•BAB 52• 🚫

141K 5.5K 1.8K
                                    

QAYDER mengamuk sendiri. Habis semua barangan di atas meja ditolak ke tepi.

Where is my pen?

Where is my pen?

Where is my pen?!

Qayder tarik nafas dalam-dalam. Tangan naik menepuk dada. Beristighfar dan cuba menenangkan diri.

Astaghfirullah.

"Mana pen aku?!" Gumam Qayder perlahan.

Tch!

Asyalaa yang baru sahaja mengintai ke dalam bilik kerja Qayder hanya mampu menggeleng.

Garang betul encik suami tu.

"Abang..."

Qayder angkat kepala. Bibir melempar senyum ke arah Asyalaa. Hanya sesaat sebelum dia kembali serius mencari pen yang hilang tadi.

"Abang..." Seru Asyalaa.

"Hmm. Syalaa nak apa?" Tanya Qayder lembut. Tapi dia masih mencari pen tadi.

Apa pen ni ada kaki ke?!

"Abang..."

"Abang sayang..."

"Qayder..."

"Qayder sayang..."

Qayder pejam mata mendengarnya.

"Babe stop it. Abang tak larat nak cair. Abang ada kerja ni. My dear clematis, leave me alone can you?" Pujuk Qayder lembut. Ya. Qayder pujuk Asyalaa supaya pergi.

"Leave you? Apa tu?" Asyalaa berlari-lari anak merapati meja Qayder. Meja Qayder dipanjat sebelum dia duduk di atasnya. Asyalaa menongkat dagu sebelum tersenyum comel.

Qayder diam melihat tingkah Asyalaa. Mata dikecilkan memandang wajah Asyalaa lama.

"That's... that's cute. But no. Tepi sikit boleh?" Qayder masih duk menyelak barang-barang di atas mejanya.

Tiba-tiba Asyalaa jatuhkan dahi ke dada Qayder. Terus membatu Qayder dibuatnya. Perlahan-lahan dia maju selangkah mendekati Asyalaa. Tak mahu Asyalaa jatuh.

"Syalaa okey?" Tanya Qayder.

"Syalaa pening sebenarnya." Adu Syalaa. Niat dia ke bilik kerja Qayder ni adalah dia nak mengadu kat Qayder yang dia rasa tak sedap badan.

Qayder mengerti. Tangan terus naik menekup di leher dan dahi Asyalaa.

Hangat sedikit.

"Hangat sikit ni. Syalaa ada main hujan ke?"

Ya Allah bang. Belum ada niat lagi aku nak mandi hujan bang. Kau cakap macam ni baru aku berniat nak main hujan.

"Tak. Tapi best ke main hujan?" Tanya Asyalaa sedikit teruja

"Jangan pelik-pelik Syalaa."

"You give me that idea. Mesti best kan main hujan."

"Tak best."

"Alaa nak cuba. Bunyi macam best."

"Bunyi je best."

"Tapi memang macam best."

"Jangan mengada Syalaa."

"Alaaa abang."

"No. Syalaa mandi dengan abang je. Lagi best."

"Eh? Wuuu."

Pfft. Nak tersedak halkum sendiri Qayder apabila tersedar apa yang dia cakapkan tadi.

"Pergi rehat sana." Halau Qayder.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now