Chapter 32 : Make It Right

94 14 10
                                    

Bab 32






Lay menghirup minumannya setelah menghabiskan makanannya. Dia mengusap perutnya agak kekenyangan. Chen yang duduk di hadapannya sedang membaca sesuatu pada skrin telefon bimbitnya. Dia terlebih dahulu menghabiskan makanannya. Mujur sahaja kafe mereka hanya buka setengah hari pada hari itu.

"Lay..." Chen memandang lelaki itu. "Habiskan aiskrim ni."

Lay terlopong membesarkan matanya. "Saya dah kenyang ni!"

"Siapa suruh awak pesan aiskrim lagi!" Chen menggolekkan bebola matanya. "Awak habiskan."

"Tapi..." Lay memandang aiskrim itu. Dia mula berasa loya hendak muntah. Dia memegang perutnya.

"Lain kali tu jangan pesan banyak-banyak!" marah Chen. "Tengok sekarang. Saya pun tak hadap nak makan lagi."

"Tadi saya lapar sangat." Lay memuncungkan bibirnya. "Tak sangka pula saya terus kenyang lepas makan udon."

Chen mendengus perlahan. "Awak ni kan. Sepatutnya aw—"

"Oh, kamu berdua."

Lay dan Chen mendongak serentak apabila satu suara menyapa. Suho berdiri memandang mereka bersama Tao yang hanya melambai-lambai di belakang lelaki itu dengan senyuman lebar.

"Apa awak buat kat sini?" Chen bertanya jengkel.

"Eh, awak ni." Lay berkerut memandang lelaki itu. "Tak sopan." Lay kembali memandang Suho dan Tao. "Baru nak makan ke? Duduklah sekali."

Chen mengetap giginya kegeraman merenung kawannya itu. Suho yang perasan mengenai itu hanya tergelak.

"Tak mengapa lah. Kami akan cari—"

"Eh, apa pula!" Tao memintas sebelum duduk di sebelah Lay. "Dah kena pelawa. Lagi seronok duduk ramai-ramai ni."

Suho hanya melemparkan renungan tajam pada lelaki itu. Chen hanya menarik nafas panjang. Dia tahu keadaan itu akan menjadi kekok saat Suho duduk perlahan-lahan di sebelahnya. Mereka mula memesan makanan. Lay dan Tao sepertinya tidak begitu ada masalah.

"Macam mana dengan kafe kamu?" tanya Lay tiba-tiba.

Chen melemparkan jelingan tajam pada lelaki itu. Suho pula hanya memandangnya dan Tao memandang Suho.

"Kenapa?" Suho mengangkat keningnya. "Kamu nak tanya kalau kami masih guna resepi Luhan?"

"Ya." selamba Chen membalas. "Kamu dah curi kan."

"Chen!" Lay menendang kaki kawannya itu dari bawah meja.

"Kami dah tak gunakan resepi tu."

Kenyataan itu membuatkan Lay dan Chen menoleh memandang Suho yang masih lagi menjamah makanannya.

"Kamu dah tak gunakan?" Chen mengelipkan matanya.

"Sehun tak nak." Tao mengukir senyuman. "Dia cakap dia tak akan buat latte dengan resepi tu."

Lay memandang Chen seketika. "Jadi..."

"Kami gunakan menu asal." Suho menyampuk. "Sehun ugut nak berhenti kalau kami masih gunakan resepi tu."

Chen membuka mulutnya untuk memberi komen bagaimanapun tiada yang dapat dikeluarkan.

"Resepi mocha Sehun tu memang dia yang buat sendiri?" tanya Lay.

Tao mengangguk. "Itu memang resepi dia. Dulu saya tak suka minum mocha. Rasanya pelik bagi saya. Tapi sejak Sehun perkenalkan resepi dia, saya tak pernah rasa mocha sesedap itu."

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now