Chapter 28 : New Face

102 15 13
                                    

Bab 28






Kris membetulkan tali leher yang dipakainya sebelum berjalan keluar dari pejabat kecil yang berada di kafe miliknya itu. Keadaan agak bising dan sesak di luar sana membuatkan dia memandang sekeliling. Pembukaan semula kafe itu pada hari ini benar-benar mendapat sambutan. Perancangan rapi yang mereka buat membuahkan hasil.

Dekorasi kafe tidak banyak ditukar. Ia hanya menjadi lebih classy dari yang biasa. Perabot dan yang lain juga masih sama. Hanya cat sahaja yang ditukarkan kepada warna kelabu. Papan tanda kafe yang baru telah dinaikkan. Nama XOXO Cafe telah ditukar kepada yang baru, Overdose Cafe atas cadangan Lay.

Pakaian seragam kafe itu juga bertukar baru dan Chen yang bertugas untuk memilih. Mereka kini memakai pakaian seragam sama. Pakaian dengan blazer lengkap berwarna biru tua seiring dengan seluar mereka. Apa yang membezakan hanya tag nama yang mengikut warna kemahiran mereka. Kris memakai tag nama berwarna keemasan, Luhan berwarna putih, Baekhyun berwarna biru muda, Kyungsoo berwarna merah, Lay dan Chen pula berwarna coklat perang.

Rambut mereka dirapikan dengan cantik membuatkan mereka tampak seperti bintang idola. Sejak kafe itu dibuka dan mereka mempromosikannya di hadapan, pelanggan tidak berhenti masuk terutama sekali remaja wanita. Ia seperti maid cafe dalam cerita anime.

Baekhyun tidak perlu bekerja di dapur memandangkan dia telah memasak semua kuih, kek dan roti untuk dihidangkan dan diletakkan di dalam peti simpanan pameran di hadapan. Lelaki itu kini sedang melayani pelanggan membantu Chen dan Lay. Semua yang dihidangkan mempunyai dekorasi tersendiri.

Luhan masih gigih meneruskan untuk membuat minuman. Bukan sahaja latte, dia juga menghidangkan mocha, cappucino, machiato dan americano. Dia memutuskan untuk tidak mencuri resepi Sehun walaupun dia tahu apa bahan-bahan yang digunakan oleh lelaki itu. Dia hanya membuat mocha menggunakan resepinya sendiri walaupun dia tahu ia tidak akan sesedap yang Sehun buat.

Kyungsoo membantu lelaki itu. Dia sudah belajar bagaimana untuk menyediakan minuman yang lain. Sesekali dia juga akan bekerja di kaunter wang berdekatan. Kris menjadi fleksibel. Dia akan pergi ke mana sahaja yang memerlukan bantuan. Senyuman tidak pernah pudar dari wajahnya.

"One more latte untuk meja 4!" Lay memasukkan nota pesanan di kaunter untuk perhatian Luhan.

Luhan memandang sekali imbas ke meja yang disebutkan di mana ada pasangan yang sedang berbual. Dia tersenyum sebelum membuat bentuk pasangan burung di latte tersebut. Satu kelebihan Luhan, dia tahu apa yang perlu menghiasi latte yang dibuatnya untuk pelanggan. Dia akan membuat bentuk yang menggambarkan perasaan mereka. Dan dia tidak pernah gagal untuk membuat semua pelanggannya tersenyum.

Dia segera menekan loceng apabila selesai. Chen yang mendengar terus mengambil latte itu sambil membaca nombor meja sebelum menghantarnya. Hari itu bermula dengan baik. Mereka semua bersemangat untuk bekerja. Seperti lembaran baru telah dimulai.

"Baekhyun..." Kyungsoo memandang lelaki itu. "Cheesetart masih ada stok kat dalam?"

Baekhyun mengangguk. "Masih ada satu tray."

Kyungsoo tidak membuang masa. Dia terus masuk ke belakang untuk mengambil cheesetart sebelum diletakkan di peti untuk dijual memandangkan stok yang sebelumnya sudah habis.

Pelanggan yang keluar akan berganti dengan yang baru. Mereka hampir tidak mempunyai rehat. Semua bekerja sejak kafe dibuka sehingga kini. Mereka hanya mengambil masa untuk makan tengahari dan berehat seketika secara bergilir. Itupun masih belum cukup.

Hanya tinggal kurang dari sejam lagi kafe akan ditutup pada hari itu, barulah pelanggan berkurangan. Kesemua mereka menarik nafas lega. Penat lelah hampir tidak terasa memandangkan mereka sangat berseronok bekerja pada hari itu. Semua berpuas hati.

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now