Chapter 1 : Latte

904 79 26
                                    

Bab 1


Hujan renyai-renyai di luar sejak pagi lagi. Cuaca tidak begitu baik pada musim luruh itu. Tidak tentu sama ada akan hujan, mendung dan sebagainya. Namun pada hari itu, hujan langsung tidak berhenti. Tetapi ia hanya sekadar renyai-renyai tidak terlalu lebat. Ia sedikit memberi kemudahan.

XOXO Cafe tetap beroperasi seperti biasa. Kyungsoo asyik menguap di kerusi tempat dia duduk. Mesin kaunter di hadapannya hanya direnung sejak pagi. Dia sebenarnya bosan dengan kerja itu. Tidak tahu sama ada dia patut bertukar kerja atau tidak mengenai perkara itu. Akan tetapi, jika difikirkan semula hanya itu sahaja kemahiran yang dia benar-benar yakin untuk melakukannya.

"Tak ramai orang, Soo?"

Lelaki bermata bulat dengan tubuh kecil molek itu menoleh pantas. Seorang lelaki berkulit putih melepak dengan mata yang bersinar dan rambut perang gelap berdiri memandangnya dengan apron berwarna merah yang menjadi simbolik kafe itu juga lengkap dengan uniform kemeja hitam selari dengan seluar jeans dan kasut hitan yang dipakainya membuatkan dia nampak lebih tampan.

"Tak banyak sangat, Luhan." Kyungsoo mengangkat bahunya kembali membuat muka mengantuk. "Hujan tak berhenti langsung kan."

Luhan tersengih kemudian mengusap rambut lelaki itu atau lebih tepat lagi merosakkannya sebelum dia berjalan menuju ke tempat dia selalu bekerja. Berdekatan dengan mesin membuat latte. Kyungsoo hanya menggolekkan bebola matanya sebelum membetulkan kembali rambutnya.

"Mana yang lain?" Luhan memandang kafe yang agak kosong itu. Hanya ada satu meja yang mempunyai orang di suatu sudut. Dia hampir tidak dapat melihat ada pelanggan kerana ia terlalu sunyi. Hanya ada musik lagu perlahan dan sedikit mendayu-dayu yang sentiasa dimainkan di kafe itu menjadi peneman.

"Lay pergi cari makan. Dengan Baekhyun tadi. Lapar kot." Kyungsoo mengangkat bahunya. "Chen saya tak pasti ke mana."

Luhan mengangguk-angguk kemudian membuat dua cawan latte yang menjadi kepakarannya sebelum menghulurkan segelas kepada lelaki kecil itu.

"Oh, saya hampir terlupa."

Luhan segera memandang Kyungsoo. "Lupa apa?"

Kyungsoo tidak menjawab sebaliknya meraba-raba poket depan apron yang dipakainya sebelum menghulurkan kepada lelaki itu. "Peminat setia awak tu tinggalkan pesan hari ni."

Luhan berkerut bagaimanapun tahu siapa yang dimaksudkan. Gadis yang akan berkunjung setiap hari ke situ. Gadis yang dia sendiri tidak berapa ingat siapa namanya. Dia membuka kertas kecil yang dihulurkan tadi. Tertera satu nombor telefon berserta nota meminta dia dihubungi.

"Dia cakap hari ni dia ada hal dan perlu pergi cepat." Kyungsoo kembali membuat muka tidak bermaya. "Dia tak dapat nak tunggu awak keluar dan buatkan dia latte daripada awak."

Luhan menggerutu sambil menggelengkan kepalanya kemudia melemparkan kertas itu di dalam laci di bawah kaunter.

Kyungsoo mengangkat keningnya. "Awak tak nak simpan dulu nombor dia dalam telefon ke? Lay akan buang semua sampah yang dia nampak."

Luhan duduk di kerusinya. "Saya tak peduli pun. Saya tak berminat langsung pada dia."

Kyungsoo mengelipkan matanya. "Dia nampak cantik pun. Muda, bergaya dan... Berduit?"

Luhan menggolekkan bebola matanya. "Saya benar-benar tak berminat. Oh, kalau awak nak awak boleh ambil nombor dia."

"Terima kasih je lah." Selamba lelaki kecil itu membalas.

