Chapter 12 : Stuck with him

89 13 12
                                    

Bab 12


Baekhyun menunggu dengan tenang di perhentian bas itu. Dia tidak percaya dia akan bangun seawal pagi di hari cutinya. Jika bukan kerana Lay yang mencalonkan namanya tanpa kebenaran, dia pasti sedang bermalas-malasan. Akan tetapi, dia tidak terlalu membenci lawatan itu memandangkan dia sangat suka memasak kuih dan kek. Mungkin ada manfaat dia datang ke situ.

Dia memandang jam di tangannya. Menurut risalah yang dihantar kepadanya sebagai peserta itu, dia hanya perlu tunggu di situ. Bas akan mengambil mereka satu-persatu mengikut dekatnya tempat tinggal mereka.

Baekhyun membetulkan beg yang disandangnya ketika dia terlihat sebuah bas menuju ke arahnya sebelum berhenti betul-betul di hadapannya.

"Peserta lawatan?" tanya seorang lelaki yang berdiri di pintu bas itu.

Baekhyun hanya mengangguk sambil menunjukkan risalah yang dipegangnya sebagai bukti.

"Naiklah." lelaki itu tersenyum kemudian memberi laluan kepada Baekhyun untuk naik.

Baekhyun tidak berlengah. Dia terus sahaja menaiki bas itu. Mencari tempat duduk yang kosong sebelum duduk. Tidak begitu ramai peserta. Kesemuanya juga terdiri daripada orang-orang yang sudah berusia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Pemandangan perkampungan yang indah itu amat menenangkan membuatkan Baekhyun menikmatinya.

Bas itu berhenti betul-betul di hadapan beberapa orang yang sepertinya sedang menunggu kehadiran mereka.

"Selamat datang, semua!" ucap salah seorang lelaki di situ setelah mereka semua turun dari bas. "Tempat membuat kek hokaido ada berdekatan sini. Kami ditugaskan untuk menjemput kamu."

"Kami harap kamu dapat belajar daripada lawatan ini." seorang perempuan itu bersuara. "Lebih baik jika kita terus ke sana."

Mereka mula berjalan disusuli oleh peserta-peserta yang hadir. Baekhyun turut menyusul di belakang mendahulukan peserta yang lain. Lebih kurang beberapa langkah mereka berjalan, dia terlanggar seseorang tanpa sengaja.

"Oh, maafkan sa-" Baekhyun terkedu memandang orang yang dilanggarnya itu. Atau lebih tepat lagi lelaki yang dilanggarnya itu.

"Awak..." Chanyeol membesarkan matanya memandang Baekhyun.

"Apa awak buat kat sini, lelaki gergasi?" Baekhyun membesarkan matanya tidak percaya.

"Lelaki gergasi?!" Chanyeol meninggikan suaranya. "Awak tu buat apa kat sini? Awak ikut saya ke?"

"Tolong sikit." Baekhyun bercekak pinggang. "Awak ingat awak tu siapa saya nak ikut awak."

"Awak tu nampak macam stalker." Chanyeol mengangkat bahunya selamba.

"Awak tu nampak macam perogol!" Baekhyun kelihatan naik angin.

"Apa awak cakap?!" Chanyeol turut berang. "Berani-berani awak cakap macam tu. Awak ingat sa-"

"Tolong ikut cepat!"

Pekikan pengurus lawatan itu membuatkan kedua-dua mereka menoleh. Peserta-peserta lain semakin jalan jauh ke depan.

"Tolong jalan jauh daripada saya!" Baekhyun membentak sebelum mula berjalan sambil menghentakkan kakinya meninggalkan lelaki tinggi lampai.

"Awak ingat saya nak ke?!" Chanyeol masih memekik bagaimanapun memulakan langkahnya.

Baekhyun tidak mengendahkannya. Dia terus sahaja berjalan menyusul rombongan di hadapan. Terserempak dengan lelaki itu di tempat yang tidak pernah dijangka adalah satu petanda buruk baginya. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku jika dia berada berdekatan dengan lelaki itu.

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora