Chapter 7 : Where is he?

617 38 21
                                    

Bab 7


Luhan merenung tajam cawan yang terletak di atas meja itu. Bukan kerana ada sesuatu yang dia tidak puas hati dengan objek itu. Tapi kerana dia sedang mengelamun jauh. Dia tidak tahu apa yang membuatkan dia asyik letih kebelakangan ini. Mungkin sebab kerja dan pelbagai masalah lain.

Dia benar-benar bersyukur dia tidak berhutang dengan sesiapa. Segala bil-bil yang ada sudah dibayar. Dia dan adiknya benar-benar menguruskan kewangan mereka dengan baik. Mungkin dia keletihan. Dia perlukan rehat. Entah bila kali terakhir dia mengambil cuti. Ia hanya bila Kris bercadang untuk menutup kedai beberapa hari sempena hari cuti umum.

"Lu... Luhan!"

Lelaki itu tersentak dari lamunannya. Dia berpaling memandang Baekhyun yang sedang bercekak pinggang.

"Kalau boleh pecah gelas tu... Dah lama pecah tahu tak."

Luhan hanya menggolekkan bebola matanya. Dia memandang ke arah tempat duduk juruwang di mana lelaki kecil-molek selalu duduk di situ.

"Kyungsoo masih tak kerja lagi." Gumam Luhan. Terlupa dengan komen adiknya sebentar tadi.

Baekhyun hanya mengangkat bahunya. "Dia perlukan masa. Sebab tu saya kena ganti dia hari ni."

Luhan hanya mengangguk. Memang benar. Baekhyun terpaksa bekerja sebagai juruwang selama ketiadaan Kyungsoo.

"Tapi baguslah." Baekhyun bersuara. "Saya tak sanggup nak tengok muka sedih dia. Akan jadi terlalu... kekok."

Luhan mengangguk bersetuju. "Harap-harap cuti tu benar-benar berguna untuk dia. Dia tu paling susah nak digembirakan."

"Awak nak kita pergi lawat dia tak?" Baekhyun mengangkat keningnya.

"Dia tak ada kat rumah."

Serentak kedua-dua mereka menoleh. Chen datang membawa gelas dan pinggan yang kotor.

"Dia ke mana pula?" Baekhyun berkerut memandang lelaki itu.

"Lay ada pergi sana." Chen memberitahu. "Bukan awak tak tahu dia tu suka melawat orang. Tapi Kyungsoo tak ada. Dengar dari Kris dia balik kampung. Jumpa mak dia. Jadi dia tak ada kat rumah."

Serentak kedua-dua beradik itu mengangguk.

"Hello guys!"

Sapaan itu membuatkan semua mereka memandang ke pintu. Kris muncul dengan senyuman. Pada saat itu juga, Lay menyertai mereka memandang semua pelanggan sudah dihidangkan dengan pesanan mereka.

"Hujung minggu ni saya tutup kafe."

Pengumuman mengejut itu membuatkan semua mereka terkejut sebelum berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa tiba-tiba?" tanya Lay.

"Saya ada urusan di luar kawasan." Beritahu Kris. "Susah saya nak uruskan kewangan kat sini. Kyungsoo pun tak masuk kerja lagi."

Luhan, Baekhyun, Lay dan Chen hanya mampu mengangguk perlahan. Kewangan kedai itu hanya Kris dan Kyungsoo sahaja yang tahu bagaimana hendak mengurus. Manakala mereka berempat fokus kepada operasi.

"Kita buka hari isnin." Kris menambah sebelum berlalu pergi.

Chen terus mengeluarkan telefon bimbitnya. "Saya nak beritahu girlfriend dulu yang saya banyak masa free nanti."

Lay segera menyigung lelaki itu. "Tak payah. Memandangkan kita semua cuti, lebih baik kita pergi lawat Kyungsoo."

"Betul juga." Baekhyun menyokong. "Lagipun kampung dia tu memang seronok nak tinggal. Boleh tenangkan fikiran."

Chen mendengus sambil menggolekkan bebola matanya sebelum menyimpan semula telefon bimbitnya. "Baiklah, baiklah."

Lelaki itu segera membawa gelas dan pinggan kotor tadi ke dapur untuk dibasuh. Pada saat itu juga, bunyi loceng pintu depan berbunyi.

"Selamat datang!" ucap Baekhyun ceria dengan senyuman bagaimanapun bertukar serta-merta apabila terpandang wajah orang yang muncul di situ.

"Sehun?" Luhan mengelipkan matanya memandang lelaki yang sedang tersenyum itu bersama dua orang kawannya di situ.

"Saya terlambat?" tanya lelaki itu sambil menghulurkan cawan kertas berisi mocha kepada Luhan.

Luhan hanya mengukir senyuman ketika menghulurkan cawan kertas berisi latte yang sudah siap sedia dibuat. Itu seperti sebuah perjanjian untuk mereka. Bertukar minuman yang menjadi kegemaran masing-masing.

Di sudut lain, Baekhyun dan Chanyeol sedang bertukar renungan tajam. Jika ia boleh membunuh, kedua-dua mereka pasti sudah mati.

"Jangan nak perasan." Chanyeol menggumam. "Saya tak sudi sangat nak datang sini jumpa awak."

Baekhyun menggolekkan bebola matanya. "Tak pernah dalam hidup saya... Saya akan berfikir macam tu. Lagipun saya tak tanya."

Chanyeol tersenyum menyindir. "Saya datang sebab Kai nak jumpa kawan awak yang jadi cashier tu."

"Sekali lagi... Saya tak tanya." Gumam Baekhyun yang kini sedang berpeluk tubuh merenung lelaki itu.

"Yeol..." Sehun memandang kawannya itu. "Boleh awak kawal sikit perangai tu tak? Jangan berkasar."

"Dia annoying sangat." Chanyeol menderam.

"Excuse me?" Baekhyun mengangkat keningnya. "Awak sendiri yang bermasalah. Bukan saya."

Chanyeol membuka mulut untuk membalas lagi bagaimanapun lelaki berkelut sedikit gelap di belakangnya menghalang.

"Maaf... Tapi... Ke mana Kyungsoo?" tanya lelaki yang bernama Kai itu.

"Dia cuti. Sampai minggu depan. Balik kampung." Luhan menjawab bagi pihak Baekhyun kerana tahu lelaki itu masih sibuk melemparkan pandangan jahat ke arah Chanyeol yang tetap berbalas.

"Dia nak sangat jumpa." Beritahu Sehun dengan wajah yang tidak dapat digambarkan apa perasaannya. Sepertinya mereka juga tahu apa kisah lampau kedua-dua lelaki itu menyebabkan dia juga berasa kekok.

"Dia kat kampung." Luhan memberitahu lagi. "Lagipun hujung minggu kami tutup. Plan nak ke sana lawat dia lah ni."


A/n: Sorry gaisss!! *susun sepuluh jari* lambat nak mampus baru dapat update. Laptop takde sebulan habis semua tergendala. Memang rosak teruk. Terpaksa beli baru. Habis terbang semua duit. *sob sob*

Anyway, sweet pulak budak HunHan ni. Tak pernah lupa nak bertukar air. Yang ChanBaek tak habis nak gaduh. KaiSoo pulak... Humm... Tunggu je lah next chapter.

Just for you guys info again, this is a bromance story. Atau bahasa kasarnya adalah gay. Jadi kalau tak selesa boleh berhenti membaca dan jangan kecam. Bukan tak tahu hukum ke apa. Tapi ini fanfic. OTP. Sentiasa ada dari peminat. Sekian.

> VOTE & COMMENT <

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now