Maksud saya Joy. Dia kerja kat sana ke?"

Chen menggelengkan kepalanya. "Wendy kawan dia."

"Dan Wendy dapat tahu dari boyfriend dia..." Luhan menyampuk. "Oh Sehun."

Chen hanya memandang lelaki itu sayu.

"So..." Baekhyun mengerutkan dahinya. "Mereka cadang nak curi resepi dari kita?"

"Bagi saya macam tu lah." Chen mengangkat bahunya. "Sehun tiba-tiba muncul suatu hari dan beli latte tu hari-hari."

"Dia beli?" Lay mengerutkan dahinya. "Bukan Luhan bagi free ke?"

Chen hanya menjeling tajam ke arah lelaki itu.

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz