•BAB 18• 🚫

102K 5.1K 632
                                    

RUANGAN mewah mansion besar di atas pulau persendirian ini langsung tidak menarik perhatian Asyalaa walaupun megahnya level Everest. Yang lebih menarik perhatiannya sekarang ini adalah Qayder. Asyalaa diam di duduknya dan  memandang lama ke arah Qayder yang sedang menekup tuala putih di  belakang lehernya. Wajah lelaki itu berkerut. Bagai menahan kesakitan.

Ya Allah!

Asyalaa takut jika kecederaan yang dialami Qayder teruk. Darah pun banyak keluar dari luka di belakang lehernya.

"Qayder. Nak saya tolong tekapkan tuala tu kat le..."

"No. Duduk diam-diam. Jangan sentuh aku." Potong Qayder.

Asyalaa patuh dan kembali labuhkan punggung di tempatnya. Jari jemari mula bermain sesama sendiri. Bibir bawah di gigit kuat. Menggigil hebat satu tubuhnya.

Trauma.

"Sir, your brother sent over an air ambulance for you. Five minutes to arrive." Beritahu seorang lelaki yang entah muncul dari mana.

Qayder jatuhkan kepala tanda mengerti. Dan suasana kembali sunyi sepi.

Lama suasana hening tanpa sebarang perbualan sehinggalah Asyalaa dapat mendengar sayup-sayup bunyi helikopter tiba. Dan tak lama selepas itu, muncul seorang lelaki berkemeja biru tua bersama seorang lelaki. Melihatkan kotak med kit besar yang dibawanya sudah membuatkan Asyalaa dapat mengagak bahawa dua lelaki ini adalah doktor.

"Grrr the little lion is bleeding. How are you?" Tanya lelaki itu seraya melempar senyum manis ke arah Asyalaa. Orangnya seperti soft spoken sahaja. Senyumanya juga cukup buatkan anak dara boleh jatuh tergolek dan tersungkur.

"Not good." Balas Qayder kasar seraya menjeling doktor lelaki itu tajam.

Doktor itu cuma menggeleng kepala sebelum dia mengintai sedikit belakang leher Qayder.

"That chandelier is probably in about 50 pounds or more. Seeing you're survive after that incident make me shocked grrr." Ujar doktor lelaki itu lembut. Bagai bergurau dan sedikit bersarkastik.

"Oh come on. Aku tengah sakit ni."

Doktor lelaki itu senyum lucu sebelum kepalanya digeleng perlahan. Tenang sahaja gayanya memakai surgical mask dan menyarung surgical glove di tangan sebelum merapati Qayder. Tuala yang ditekap oleh Qayder di situ dialihkan. Berkerut dahinya memeriksa keadaan luka itu.

"Oh. Koyak." Ujar lelaki itu mudah.

Asyalaa telan liur. Oh? Koyak?

Serious?

"Kena jahit sikit. You can handle it without anaesthetic right?"

"Just do what you want."

Dan selepas itu khusyuk doktor tampan itu membersihkan luka Qayder.

Lelaki itu menghulurkan tangan ke arah pembantu perubatannya. Laju lelaki itu menghulurkan needle holder ke doktor tadi. Diam. Berkerut wajah Asyalaa melihat doktor itu mencucuk kulit Qayder dengan jarum persis mata kail tadi. Lembut sahaja jari jemari runcing menari menjahit luka Qayder. Asyalaa yang melihat pula rasa ngilu.

Auch.

Doktor itu menjeling ke arah Asyalaa sesaat.

"You're that girl. Nama awak siapa?" Tanya lelaki itu lembut.

Asyalaa terkebil-kebil sendiri. Dia tanya aku ke?

"Saya ke?"

"Tak ada perempuan lain kat sini." Ujar lelaki itu lembut bersama tawa kecil di bibirnya.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now