•BAB 2• 🚫

151K 6.2K 577
                                    

ASYALAA menghenyak kasar punggung ke atas sofa di ruang tamu rumahnya. Tangan kanannya naik menyentuh lembut lengan kirinya yang berbalut. Masih terasa sakit dan ada lebam yang sudah mula berubah warna biru-keunguan di sebalik balutan itu.

Sakit.

Sumpah sakit.

Asyalaa sandarkan kepala ke belakang sofa. Mata dipejam tenang.

Dia tak tahu mengapa semua ini terjadi. Dia tak tahu kenapa semua ini perlu terjadi.

Tapi rasanya dia tahu.

Tahu siapa yang mahukan semua ini terjadi. Tahu apa orang itu mahukan daripadanya.

Dia tahu itu.

Tapi kenapa aku?

Kenapa aku yang perlu teri...

Zapppp!!!

Jantung Asyalaa bagai mahu tercabut dari pemegangnya apabila tiba-tiba ada tangan mencengkam kasar lehernya.

Terus meluas mata Asyalaa saat saluran pernafasannya mula ditekan kuat membuatkan pernafasannya tersekat. Tekanan dari tangan asing itu terasa semakin kuat. Bagai enggan membenarkan dia bernafas dengan mudah.

Asyalaa cuba meleraikan cengkaman itu. Gagal! Dan ketika itu matanya bersatu dengan sepasang mata tajam di hadapannya. Mata itu bagai benar-benar mahu dia mati. Mata itu bagai benar-benar mahu membunuhnya.

Pandangan Asyalaa mula kabur dengan airmata. Nafas mula terasa sempit.

"Ma... mama... To... long jangan." Tersekat-sekat suara Asyalaa.

"Ma... Mama to... tolong..." Tubuh Asyalaa mula menggigil. Kulitnya mula terasa sejuk saat semakin sedikit kuantiti oksigen yang diterimanya.

Sakit.

Mata itu tidak berubah. Tiada hati perut dan langsung tiada perikemanusiaan. Bagai nekad mahu dia mati.

Sakit!

Asyalaa memukul lagi tangan yang semakin mengeratkan cengkaman di lehernya tapi tindakannya langsung gagal.

"Ma... ma jangan..." Rayu Asyalaa lagi. Pandangannya semakin kabur. Takungan di tubir mata mula penuh. Dan Asyalaa terus merayu. Merayu dan terus merayu.

"Aku bukan mak kau. Kau patut mati!!!" Bentak suara itu.

Rontaan Asyalaa semakin lemah. Tulang tengkuknya bagai mahu patah dengan tekanan kuat perempuan itu.

Sakit.

Sakit.

Tolong.

Tuhan tolong...

"Mama!!!" Terus tegak duduk Asyalaa. Ada peluh dingin memercik di dahi. Dada Asyalaa berombak laju.  Nafas juga laju dihela dan dilepas kasar.

Tangan yang menggigil perlahan-lahan naik menyentuh leher. Ternyata semuanya hanya mimpi. Tapi... kenapa semua mimpi itu bagai satu kenyataan?

Asyalaa memejam mata dan mula menyentuh sekeliling lehernya.

Tak sakit.

Tak sakit.

Asyalaa terus meliarkan mata ke setiap penjuru rumahnya. Lega. Lega hanya dia seorang sahaja di sini.

Asyalaa meraup wajah. Nafas dihela dalam-dalam dan di lepas tenang.

Tenang.

Tenang.

Hampir setengah jam juga dia dalam keadaan itu. Cuba menenangkan diri. Apabila rentak nafasnya kembali normal, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now