Chapter 4 : Fight

615 68 29
                                    

Luhan duduk di tempat kebiasaan dia akan menunggu jika ada pesanan latte pada setiap hari. Kadangkala dia akan bermain telefon bimbitnya. Ataupun berbual dengan rakan sekerjanya, terutama Kyungsoo. Memandangkan lelaki itu sering berada di situ bersamanya. Tapi berbeza pula kali ini. Dia kerap memandang sekeliling. Menanti sesuatu. Sesuatu yang di luar kebiasannya.

"Tunggu Sehun ke?"

Luhan tersentak serta-merta. Dia berpaling memandang Kyungsoo yang sudah melirik ke arahnya dengan senyuman sinis. Kesemua rakan sekerjanya seperti sudah mengenali lelaki itu. Lelaki yang sepertinya sudah menjadi peminat kepada latte yang dibuat oleh Luhan. Lelaki yang sering datang ke situ.

"Jangan nak merepek." Luhan menggolekkan bebola matanya sambil memandang ke arah lain.

"Hmmm..." Kyungsoo kembali memandang ke hadapan. "Habis tu asyik tengok kat luar kedai tu buat apa?"

"Takkan tak boleh?" Luhan mengangkat keningnya. "Takkan nak tengok muka awak je kat sini."

"Kyungsoo..."

Kedua-dua mereka menoleh serentak. Baekhyun muncul masih dalam pakaian seragamnya.

"Jangan nak sakat orang yang dah angau." Selamba lelaki itu bersuara. "Tak ada guna."

Luhan menjeling tajam ke arah lelaki itu. "Kalau awak dah tak nak makan kat rumah... Teruskanlah buat kerja jahat."

"Hey..." Baekhyun memandang abangnya itu. "Baru kacau sikit dah main ugut pula. Apa ni."

"Padan lah muka awak." Luhan menjelirkan lidahnya.

"Luhan..."

Serentak kedua beradik itu menoleh memandang Kyungsoo walaupun hakikatnya hanya Luhan yang dipanggil.

"Apa?"

Kyungsoo kini sedang memandang di suatu tempat dengan senyuman yang semakin sinis. "Putera awak dah datang."

Belum sempat mereka bertanya lagi mengenai itu, bunyi loceng pintu utama kafe itu berbunyi menandakan ada orang yang baru masuk. Oh Sehun berdiri di situ memandang terus kepada Luhan yang kini sudah kelihatan merah padam.

"Hai, Lu."

Kyungsoo hampir sahaja tersedak air liurnya sendiri mendengar panggilan itu daripada orang lain.

"H-hai." Luhan menggenggam buku limanya erat sambil menyumpah seranah di dalam hati kerana tergagap.

"Cepat sikit, Hunnie."

Suara asing itu membuatkan Luhan menoleh ke arah lelaki itu lagi. Baru dia perasan bahawa lelaki itu tidak keseorangan. Ada seseorang lagi di belakangnya. Lelaki tinggi lampai dengan baju berkolar yang menutupi lehernya.

Sehun melemparkan senyuman teragak-agak pada Luhan. "Saya kena cepat pergi hari ni."

Luhan tidak membalas. Sebaliknya hanya merenung lelaki itu dan Sehun silih-berganti.

"Ini mocha awak." Sehun meletakkan cawan mocha kebiasaan yang dibawanya. "Boleh... Awak buatkan saya latte."

"Ba... Baik." Ujar Luhan sambil berdehem sedikit sebelum pergi melakukan kerjanya dengan perasaan yang bercampur-baur.

"Luhan cemburu." Kyungsoo berbisik pada Baekhyun yang berdiri di sebelahnya. "Awak rasa mereka tu ada apa-apa ke?"

"Tak..." gumam Baekhyun yang kini sudah berkerut sambil berpeluk tubuh melihat lelaki di belakang Sehun itu. "Tapi saya kenal lelaki tu."

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now