Chapter 19 : What Are We?

93 11 9
                                    

Bab 19




BUZZZZ! BUZZZZ!

Luhan memandang telefon bimbitnya yang bergetar di atas meja sebelum menyambarnya. Satu mesej diterima. Walaupun belum membaca mesej itu, dia sudah tahu siapa penghantarnya. Oh Sehun.

Sehunnie ❤ : Awak rasa saya patut warnakan rambut?

Lulu 🐰 : Awak nak warnakan? Nak warna apa?"

Sehunnie ❤ : Saya baru terfikir. Awak rasa patut tak?

Lulu 🐰 : Dari awak je.

Sehunnie ❤ : Nanti saya dah tak handsome. Awak tak suka saya lagi.

Luhan tergelak kecil membaca mesej daripada Sehun. Mereka sudah berbalas pesanan sejak beberapa jam yang lalu. Sehun berada di tempat kerja sejak pagi dan tidak berkunjung ke kafe. Luhan pula hanya menghabiskan masa melakukan beberapa kerja sebelum pulang.

Lulu 🐰 : Awak tak payah warnakan pun dah cukup handsome.

Sehun ❤ : <3

Baekhyun yang baru masuk ke ruang tamu setelah selesai mandi hanya menjeling ke arah abangnya itu. Sejak tadi lelaki itu tergelak sendiri memandang telefon bimbitnya. Dan dia juga tahu siapa kawan Luhan berbalas pesanan. Sudah pasti Sehun.

"Dah macam orang gila saya tengok."

Luhan memandang Baekhyun. "Diamlah!"

Baekhyun hanya mencapai alat kawalan jauh sebelum mencari siaran yang menarik. Dia sudah mula menguap bagaimanapun masih meneruskan apa yang sedang dia lakukan.

"Baek..."

"Mmm?" Baekhyun menjawab tanpa memandang wajah abangnya itu.

"Macam mana hari tu?"

Baekhyun memandang Luhan. "Hari tu apa?"

"Awak keluar dating dengan Chanyeol." Luhan menjawab. "Macam mana? Okey?"

Baekhyun mengangkat bahunya. "Okey je. Dia tak lah teruk mana."

Luhan segera tergelak. "Rasa macam tak percaya juga kamu boleh keluar bersama. Selalunya jumpa macam anjing dengan kucing. Asyik gaduh je sampai kami pun tak tahu nak buat apa."

Baekhyun turut tergelak. "Saya pun tak sangka juga."

Luhan memandang ke arah tv sebelum bersandar. "Kyungsoo macam mana? Kai masih kejar dia ke?"

Baekhyun mendengus lembut. "Kalau kita tengok keadaan dia sekarang... Rasanya masih lagi."

"Apa yang Kai tu nak lagi sebenarnya?" Luhan mengerutkan dahinya. "Saya dapat rasakan kalau kita ikut daripada apa yang Kyungsoo ceritakan,.. Saya sangka Kai tak berminat pun pada lelaki."

Baekhyun mengangguk bersetuju. "Saya pun sama. Saya fikir dia cuma nak rasa benda tu je."

"Tapi saya tak rasa dia ada niat nak lukakan hati Kyungsoo." Luhan menambah. "Dia berusaha ubah hidup Kyungsoo. Cuma mungkin pada akhirnya dia tak boleh teruskan hubungan."

"Habis tu kenapa dia kejar Kyungsoo lagi sekarang?" Baekhyun memandang abangnya itu.

Luhan mengangkat bahunya. "Sama ada dia menyesal, atau nak clear kan hubungan mereka."

"Tapi saya tak rasa Kyungsoo akan maafkan dia." Baekhyun mendengus perlahan. "Kalau tengok pada reaksinya, dia masih rasa sakit tu. Sampai sekarang. Jadi susah."

Luhan menarik nafas panjang. "Saya harap mereka jumpa jalan penyelesaian untuk kebaikan."

Baekhyun mengangguk-angguk sebelum memandang Luhan. "Awak dengan Sehun macam mana?"

Luhan mengerutkan dahinya. "Macam mana apa?"

"Dah sejauh mana hubungan kamu?" Baekhyun mengangkat keningnya. "Kamu dating ke sekarang?"

Luhan mengalihkan pandangannya ke tv sambil cuba berfikir sejenak. Sejujurnya, dia tiada jawapan. Dia tidak tahu sejauh mana hubungannya dengan Sehun saat ini. Dia sendiri tidak tahu sama ada mereka mempunyai hubungan yang serius atau tidak.