Luhan hanya tersengih. Baru sahaja dia hendak membuka mulut untuk membalas lagi, bunyi loceng pintu hadapan yang menandakan ada orang masuk ke dalam berbunyi. Serentak kedua-dua mereka memandang ke arah pintu. Seorang lelaki tinggi lampai berdiri memandang mereka. Air menitis dari rambut keputihannya.

"Hai, selamat datang." Ucap Kyungsoo dengan wajah ceria yang tiba-tiba terpampang di wajahnya.

Lelaki itu hanya mengangguk sedikit sebelum memandang sekeliling cuba mencari tempat untuk duduk. Dia segera membuka langkah dan duduk di sebuah meja berdekatan dengan tingkap.

"Lay..." Luhan memandang sekeliling untuk memberitahu ada pelanggan bagaimanapun baru teringat bahawa lelaki itu keluar. Chen pula entah ke mana. Kedua-dua pelayan itu tiada membuatkan dia mendengus perlahan sebelum keluar berjalan menuju ke meja lelaki tadi. "Boleh saya ambil pesanan?"

Lelaki itu mendongak setelah melibas-libaskan rambutnya. "Ummm..." Dia berfikir seketika. "Bagi saya latte. Panas."

Luhan mengangguk. "Kreamer cair?"

Lelaki itu mengangguk. "Dengan apa sahaja bentuk."

"Ada apa-apa lagi nak pesan?" tanya Luhan sopan dengan senyumannya yang sentiasa menawan.

Lelaki itu membetulkan tekaknya tanpa sebab. "Tak ada."

Luhan mengangguk lagi. "Saya akan bawakan segera."

Lelaki itu turut membalas dengan anggukan. Luhan segera kembali ke kaunter dan menyiapkan pesanan lelaki itu dengan perlahan. Dia meletakkan kreamer cair seperti yang diminta dan membuat bentuk titisan air pada permukaan latter tersebut. Dia tersenyum sendiri melihat hasil kerjanya kemudian menghantar cawan itu kepada pelanggan lelaki yang sedang bermain telefon itu.

Lelaki itu tersengih apabila terpandang bentuk putih di atasnya itu. "Adakah itu titisan air?"

Luhan mengelipkan matanya. Tidak menjangka ada ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. "Ya. Sebab banyak titisan air dari rambut awak."

Lelaki itu tergelak kecil sambil mengusap rambutnya. "Well, terima kasih."

Luhan mengangguk sekali kemudian segera beredar dan kembali ke tempat dia bekerja.

"Oh, Baekhyun ke mana?" Kyungsoo bertanya seperti baru teringat kewujudan lelaki itu.

"Dia ambil cuti hari ni. Nak lawat nenek kami kat." Luhan mengangkat bahunya. "Kelmarin kena demam."

Kyungsoo mengangguk. "Nenek awak tinggal dengan atuk awak. Tak ada orang lain jaga ke?"

"Ada." Luhan kembali duduk di kerusinya. "Makcik dan Pakcik kami ada jaga mereka. Tapi tak boleh dijadikan alasan untuk kami tak datang melawat. Memandangkan saya tak dapat... Biar Baekhyun yang pergi."

Kyungsoo mengangguk lagi kemudian memandang ke luar. "Harap-harap hujan berhenti lah cepat."

Luhan turut memandang ke luar. "Ya. Tapi saya suka hujan. Jadi... Tak lah kisah sangat."

"Tapi tak..."

Belum sempat Kyungsoo menghabiskan kata-katanya, lelaki yang memesan latte tadi berdiri di hadapannya bersedia untuk membayar. Kyungsoo segera berdiri tegak dengan senyuman manis. Lelaki itu memberi duit sambil memandang sekeliling menunggu duit baki. Apabila dia mendapatkannya, dia melamparkan senyuman ke arah Luhan sebelum berjalan keluar.


A/n: Well, hanya untuk permulaan. Bagi sikit bunga-bunga. Hahahaha. And our D.O jadi pembuka!!! Kyaaa!!~ Hehehe. Well, well... Rasa dapat bayangkan tak keadaan kaf tu macam mana? Saya buat uniform yang berbeza. Takkan nak buat cam kat tv tu je kan. Bagi lah berkarisma sikit. Hehehe~ Leave me your fedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now