Chapter 27 : Move On

98 16 17
                                    

Bab 27


Luhan berjalan di kaki lima itu sambil memandang sekeliling. Membaca papan tanda kedai-kedai yang ada satu-persatu. Dia ingin membeli beberapa barangan keperluan untuk dirinya sendiri. Memandangkan persiapan kafe masih dalam proses, dia mengambil masa untuk membeli-belah.

Sudah hampir sebulan berlalu. Perasaannya mula membaik. Walaupun luka yang ada masih belum sembuh, tapi dia sudah mula menerima kenyataan. Bahawa hidup tidak seindah yang dia sangka. Dia hanya bersyukur dia masih mempunyai rakan- rakan yang sentiasa memberi dukungan kepadanya.

Kris tidak pernah melupakan mereka. Sekaya dan sebanyak mana pun harta lelaki itu, dia menyayangi kafe yang dia dirikan suatu ketika dulu. Atau lebih tepat lagi, dia sayangkan orang-orang yang membuatkan bisnes itu berjaya. Dia bekerja keras. Menjadi ketua untuk memberikan tugasan kepada mereka. Dia mengajar satu-persatu yang mereka perlukan.

Baekhyun bekerja dua kali lebih kuat. Sebagai seorang tukang roti, dan juga seorang adik kepada Luhan. Lelaki itu sentiasa memastikan ada senyuman di wajah abangnya setiap hari tanpa gagal. Luhan tahu Baekhyun merasakan kesakitannya. Oleh itu dia harus kuat.

Kyungsoo pula kelihatan lebih bersemangat. Jika sebelum ini dia kelihatan bosan dan tiada perasaan, kali ini dia bertindak luar biasa. Peranannya hampir sama dengan Kris. Dia mampu memberikan arahan yang sama memandangkan cara berfikir mereka juga hampir sama. Kyungsoo seolah-olah ingin membuktikan sesuatu. Bahawa dia mampu berada di atas.

Chen turut memandang serius perkara itu. Hubungannya dengan Joy semakin menjauh. Dan dia sudah berhenti mendapatkan maklumat mengenai Wolf Growling Cafe daripada teman wanitanya itu. Dia merasakan adalah lebih baik jika mereka mampu membangunkan kafe mereka semula dengan sesuatu yang baru.

Lay hanya mengikut arahan. Dia amat fleksibel dengan semua kerja. Dan dia sentiasa menjadi orang yang membawa aura positif kepada mereka. Tatkala mereka hampir berputus asa, lelaki itulah yang akan membangkitkan mereka. Dia seperti tidak mengenal erti lelah.

Luhan tersenyum sendiri. Dia dapat merasakan kawan-kawannya sentiasa berjalan bersamanya ke mana jua dia berada. Akan tetapi, senyumannya segera hilang apabila dia terpandang sesuatu. Atau lebih tepat lagi seseorang.

Sehun sedang berjalan keluar dari sebuah kedai sambil membawa beberapa bakul kertas. Seorang gadis cantik berdiri di sebelahnya sambil memeluk lengan lelaki itu. Gadis yang sama bercumbuan dengan Sehun di kafe tempoh hari.

Pada saat itulah, baru Luhan perasan betapa gembiranya pasangan itu. Barulah dia tahu bahawa dia tidak akan pernah dapat menggantikan tempat gadis itu. Bukan kerana dia tidak layak. Tapi kerana dia bukan untuk Sehun.

Luhan menggigit bibirnya. Perasaannya mula bergelora. Dia merasakan dia tidak akan merasakan sakit itu jika bertembung dengan Sehun. Seakan-akan dia sudah bersedia. Akan tetapi, ia jelas sebaliknya. Dia masih belum bersedia melihat lelaki itu hatinya belum sedia.

Luhan berpaling. Dia menarik nafas panjang sambil berbisik kepada dirinya sendiri, "Awak kuat, Luhan." Dia berjalan pergi. Dia merasakan dia sudah melangkah ke satu tangga. Ke tangga yang mengizinkannya untuk tidak menoleh ke belakang. Untuk maju kehadapan. Meninggalkan apa yang pahit.

******

Gelak tawa kedengaran jelas di ruang tamu rumah kaya itu. Perbualan orang- orang tua sememangnya sukar untuk difahami oleh golongan yang muda. Mereka mempunyai perbezaan dari segi topik yang diminati. Kadangkala mengenai kehidupan, mengenai pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

Kris meletakkan sudu dan garpu yang dipegangnya sebelum mengelap mulutnya menggunakan napkin. Dia memandang ke arah ibu dan bapanya yang sudah seronok berbual. Matanya hanya tertumpu kepada makanan, ibu bapanya, serta tuan rumah yang sedang bergelak sakan.

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum