Chapter 21 : Bitter Truth

101 11 15
                                    

Bab 21





Luhan memegang dadanya. Dia dapat merasakan nafasnya seperti tersekat. Dia sudah mula mengusap bahagian itu. Bagaimanapun perasaannya mula menguasai membuatkan dia rasa semakin sesak nafas. Dia memejamkan matanya seketika sambil bersandar pada kaunter.

Baekhyun kini duduk di salah sebuah meja yang berada berdekatan kaunter. Entah kenapa, dia rasa ingin meludah tanpa sebab. Buat seketika dia dapat merasakan sesuatu ingin dimuntahkan keluar dari mulutnya. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah.

Kyungsoo hanya duduk seperti mayat hidup. Telinganya berdesing membuatkan dia merasa sakit tanpa penjelasan. Dia rasa kosong. Dalam masa yang sama dia rasa benci. Dia berharap dia mempunyai kuasa yang lebih daripada apa yang dia boleh lakukan.

Kris hanya berdiri bersandar di bahagian depan kaunter sambil berpeluk tubuh. Dia langsung tidak bergerak sejak tadi dan hanya kekal pada posisi itu. Matanya tertutup rapat seolah-olah dia sedang tidur. Fikirannya cuba menyusun satu-persatu apa yang baru sahaja didengarnya.

Lay berdiri memandang yang lain. Dia tidak tahu hendak berbuat apa. Chen pula hanya memandang mereka satu-persatu. Menunggu sebarang balasan. Dia baru sahaja selesai menceritakan semua apa yang dilihat, dirasa dan didengarnya tempoh hari. Dan sudah hampir lima minit, tiada siapa yang membuka mulut.

"Awak tak salah tengok kan?" Lay memandang Chen risau. Buat pertama kali, dia khuatir dengan apa yang sedang terjadi.

Chen menggelengkan kepalanya. "Saya harap saya salah. Saya betul-betul berharap."

Luhan masih lagi mengusap-usap dadanya. Dia merasakan pandangannya mula berpinar-pinar.

"Apa yang awak cakap memang benar kan, Chen?" Baekhyun memandang lelaki itu serius. "Awak tak buat lawak kan?"

Chen hampir menyeringai. "Saya tahu benda macam ni bukan benda yang boleh saya buat lawak. Apa yang saya nampak... Apa yang saya rasa... Semuanya! Semuanya."

Baekhyun menarik nafas panjang. "Kenapa kita tak pernah dengar pasal kafe ni? Kita tahu semua kafe yang ada. Dan kenapa Wolf Growling Cafe tak pernah kita dengar?"

"Kafe tu terletak di bandar sebelah." Chen menjawab. "Kita hanya tahu semua kafe yang ada disekitar bandar ni. Saya tak tahu kalau ada pelanggan yang bercakap mengenai mereka tapi..."

Chen memandang mereka kehilangan kata-katanya. Dia tahu perkara ini akan berlaku. Tetapi dia tidak bersedia. Dia benar-benar berharap bukan dia yang menemui semua itu.

"Dekorasi kafe mereka mungkin berbeza..." Chen cuba mengingati apa yang dia lihat. "Kafe tu nampak lebih mewah. Boleh dikatakan seperti kelihatan baru. Sangat baru."

"Bukan awak cakap Joy..." Lay cuba menyampuk bagaimanapun suaranya mula tenggelam.

"Joy cakap kafe tu dah beroperasi lama. Saya tak tahu berapa lama." Chen berkerut sedikit. "Saya kenal Joy pun belum lama. Tapi dia cakap kafe tu dah ada dulu dan dia sering ke sana."

"Habis tu kenapa nampak baru?" Lay mengerutkan dahinya.

Chen hanya mengangkat bahunya. "Mungkin mereka baru buat pembaikan untuk dekorasi baru."

Lay hanya mencebik kemudian memandang yang lain.

"Habis tu kenapa Joy tak pernah cakap pasal benda ni?" Baekhyun merenung Chen tajam. "Awak dah dating dengan dia sebulan. Kalau betul benda ni... Joy pasti dah beritahu. Awak bawakan dia latte tu setiap kali awak keluar dengan dia. Takkan dia tak cakap langsung?"

"Mana lah saya tahu!" Chen membalas. "Tiba-tiba je kali ni dia beritahu pasal benda ni."

Baekhyun mengusap kepalanya. "Awak pasti awak nampak Sehun? Chanyeol? Kai pun?"

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now