Chapter 16 : I'm Afraid

89 12 15
                                    

Bab 16




Kris mencapai gelas berisi wain merah yang berada di atas meja itu sebelum meneguknya. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada dalam situasi itu sekali lagi. Di sebuah restoran mahal, duduk makan malam bersama orang yang paling tidak suka padanya.

Xiumin makan dengan tenang di hadapannya. Berusaha untuk tidak memulakan apa-apa topik untuk dibualkan. Berada di situ juga sudah cukup membuatkan dia merasa malamnya menjadi suram. Dia hanya perlu menghabiskan apa yang mereka pesan dan pulang.

"Awak tak bawa apa-apa kontrak untuk ditandatangani lagi?" Kris hampir mengukir senyuman sinis.

Xiumin menjeling tajam ke arahnya. "Awak tahu kenapa saya ajak awak makan malam, Kris."

Kris mengangkat keningnya. "Sebab ayah awak nak berterima kasih tanda kerjasama syarikat?"

Xiumin tidak membalas. Dia hanya meneruskan makan. Dia sudah memberitahu sebab itu pada Kris semasa bercakap di talian dan semasa mereka bertemu tadi. Jadi, sudah tiada sebab untuk mereka melanjutkan perbualan itu.

"Teruskan makan dan kita akan balik dengan tenang." Xiumin berkata tidak memandang wajah lelaki di hadapannya itu.

Kris menarik nafas panjang sambil menggoyangkan sedikit gelasnya. "Apa yang dah terjadi dengan kita ni, Xiumin?"

Xiumin mengangkat sebelah keningnya. "Apa maksud awak?"

Kris memandang lelaki itu. "Kita tak macam ni dulu."

Xiumin mendengus kuat. "Kita memang rival sejak dulu lagi, Kris. Awak tahu perkara tu."

"Tapi kita tak bermusuh."

Xiumin tidak membalas. Dia tahu. Jauh disudut hatinya, itu adalah perkara yang benar.

"Sekarang ni... Awak tengok muka saya pun awak rasa tak boleh kalau awak tak cuba tunjukkan yang awak benci pada saya."

Xiumin masih diam membisu. Dia langsung tidak memandang wajah Kris pada ketika ini.

"Kesalahan apa yang saya buat pada awak?"

Xiumin melepaskan pisau dan garpu yang dipegangnya sebelum memandang Kris. "Saya tak pernah cakap yang saya benci pada awak."

"Tapi awak tunjukkannya." Kris membalas.

Xiumin terdiam. Dia tidak mampu untuk membantah mengenai hal itu. Dia juga tidak tahu apa yang harus dikatakan.

"Kalau awak ada masalah dengan saya..." Kris menarik nafas. "Beritahu je. Tak payah buat macam ni. Saya bukannya ada kuasa nak baca apa fikiran awak. Macam mana saya nak tahu kesalahan saya?"

"Masalah awak ni..." Xiumin cuba menahan kemarahannya. "Awak tak boleh kalau awak tak sibuk dengan hidup saya."

Kris tidak membalas. Dia hanya memandang lelaki itu cuba untuk memproses setiap yang dikeluarkannya.

"Dari dulu... Kris. Dari dulu!" Xiumin menarik nafas panjang. "Awak asyik sibuk dengan hidup saya. Seolah-olah saya tak tahu apa yang saya sedang buat dan apa yang saya patut buat!"

Kris masih tidak bersuara.

"Mentang-mentang awak dah diwariskan syarikat ayah awak..." Xiumin merenung lelaki itu tajam. "Awak rasa awak lebih hebat daripada saya? Awak rasa saya sangat bodoh?"

"Saya tak per-"

"Tak payah nak membantah." Xiumin memintas. "Kita belajar pasal bisnes sejak sekolah lagi. Semuanya sama-sama dan awak sendiri tahu semua keputusan saya lagi cemerlang berbanding awak."

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now