•BAB 19• 🚫

99.6K 5.4K 1K
                                    

ASYALAA memejam mata rapat. Sentuhan hangat di cuping telinganya membuatkan tubuhnya mencair sendiri.

Gila.

Rasa ini...

Gila.

"Damn. You should resist me." Bisik suara itu.

Asyalaa terkaku. Dibiar nafas hangat itu berhembus di kulit lehernya.

Asyalaa beranikan diri membuka mata.

Gulp...

"Resist me. Not surrender." Bisik suara itu lagi.

Asyalaa menelan liur. Sedikit lega saat lelaki itu menjauh. Namun jantungnya bagai mahu pecah apabila kembali menerima panahan tajam mata gelap Qayder.

Tajamnya sehingga menusuk ke jantung.

Qayder memejam mata. Ada keluhan berat terlepas di bibirnya sebelum dia menjauhkan diri dari Asyalaa dan jatuh terbaring di sebelah Asyalaa.

Gulp...

Terkelip-kelip mata Asyalaa.

Apa yang dah jadi?

Apa yang baru jadi?

Bagai baru tersedar dari dipukau, Asyalaa terus bangun dari perbaringan dan memandang lama ke arah Qayder yang terbaring di sebelahnya. Dada lelaki itu berombak kasar. Suhu bilik ini sejuk tapi ada peluh dingin memercik di dahi Qayder. Wajah lelaki itu juga berkerut sedikit.

Kenapa dengan Qayder sebenarnya?

"Qayder. A... awak tak apa-apa ke?" Tanya Asyalaa. Lupakan debaran yang menggila di dadanya tadi. Qayder lebih penting.

"Just stay... stay away from me." Ujar Qayder perlahan. Bersama mata yang terpejam, tangan naik membuka butang kemejanya satu persatu.

Asyalaa hanya diam di duduknya. Lambat-lambat dia bangun dan larikan pandangan dari memandang tubuh lelaki itu yang mula terdedah di pandangannya. Tangan naik menyentuh sisi lehernya. Bagai masih terasa hangat nafas Qayder melanggar kulit di situ.

Asyalaa menelan liur sebelum gigit bibir bawah.

I almost lost myself. He's right.

I should not surrender.


QAYDER bangun dari lena. Kepala digerak ke kiri dan kanan apabila bahu dan lehernya terasa sedikit lenguh. Mata masih terpejam.

Kenapa kepala aku pening semacam ni?

My head...

Qayder perlahan-lahan membuka mata. Kembang kempis hidung apabila menangkap haruman lavender di sekitarnya. Automatik matanya yang tadi masih bersisa rasa kantuk mula terasa segar. Ruangan di sekelilingnya diamati satu persatu lama.

Tingkap. Sofa. Televisyen. Dinding. Dan kedudukan katil.

Ini...

Ini bukan bilik aku.

Bukan!

Terus tegak duduk Qayder. Dia tunduk memandang tubuhnya. Tangan laju menarik bahagian kanan bahu kemeja yang jatuh naik ke bahu semula sebelum kesemua butang kemejanya dipasang.

Bagai ada sesuatu yang berat menghentam dadanya. Sehingga serasa mahu pecah dada.

Apa dah jadi...

Apa dah jadi?

Ini bukan bilik aku.

Sumpah.

Ini bukan bilik aku.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now