•BAB 51• 🚫

151K 5.8K 1.6K
                                    

"TU... TUAN nak buat apa?" Menggeletar nada suara Marin menyoal lelaki di hadapannya. Sepi. Lelaki itu tidak membalas. Hanya tangan yang mula mencapai satu besi panjang dengan hujung tajam di bahagian hujungnya.

Baddi.

"Marin. Look at that shit." Baddi mencengkam rahang Marin sebelum dia memaksa Marin agar memandang lelaki yang terbaring lemah di sudut bilik.

Enggan. Marin terus memejam rapat mata. Menggeletar satu tubuhnya ketika itu.

"Buka mata kau. Buka!" Jerkah Baddi.

Ternaik bahu Marin mendengarnya. Akur. Marin memaksa diri untuk membuka mata.

"No..." Terus menggigil hebat tubuh Marin melihat lelaki yang sudah berlumuran darah dipukul Baddi.

"See. Ini lelaki tua yang kau benci tu. Kau cakap kau nak hancurkan dia kan? I'm helping you Marin." Ujar Baddi tenang.

"I... I did but... but this is not the way. We liv have laws and rules..." Balas Marin perlahan. Menggelatar nada suaranya saat pandangan Baddi melanggar pandangannya.

Pandangan yang kejam, tanpa simpati dan tanpa perikemanusiaan.

Ini bukan Baddi yang dia pernah kenal.

Bukan...

"There are no rules and laws Marin. Can't you see? Rules and laws don't do us justice. We're the one who need to find it on our own way. Kita cuma orang biasa. Harta tak ada. Pangkat pun tak ada. Kita tak ada hak untuk menang dan bersuara. Tak ada." Ujar Baddi sebelum dia bangkit.

"Ta... Tapi bukan dengan cara macam ni. Bu... bukan dengan membunuh, tuan!"

"Kenapa? Tak suka? Dia dah hancurkan hidup kau. Lagipun lelaki jijik macam ni memang patut mati."

Marin terdiam.

Jujur dia memang berdendam. Dia bencikan lelaki yang menculiknya ketika dia berumur enam tahun dan menghancurkan hidupnya. Tapi untuk membunuh, itu bukan caranya.

Marin menelan liur saat Baddi tersenyum jahat.

Bagai tahu apa yang ada di fikiran Baddi.

"Kau jangan risau. Kau anggap je aku selamatkan hidup budak-budak lain yang bakal dihancurkan oleh orang tua tak guna ni juga. Okey?" Baddi senyum manis sebelum dia membelakangi Marin. Besi ditangan diangkat tinggi.

Jangan!

Marin tersentak saat Baddi menikam tubuh itu berkali-kali dengan besi di tangannya. Terus mengeras tubuh. Terasa ada percikkan darah mengena wajah dan tubuhnya.

Ja... Jangan...

Marin terus tertunduk. Dia mengecilkan diri ke dinding. Tangan pula laju naik menutup telinga. Menggigil seluruh tubuhnya ketika itu.

Takut...

Sumpah aku takut...

"Shh. It's okay Marin. Aku dah tolong kau hapuskan orang tua jijik tu. Shh. Jangan menangis." Baddi menyalakan rokok yang diselit diantara bibirnya. Asap rokok dihembus ke udara sebelum rokok tadi kembali dikepit di belahan bibirnya. Tangan mencengkam kasar rahang Marin agar memandangnya.

Marin menahan nafas. Berkerut dahinya apabila ada luat bau hanyir darah dari tubuh Baddi.

"Aku dah tolong kau. Maksudnya kau berhutang dengan aku tau, Marin."

"Hu... hutang? Ta... Tapi saya tak ada duit." Menggeletar Marin menjawab.

"Tak apa. I don't need money. I've had enough. So, you just need to follow my order in return. Itu sahaja. Aku tak minta lebih pun." Baddi mengelus lembut pipi Marin dengan tangannya.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now