•BAB 38• 🚫

142K 5.6K 2K
                                    

ASYALAA senyum sahaja biarpun layanan umi terasa sangat dingin dengannya. Lagipula sejak ada manusia tu, Asyalaa di dapur ini bagai wujud tak wujud sahaja.

"Tak apalah umi. Biar Airaa buat. Umi kan masih tak sihat. Duduk je diam-diam kat situ."

"Baiklah. Umi duduk diam-diam lah ni." Ujar Tengku Sumayyah. Kepala digeleng sebelum dia melabuhkan punggung di atas island table sama.

Asyalaa melepaskan keluhan bersama senyuman di bibirnya. Airaa pandai masak. Mak mentua mana yang tak suka menantunya pandai masak.

Auch!

Wajah Asyalaa berkerut sebelum mengaduh kuat dalam hati. Bibir bawah digigit saat dia melihat ada darah merah mengalir laju keluar dari luka di jari telunjuknya.

Aduh.

"Boleh potong ke tak tu?" Tanya Tengku Sumayyah tidak bernada.

Asyalaa laju angkat kepala. Tangan terus dibawa turun disembunyikan di bawah meja. Bibir kembali tersenyum manis.

"Bol..."

"Kalau rasa tak boleh nak potong, pergi jelah duduk depan sana. Saya boleh potong." Ujar Tengku Sumayyah tenang tanpa menjeling ke arah Asyalaa.

"Umi. Lobak dah potong? Airaa nak masukkan lobak dulu." Ujar Airaa yang sedang memasak dengan Mak Timah.

"Oh. Belum. Sekejap ya. Umi habiskan potong." Tengku Sumayyah mencapai papan pemotong di hadapan Asyalaa. Mengerti. Asyalaa laju menghulurkan pisau ke arah Tengku Sumayyah.

Tengku Sumayyah mencapai pisau dari tangan Asyalaa dan dia mula menyambung memotong lobak.

Asyalaa senyum. Tangan disembunyikan ke belakang tubuh. "Err Syalaa pergi depan dulu ya umi?"

Sepi.

Tiada balasan yang diterima. Asyalaa senyum manis sebelum dia tunduk sedikit sebagai tanda meminta diri. Asyalaa terus melangkah menjauh dari ruangan dapur dan terus melangkah ke arah paip di luar rumah. Paip air dibuka sebelum dia larikan air ke atas luka. Banyak juga darah yang mengalir keluar dari lukanya.

Asyalaa diam mencangkung di situ. Mata hanya memandang sepi luka di jarinya. Perlahan-lahan Asyalaa menarik senyum sehingga pandangannya terasa mula kabur dengan cecair hangat.

Asyalaa terus tersenyum kerana dia tahu.

'Dia tak kan menangis.'

Walaupun dia sendiri tak pasti dengan dirinya yang ketika itu sudahpun mengalirkan airmata setitis ke pipi.












QAYDER melangkah tenang ke dapur. Bibirnya tersenyum nipis melihat umi yang sedang memotong sayur.

"Umi buat apa tu?" Tanya Qayder.

"Potong sayur ni ha. Airaa nak goreng sayur nanti."

Qayder menjeling Airaa. "Oh ya. Umi, Qayder ada nak cakap sikit dengan Airaa. Boleh?"

"Boleh je. Suka hati kamulah Qayder."

"Airaa." Panggil Qayder.

Airaa angkat kepala. Tersenyum nipis dia memandang Qayder. "Ya? Abang nak cakap apa?"

"Kita cakap kat luar." Qayder terus melangkah keluar dari pintu dapur.

"Mak timah jagakan sekejap ya." Terkocoh-kocoh Airaa mengejar langkah Qayder ke arah pondok cantik di halaman belakang yang luas itu.

"Kenapa abang?" Tanya Airaa bersama senyuman.

"Saya nak tegur sikit. Saya faham yang umi terima awak datang ke rumah ini hampir setiap hari. Tapi saya harap awak faham yang saya tak suka." Ujar Qayder tenang.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now