Chapter 13 : Is He Your Boyfriend?

102 14 10
                                    

Bab 13




Kedinginan malam itu semakin terasa. Buat seketika, mereka keliru jika saat itu adalah musim sejuk atau bukan. Cengkerik berbunyi di segenap arah di tengah kepekatan malam. Kadangkala, kedengaran bunyi aneh yang mereka sendiri tidak dapat pastikan.

Baekhyun menggosok kedua-dua tapak tangannya cuba menghasilkan haba yang hangat dari tubuhnya sendiri. Dia dapat merasakan nafasnya hampir membeku. Mujur pakaiannya tidak terlalu nipis untuk cuaca seperti itu. Dia kini sedang duduk di sebuah pondok kecil yang mereka sendiri tidak tahu apa fungsinya didirikan di tepi jalan di kampung itu.

Chanyeol pula duduk tenang sambil menarik nafas panjang. Dia hanya memandang dikejauhan dengan fikirannya jauh melayang. Dia tidak pernah menduga akan berada di situasi seperti itu. Dingin malam itu perkara yang tidak menjadi masalah buatnya saat ini.

Mereka sempat lagi bergaduh sebentar tadi ketika cuba untuk menghubungi bantuan. Memandangkan kedua-dua telefon bimbit mereka kehabisan bateri. Tiada nombor yang dapat mereka ingat. Zaman teknologi moden seperti ini, mustahil ada orang yang ingat nombor telefon kawan-kawan mereka.

KRIUKK!

Baekhyun mengelipkan matanya seketika. Cuba untuk tidak mengendahkan bunyi itu. Bagaimanapun, ia bukan pertama kali didengarnya. Ketika kali keenam dia mendengar bunyi itu, dia menoleh memandang Chanyeol.

"Tak payah peduli." Chanyeol bersuara apabila perasan yang Baekhyun memandangnya. Dia kini sedang memegang perutnya hampir melelapkan mata. Entah kenapa dia merasa letih.

Baekhyun tidak mempedulikannya. "Awak lapar ke.?"

"Tch!" Chanyeol menjeling ke arah lelaki itu. "Saya dah kata tak payah peduli kan? Duduk berehat diam-diam je lah. Saya dah rasa tenang masa kita senyap tadi. Tak payah kacau."

Baekhyun mengetap giginya kegeraman. Ikutkan hatinya, dia akan melompat dan mencakar lelaki itu. Akan tetapi, mereka di dalam situasi yang tidak sesuai untuk dia melakukannya.

KRIUKK!

Baekhyun mendengus kuat kemudian menanggalkan beg sandangnya. Dia membuka zip beg itu kemudian mengeluarkan beberapa snek sebelum menghulurkannya pada Chanyeol beserta minuman kotak. Chanyeol kelihatan teruja memandang semua itu bagaimanapun dia berusaha untuk mengawal riak mukanya sambil berkerut.

"Saya dah kata tak payah kan?"

"Boleh awak buang ego awak tu dulu?" Baekhyun mengangkat keningnya. "Kita dalam situasi yang tak normal."

Chanyeol hanya merenung lelaki itu kemudian memandang snek dan minuman yang dihulurkan padanya. Dia segera mencapai sebelum mula membuka. "Terima kasih."

"Sama-sama." Baekhyun turut membuka snek yang dia tinggalkan untuk dirinya sendiri.

Mereka kini menikmati makanan ringan itu dalam keadaan senyap. Masing-masing kelaparan untuk berkata apa-apa. Sesekali Baekhyun menjeling ke arah Chanyeol. Lelaki itu terlalu lapar sehingga dia makan dengan rakus. Biasanya, dia akan menyakat lelaki itu. Tetapi, dia tidak mahu mewujudkan suasana yang tidak menyenangkan.

Setelah hampir lima belas minit selesai makan, Chanyeol bingkas bangun. Dia memandang Baekhyun sambil menepuk seluarnya.

"Kita kena teruskan perjalanan. Dah hampir setengah jam sejak kita menelefon kawan saya tadi."

Baekhyun bingkas bangun kemudian menyandang begnya semula. "Ya. Mereka tak bagi kereta luar masuk ke dalam selepas jam 6 petang. Kita kena berjalan keluar daripada pagar."

Chanyeol mengangguk kemudian mula membuka langkah. "Jom."

Baekhyun tidak membantah. Dia segera menyusul lelaki itu. Dia hampir menyumpah seranah kerana berjalan dalam keadaan tempang. Jika bukan sebab dia terjatuh petang tadi, kakinya tidak akan terseliuh seperti itu. Kesakitan yang dia rasa dapat ditahan dengan nasib yang mereka hadapi. Biasanya, dia tidak akan mahu meneruskan perjalanan.

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now