•BAB 53• 🚫

131K 5.4K 1.1K
                                    

QAYDER pantas berlari menuruni anak tangga sebaik sahaja menerima panggilan daripada Indra. Pekerja-pekerja yang membongkok tanda hormat ke arahnya hanya tidak diendahkan. Laju dia memboloskan tubuh ke dalam kereta.

Qayder cuba menenangkan diri.

Ya Allah. Kau lindungilah isteri aku...

Qayder mendecit kasar apabila telefon bimbitnya berdering lantang. Laju dia mengangkat panggilan telefon itu tanpa melihat nama pemanggilnya.

"Hmm?"

"Kau nak pergi mana?"

"Angah? Kenapa telefon Qayder ni?" Tanya Qayder dingin.

"Aku tanya. Kau nak pergi mana?" Tanya Daiyan.

Qayder melepaskan keluhan.

"Syalaa. Dia..." Qayder mengetap rahang selepas itu.

"Okay. I get you. But it seems like you've being followed." Ujar suara di corong telefon.

Berkerut dahi Qayder. Cermin sisi dijeling sekilas.

"How did you know? Macam mana angah tahu kereta ni ikut Qayder?" Tanya Qayder serius.

"I'll take another route. Don't die yet. See you later."

Titt... Titt... Titt...

Qayder terus melempar telefon ke sisi. Tahu Daiyan ada benda gila bermain di fikiran dia.

Qayder menoleh cermin pandang belakang pula. Memandang lama kereta putih di belakangnya.

Oh–

Qayder menghidupkan signal sebelum dia membelok ke kanan. Membawa kereta itu ke satu jalan mati.

Sebaik sahaja tiba di jalan mati, dia menoleh ke cermin sisi. Nyata ada tiga orang lelaki melangkah keluar dari kereta itu. Qayder mengetap rahang. Tali pinggang keledar dibuka kasar sebelum dia melangkah keluar dari kereta. Belum sempat lelaki itu mahu melayang kayu di tangannya ke arah Qayder, Qayder terlebih dahulu mencengkam kuat pergelangan tangan itu sebelum dia memusingkan tubuh. Membanting lelaki kurus itu ke atas jalan.

Bukkk!!!

Kaki naik menekan bahu lelaki yang mahu menyerangnya tadi. Perlahan-lahan tangan yang dicengkamnya ditarik kuat.

Krakkk!!!

Serta merta bergema bunyi jeritan lantang lelaki itu menguasai suasana jalan sunyi ini.

Qayder angkat kepala. Memandang tajam dua lelaki yang terdiam memandang ke arahnya.

Qayder melepaskan tangan lelaki tadi yang sudah lembik itu. Langkah diatur mara ke arah dua lelaki tadi seraya menanggalkan sut dari tubuhnya.

Lelaki berambut keriting terus meluru ke arah Qayder bersama parang di tangannya. Parang itu dihayun ke arah Qayder. Qayder mengelak sebelum sutnya melilit cekap di tangan lelaki itu. Lilitan itu diketatkan sehingga parang di tangan itu jatuh ke atas jalan.

Lelaki itu berang. Sebelah lagi tangan laju melayang penumbuk ke arah Qayder. Namun Qayder lincah melilit sutnya di pergelangan tangan lelaki itu sebelum kedua-dua tangan itu dikilas ke belakang tubuh. Qayder angkat kaki ke belakang tubuh itu.

"Nak satu tangan ke dua?" Tanya Qayder.

"Lepaskan akulah bodoh!" Bentak lelaki itu lantang.

"Oh. Okey." Serentak itu Qayder menarik kedua-dua tangan itu ke belakang manakala kaki menolak kuat belakang tubuh itu menjauh.

"Arghhhh!!!"

Sepi seketika.

Qayder terus menolak kasar tubuh itu darinya. Terus rebah tubuh lelaki berambut keriting itu di atas jalan. Lemah. Tak mampu nak bergerak. Kedua-dua bahu bagai tertanggal dari tempatnya. Sakit.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now