"Dah lama kamu macam ni." Baekhyun bersuara setelah tiada jawapan yang diterima. "Kamu tak bincang ke?"

"Saya pun tak tahu." Luhan mendengus perlahan. "Sehun tak pernah bangkitkan perkara ni."

"Awak pun tak bangkitkan." balas Baekhyun.

"Saya takut. Macam mana kalau dia tak serius? Ataupun saya salah faham ke?" Luhan memandang adiknya. "Ataupun dia macam Kai. Sekadar nak tahu dan cuba benda ni je."

"Macam mana awak nak tahu kalau awak tak tanya?" Baekhyun mendengus kuat.

"Entahlah." Luhan tunduk memandang telefon bimbitnya. Satu mesej diterima dan dia tahu dari siapa. Entah kenapa, dia tidak mahu membuka pesanan itu sekarang. Seperti ada yang menghalangnya.

"Kris masih kat kafe lagi ke?"

Luhan tersentak kembali ke dunia nyata. Dia beralih memandang Baekhyun. "Apa?"

Baekhyun mengangkat keningnya. "Kris... Dia masih lagi kat kafe ke sekarang ni?"

Luhan memandang jam di dinding kemudian menarik nafas panjang. "Semalam pukul 1 pagi baru dia balik rumah."

Baekhyun mengeluh perlahan mendengar kata-kata lelaki itu. "Dia kerja keras sangat."

Luhan turut mengeluh. "Saya kasihan sangat tengok dia. Tak tahu nak tolong macam mana."

"Awak rasa kenapa sales boleh jadi tiba tiba?" Baekhyun memandang abangnya itu. "Ia jatuh mendadak. Susah nak cari kat mana logiknya. Tiba-tiba je macam tu."

Luhan mengangkat bahunya. "Saya pun tak tahu. Kyungsoo selalu stay dengan Kris untuk cari punca tu. Tapi tetap tak jumpa."

Baekhyun memandang ke tv cuba untuk berfikir. Jawapan itu tetap tidak datang berkunjung.

"Awak dapat fikir cara tak nak naikkan balik sales kafe tu?" tanya Luhan memandang Baekhyun.

"Saya betul-betul tak dapat fikir." Baekhyun menjawab. "Saya tak pandai sangat pasal bisnes ni. Sebab tu saya rasa kagum dengan Kris tu. Dia dah ada syarikat tapi dia boleh uruskan kafe tu juga. Kyungsoo pun boleh tahan. Dia nampak macam banyak pengetahuan pasal bisnes."

Luhan mengangguk. "Saya harap kita jumpa jalan penyelesaian."

"Tapi kan..."

Luhan kembali memandang Baekhyun yang mana sudah membetulkan kedudukannya untuk menghadap lelaki itu.

"Kenapa Kris masih nak urus kafe tu?" tanya Baekhyun. "Maksud saya... Dia boleh je tutup kafe tu dan fokus pada syarikat dia. Ataupun, dia boleh je buka bisnes lain."

"Mungkin dia tak sanggup nak berhentikan kita?" Luhan mengangkat keningnya.

"Tapi dia nampak macam menghukum diri dia sendiri." Baekhyun membalas. "Dia tak minta pertolongan kita pun nak cari jalan. Kalau betul dia nak terus buka kafe tu sebab kita lah."

Luhan menarik nafas panjang sebelum tunduk memandang ke ribanya. Dia sendiri tidak tahu apa jawapan sebenar kepada soalan itu. Ada benarnya. Kenapa Kris tidak meminta pertolongan mereka? Malah, lelaki itu mengatakan mereka tidak perlu risau mengenai itu. Mereka cuma tahu pelbagai perkara seperti ini daripada Kyungsoo memandangkan lelaki itu yang selalu membantu Kris.

"Jom kita tidur." Baekhyun bingkas bangun dan mengeliat. "Esok kita semua turun pagi."

Luhan mengangguk sebelum mencapai alat kawalan jauh untuk mematikan tv. "Jom."


_______________________________________

A/n: Okay. Bab ni simple je. Cuma conversation. Tak byk. Huhu. Saja nak buat dua beradik ni berbual. Jgn lupa vote & comment. :)

> VOTE & COMMENT <

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant