•BAB 20• 🚫

118K 5.2K 1.6K
                                    

SUDAH seminggu Asyalaa duduk berkurung di dalam rumahnya. Seminggu jugalah dia duk fikir tentang Qayder yang entah dimana wujudnya. Dan hari ini pun dia gagahkan diri untuk menghadiri satu program melatih model muda untuk satu hari.

Entahlah.

Dia sebenarnya malas mahu keluar. Tak ada mood. Tapi nak tak nak terpaksa jugalah dia keluar. Kerja.

Dan hari ini, Heiden muncul dihadapannya bersama kereta hummer hitam berkilat.

Again?

"Where is River?" Bisik Asyalaa kepada Dee di sebelahnya.

"Saya call dia tapi tak dapat. But i thought you've already gave him your schedule?"

"I did. But where the heck is he?"

Dee diam sahaja. Sejak beberapa hari ini, mood Asyalaa sentiasa ke laut. Tiada lagi Asyalaa seperti dahulu.

Mungkin kerana kad kahwin yang dia terima hari tu.

"Hai cik Asyalaa." Sapa Heiden ceria.

Asyalaa menarik satu senyuman.

"Hai juga Heiden. Wy are you here?" Tanya Asyalaa.

"Work. For you." Balas Heiden mudah.

"Siapa hantar awak? Qayder ke?" Tanya Asyalaa. Agak sinis nada suaranya.

"Not really. He did gave me your schedule. Tapi saya pelik sebab dia tak hantar sesiapa untuk jaga awak. Jadi sebab itulah saya di sini. Biar saya volunteer jadi penjaga awak untuk harini." Beritahu Heiden bersama senyuman.

Terlepas tawa sinis dari bibir Asyalaa.

Yeah. Dia tak kisah pun pasal aku sebenarnya.

He's a shit for sure.

"Okaylah kalau macam tu. Marilah kita gerak. Nanti lambat pula sampai." Ujar Asyalaa bersama senyuman.

Heiden senyum manis. Dengan lagak penuh budiman, pintu bahagian penumpang dibuka untuk Asyalaa.













ASYALAA menyandarkan tubuh ke sebelum mata dipejam erat. Penat. Badan penat. Otak penat.

Hati pun penat.

"Err miss. Nak air? Saya pergi belikan sekejap ya." Dee yang perasan akan tingkah murung Asyalaa terus melangkah keluar dari kereta kembali.

Suasana senyap sunyi selepas itu. Heiden di bahagian pemandu juga hanya mampu memandang sepi Asyalaa yang hari ini berubah. Wajahnya langsung tiada emosi. Senyuman Asyalaa hari ini pun jelas bagai terukir penuh keterpaksaan.

"Cik Asyalaa. Awak okey ke?" Tanya Heiden.

Asyalaa melepaskan keluhan.

"Okey. I'm good." Balas Asyalaa. Nada suaranya mendatar. Wajahnya juga kosong tanpa emosi.

Heiden jatuhkan kepala. Tanda mengerti dengan suasana ini. Sebab Qayder pun sama.

"Awak dengan Qayder bergaduh ke?" Tanya Heiden lagi.

Dan Asyalaa hanya diam sebagai jawapan.

Heiden senyum nipis.

"I don't know what actually happened between you and Qayder. But whatever it is, you really mess him up." Beritahu Heiden tenang bersama senyuman nipis di bibirnya. Bukan hanya Qayder, ternyata Asyalaa juga berubah sama.

Barangkali budak berdua ni bergaduh teruk.

Asyalaa angkat kepala. Berkerut dahinya memandang wajah Heiden.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now