Chapter 5 : What Are You Doing Here?

610 66 29
                                    

Luhan duduk di sofa itu sambil dengan wajah yang tegang. Dia masih tidak mengalihkan perhatiannya daripada adiknya itu. Baekhyun hanya duduk buat tidak tahu sambil bermain dengan kucingnya. Berusaha sedaya-upaya untuk tidak bertentang mata dengan abangnya saat ini.

"Lu... Sampai bila awak nak tenung saya macam tu?" Baekhyun menggerutu sudah tidak tahan.

"Sampai awak sedar kesalahan awak dan pergi minta maaf?" Balas lelaki itu cuba untuk kedengaran ganas tapi tetap tidak berjaya.

"Lu... Dia yang simbah saya dulu tahu tak?" Baekhyun sepertinya sudah semakin geram kerana disalahkan dalam perkara itu. "Kenapa pula saya yang disalahkan? Awak sepatutnya marah dia juga."

"Sebab awak tu adik saya?"

Baekhyun menggolekkan matanya kembali bersandar. "Malang pula saya jadi adik awak dalam keadaan macam ni."

Luhan segera mengetuk kepala lelaki itu. "Jangan nak mengeluh dan merungut pada saat macam ni."

"Tak adil lah, Lu." Baekhyun menderam. "Dia tumpahkan kuih-kuih yang saya buat tahu tak. Lepas tu dia tuduh saya yang jalan tak pakai mata. Sedangkan dia yang berlari. Dah lah bodoh. Orang semua jalan guna kaki. Dia cakap saya jalan guna mata. Dia tak nampak ke?"

Luhan hanya mendengus. Tahu bagaimana perangai tahap diva adik lelakinya itu. Dia tidak akan mengaku kalah.

"Tak rasa bersalah pula tu. Langsung tak ada." Baekhyun menyambung. "Biar sikit pun jadilah. Ini tak."

"Tapi..."

"Bukan itu je..." Baekhyun memintas. Langsung tidak membenarkan abangnya itu berpeluang untuk bercakap. "Dia datang ke kafe. Tak beradab. Dia tengking saya kat situ dan simbah saya. Awak rasa saya boleh duduk diam dan terima je? Lu... Dia buat macam tu di tempat kerja saya."

"Saya faham." Luhan mendengus. Mengalah kerana tahu Baekhyun tidak akan berbuat demikian.

"Awak pasti awak faham?" Baekhyun mengangkat keningnya.

"Ya." Luhan membalas. "Tapi kalau dia minta maaf atau apa, tolong jangan keruhkan keadaan."

*

Luhan bekerja seperti biasa pada hari itu. Dia duduk menanti jika ada pelanggan yang ingin memesan latte. Hari ini sudah dua orang minta nombor telefonnya. Baekhyun pula sedang berehat. Lay dan Chen masih sibuk bekerja. Berbual mesra dengan pelanggan di meja masing-masing.

"Hari ni tak pula hujan."

Luhan menoleh pantas. Memandang lelaki bermata bulat yang duduk sugul di kaunter pembayaran.

"Saya lagi suka hujan." Beritahu Kyungsoo.

Luhan hanya tersengih. "Saya pun macam tu sebenarnya. Tapi apa boleh buat. Tak boleh nak mengeluh sangat."

Kyungsoo mengangguk kemudian memandang lelaki itu. "Putera Sehun tak datang hantar mocha ke hari ni?"

Luhan menjeling tajam ke arah lelaki itu. "Ingin ni cerita cinderella ke?"

Kyungsoo hanya mengangkat bahunya. "Boleh jadi juga. Awak cinderella. Sehun putera."

"Kenapa saya yang jadi perempuan??" Luhan mengerutkan dahinya. "Saya lebih tua dari dia tahu tak."

"Dia lagi manly?"

Luhan hanya menggerutu.

"Sebenarnya dari mana dia beli mocha tu?" Kyungsoo mengerutkan dahinya memandang Luhan.

"Entah." Luhan hanya mengangkat bahu. "Tak tanya pula. Lagipun..."

Belum sempat Luhan menghabiskan kata-katanya, loceng pintu depan yang menandakan ada orang yang masuk berbunyi. Serentak kedua-dua mereka menoleh. Sehun muncul dengan senyuman manis bersama seseorang di belakangnya yang tidak dikenali. Luhan membalas senyuman itu secara automatik.

"Maaf... Saya lambat sikit hari ni." Sehun menghulurkan mocha yang sentiasa dibawanya.

Luhan hanya ketawa. "Boleh pula nak minta maaf. Kalau awak sibuk sangat tak perlu lah hantar."

"Tapi saya nak juga latte awak." Sehun mengangkat bahunya ketika Luhan menghulurkan latte yang sudah sedia dibuatnya kepada lelaki itu. "Ia tada dalam rutin harian saya."

Luhan hanya menggelengkan kepalanya. "Saya boleh hantarkan pada awak. Beritahu je mana tempat kerja awak."

Sehun hanya tersenyum. "Saya lebih suka datang ke sini."

"Kalau macam..."

Sekali lagi kata-kata Luhan terhenti apabila pintu di belakangnya terbuka. Baekhyun muncul memandang mereka. "Oh, hai Sehun."

"Hai, Baekhyun." Balas lelaki itu. "Awak dah okey ke?"

Baekhyun hanya mengangkat bahunya. "Kalau kawan awak tu tak ada, saya akan okey. Jangan risau."

Luhan menjeling tajam ke arah adiknya itu.

"Tak. Saya dengan kawan yang lain hari ni... Kai..." Sehun memandang sekali imbas ke arah kawannya.

Lelaki berkulit sedikit gelap dengan rambut perang bersinar itu sepertinya sedang berdiri mengeras. Dia langsung tidak bercakap atau mengeluarkan suara. Wajahnya seperti ternampak hantu.

"Kai..." Sehun mengerutkan dahinya memandang lelaki itu.

Dia masih tidak menjawab. Sepertinya sudah kehilangan kata-kata. Luhan dan Baekhyun turut kebingungan melihat lelaki itu. Mereka cuba mencari arah mana lelaki itu sedang renung. Apa yang mengejutkan, Kyungsoo yang hampir dilupakan berdiri di sana sejak tadi juga dalam keadaan yang sama.

"Kyungsoo..."

Lelaki bertubuh kecil itu sepertinya sedang berdebat dengan dirinya sendiri. Matanya seperti ada air yang bergenang. Bibirnya terketar-ketar walau tiada siapapun yang mampu pastikan.

"Kyungsoo..."

Baekhyun memegang bahu lelaki itu menyebabkan dia kembali ke dunia nyata. Tiada apa-apa yang keluar dari mulutnya. Dia terus sahaja berlari masuk ke dalam bilik belakang kafe itu.

"Apa yang dah jadi?" Baekhyun memandang Luhan yang hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Kai..." Sehun memandang lelaki itu meminta kepastian. "Kamu kenal ke?"

Lelaki itu mengeluh perlahan. "Lebih dari kenal. Kyungsoo. Dia adalah bekas kekasih saya."


A/n: Damn! Lama betul aku tak update cerita ni dooh. Apa pun, tahniah kepada aku kerana berjaya update hari ni. HAHAHAHA XD. Anyway... Tadaaa!! Ada kejutan gitu. Bekas kekasih Kai??!! Imagine diorang jumpa balik. Tu belum lagi crita camna diorang break. Hahaha. Leave me your feedback, guys. :)

> VOTE & COMMENT <

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now