Chapter 23 : Never Give Up

110 14 15
                                    

Bab 23



Kyungsoo menghidangkan sup yang baru sahaja dia masak kepada Baekhyun dan Luhan. Kedua adik-beradik itu masih lagi tinggal dirumahnya memandangkan telefon mereka tidak berhenti berdering sejak tempoh hari. Luhan mematikan telefon bimbitnya, manakala Baekhyun sudah mematahkan simkadnya. Mujur saja tiada yang tahu nombor telefon Kyungsoo selain mereka.

XOXO Cafe masih lagi belum beroperasi. Kris hanya fokus pada kerja-kerja syarikatnya. Dia ingin mereka semua menenangkan diri. Lay hanya bertanya khabar. Chen pula fokus pada kisah percintaannya dengan Joy.

"Terima kasih, Soo!" ucap Baekhyun. Dia sepertinya sudah kelihatan normal dan kembali pada keadaan asal.

Luhan hanya meneruskan makan. Lelaki itu masih lagi terpukul dengan apa yang terjadi. Dan mereka memberikan ruang tanpa merumitkannya. Setelah selesai makan, lelaki itu terus masuk ke bilik untuk bersendirian. Sudah beberapa hari, Luhan asyik menangis berseorangan.

"Luhan akan okey ke tu?" tanya Kyungsoo setelah lelaki itu hilang dari pandangan.

Baekhyun menarik nafas panjang. "Berbeza dengan saya... Hubungan dia dengan Sehun dah jauh. Tapi saya tak rasa sebab Sehun ada teman wanita dia jadi macam tu. Sebab resepinya sendiri dicuri."

Kyungsoo hanya mampu membuat riak muka sayu. "Saya dengar teman wanita Sehun tu sebenarnya kawan Joy. Betul ke?"

Baekhyun mengangguk-angguk. "Chen yang beritahu. Wendy. Mereka dah berkawan sejak sekolah. Tapi mula bercinta beberapa tahun lepas. Sampailah sekarang ni."

Kyungsoo menggelengkan kepalanya. "Lelaki jenis apa dia tu? Dah ada kekasih masih perangai macam tu."

"Entah." Baekhyun berkerut. "Teman wanitanya tu pun nampak elok je. Jangan- jangan dia tu bukannya suka pada lelaki pun."

"Ya." sokong Kyungsoo. "Maksud saya... Dia cuma mengurat Luhan sebab nakkan resepi tu."

Baekhyun menggenggam kuat sudu yang dipegangnya. Dia benar-benar merasa marah bagaimanapun berjaya dikawal. "Tapi kan, Soo... Awak kenal dengan tunang Kai tu?"

"Krystal?" Kyungsoo mengangkat keningnya. "Krystal tu kenal dengan Kai dari kecil. Ibu bapa mereka berkawan. Saya dah memang syak yang mereka tu nak disatukan. Tapi Kai selalu menafikan." Dia bertongkat dagu di meja. "Tapi sekarang dah nyata."

"Dia ke perempuan yang bersama dengan Kai kat luar negara?" Baekhyun teringat dengan cerita itu.

Kyungsoo mengangguk. "Mereka belajar sama-sama kat sana. Dan akhirnya bercinta. Tapi menurut Kai dah putus. Dasar penipu! Memang tak boleh percaya langsung lelaki macam tu."

Baekhyun tergelak serta-merta. "Saya bersyukur sangat saya tak pergi jauh lagi dengan Chanyeol. Kalau tak... Mungkin saya jadi macam Luhan."

******

Sehun melempar telefon bimbitnya ke sofa dengan kuat sebelum menjerit. Tao kelihatan sedikit terkejut. Chanyeol pula tidak begitu ambil kisah memandangkan dia sudah melihat kejadian itu berkali-kali. Kai hanya duduk berpeluk tubuh tidak bersuara.

"Dia tak hidupkan telefon!" Sehun membentak.

Orang yang dimaksudkannya sudah pasti Luhan. Itu sudah menjadi rutin hariannya. Menghubungi lelaki itu berkali-kali sejak kejadian rahsia mereka pecah. Dan dia tidak pernah berjaya. Sejujurnya, dia sendiri tidak tahu apa yang dia harapkan dari tindakan itu.

"Apa yang awak harap?" Chanyeol mengangkat keningnya. "Awak fikir lepas kejadian hari tu dia nak angkat call awak ke?"

Sehun tidak membalas. Dia tahu apa yang Chanyeol cakap adalah benar. Tapi, dia juga berharap ada jalan lain.

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now