Mocha & Latte

1.1K 89 14
                                    

Luhan dan Baekhyun adalah dua adik-beradik yang tinggal di kota yang penuh dengan pekerjaan dan berbagai ragam. Akan tetapi, mereka lebih tertarik untuk bekerja di sebuah kafe kecil di salah sebuah kedai yang berlambak di situ. Dengan kemahiran yang mereka perolehi, mereka berjaya menjadi pembuat minuman LATTE terkenal di situ.

Setiap pelanggan yang berkunjung, majoriti hanya ingin merasa nikmat LATTE tersebut. Ia juga sekaligus untuk mencuci mata memandangkan semua pekerja yang berada di situ mempunyai wajah yang tampan.

Kafe kecil itu menjadi perhatian ramai orang. Ia juga menjadi buah mulut dan sebagainya. Sehinggalah suatu hari, berita itu sampai kepada seseorang. Seseorang yang tertarik untuk mencuba minuman LATTE tersebut. Dan dia mengambil keputusan untuk ke situ dan mendapatkannya.

Setiap kali dia berkunjung. Cuba untuk mencari apa keistimewaannya berbanding minuman LATTE yang lain. Sampai suatu saat, dia memahami segalanya. Dia menghadiahkan pembuat LATTE tersebut satu minuman. Minuman yang juga menjadi kegemarannya. Iaitu minuman MOCHA.

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin