•BAB 11• 🚫

96.6K 5.5K 796
                                    

ASYALAA melangkah tenang masuk ke dalam kafe. Dia perlukan kopi untuk segarkan diri yang sejak beberapa hari ini tidak berdaya nak bergerak aktif.

Sudah seminggu juga dia tak memeriksa laman-laman sosialnya. Kata Dee, ada baiknya dia berehat dari aktif di laman sosial buat sementara waktu. Dan Asyalaa akur. Asyalaa tak tahu apa yang Dee baca tapi biarkan jelah.

Haih.

Nak kopi... Nak kopi... Nak ko...

Wajah Asyalaa berubah saat melihatkan seorang perempuan yang duduk di satu meja. Khusyuk sahaja perempuan itu dengan laptopnya.

Eh?

Asyalaa menukar arah destinasinya ke arah perempuan itu.

Ehem!

"Hai!" Tegur Asyalaa bersama senyuman.

Perempuan itu angkat kepala. Diam. Mata coklat tua milik perempuan itu turun memandang Asyalaa atas bawah.

Pandangan manusia yang suka menghakimi orang. Macam inilah pandangannya.

Lambat-lambat bibir perempuan itu menarik senyum.

"Assalamualaikum. Awak perempuan yang hari tu kan?"

Asyalaa senyum. "Waalaikumsalam. Ya saya. Err boleh saya duduk sini?"

"Sure."

Laju Asyalaa menarik kerusi di hadapan perempuan itu dan labuhkan punggung di situ. "Nama siapa?"

"Airaa. Nur Airaa."

"Oh. Kerja apa?"

"Saya still belajar. Dentistry."

"Oh wow." Bakal doktor gigi. Patutlah Qayder suka.

"Umur?"

"Dua puluh dua tahun."

"Eh samalah kita." Asyalaa senyum lebar.

"Ya ke? Awak belajar lagi?"

"Err saya ada diploma undang-undang. But then, i drop it." Ujar Asyalaa mudah. Sudah hakikatnya begitu. Bila muda-muda dah berduit, rasa nak belajar tu macam berkurang.

Airaa jatuhkan kepala tanda mengerti. Diam seketika selepas itu.

"Betul ke awak bakal bertunang dengan Qayder?" Tanya Asyalaa tenang.

Airaa terus menarik senyum. Bersinar-sinar wajahnya.

"In shaa Allah. Kalau ada rezeki, hujung bulan ni kami tunang. Qayder pun dah decide tarikh nikah. Bulan depan in shaa Allah kami nikah." Bukan main suka Airaa bercerita. Mestilah. Sedang bahagia.

Asyalaa senyum nipis. Dia dapat rasakan yang Airaa tersenyum mengejek ke arahnya. Manis tapi sinis dan cukup menyakitkan hati.

But it's okay.

I'll stay cool.

"Awak dah lama ke kawan dengan Qayder?" Tanya Airaa. Laptop dihadapan ditutup. Bagai mula serius dalam perbualan mereka.

Kawan?

"Qayder cakap dengan awak apa?" Tanya Asyalaa semula.

"Dia cakap yang awak dengan dia kawan je. Lepas tu dia tak cakap apa-apa dah."

Asyalaa senyum senget. Uwuu. Hari tu dia cuma nak hulurkan salam perkenalan. Tapi Qayder tak terima. Tup-tup Qayder cakap yang Asyalaa dan dia berkawan.

Okey.

That's cute.

"Betul lah tu. Kami kawan je. Jangan risau." Asyalaa senyum manis seraya mengenyit sebelah mata.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now