•BAB 15• 🚫

107K 5.3K 1.1K
                                    

QAYDER hanya mendiamkan diri setelah mendengar laporan dari Heiden tadi dan akhirnya tenggelam dalam dunianya sendiri.

Wajah Heiden juga serius semacam sahaja.

"Lelaki tu. Kau tak kejar?" Tanya Qayder setelah agak lama dia mendiamkan diri.

"Aku nak kejar. Tapi Asyalaa halang. Katanya biar je. Nanti pandailah dia muncul lagi. Dia cakap macam tu. Punyalah tenang weh." Cerita Heiden lagi.

Qayder diam lagi. Seketika kemudian dia mengeluh sebelum angkat bahu.

"Itu je ke?"

Heiden automatik menjeling Qayder dengan ekor mata.

"Itu je? Je? Bruh like real? Dia dalam bahaya kut. You should do something."

Qayder mencebik sebelum buat muka. Gaya tak kisah dan tak mahu ambil tahu.

Geram. Heiden laju mencapai satu pen di atas meja dan dilempar ke arah Qayder. Tapi Qayder lebih pantas mengelak. Tak puas hati. Heiden bertindak mencapai bebola kristal di atas meja kerja Qayder. Mahu sahaja dia baling benda ni ke kepala Qayder. Tapi dia batalkan niat suci murni dia.

"Aku baling bebola ni kat kepala kau kang." Ugut Heiden. Mulut sudah duk mencicit-cicit perlahan. Kutuk Qayder secara halus.

"Balinglah." Ujar Qayder perlahan. Heiden terus angkat tinggi bebola kristal di tangan. Alang-alang dah diberi keizinan nak rembat kepala member biar sampai ke pangkal lengan. Nak aim tepat ke kepala Qayder ke hidung dia dulu?

"Kalau kau rasa nak kena potong gaji seumur hidup." Tambah Qayder selamba.

"Oh." Heiden mengangguk perlahan tanda mengerti sebelum dia meletakkan bebola kristal tadi di tempatnya semula dengan penuh berhati-hati. Bibirnya tersenyum penuh sopan sebelum jari jemarinya naik menyelit rambut yang jatuh di dahi ke belakang telinga.

Lelaki melayu terakhir. The one and only Adam Heiden.

Qayder tahan lucu melihat tingkah Heiden. Sengal betul. Nasib baik kau member aku. Kalau bukan memang aku dah lempar kau keluar.

"Tapi serius tho. Kalau dia jalan lambat sesaat tadi, boleh pecah tau kepala kena pasu besar tu." Heiden kembali normal semula. Mahu menghilangkan topik potong gaji tadi.

"Ish aku tak boleh bayang weh. Takut pula aku. Risau." Heiden menggeleng-geleng kepala.

"Hmm ya ya. Sudahlah tu. Pergi sambung kerja kau sana. Shuh shuh." Halau Qayder.

"Tapi takkanlah kau tak nak buat apa-apa? Kalau teori kau tu betul, memang nyawa dia dalam bahaya. Dah sah-sah dia target seterusnya." Bebel Heiden lagi.

"Haa ya. Aku rasa gaji kau terlalu tinggi. Agak membebankan. Rasa-rasa kalau aku potong separuh macam mana?"

"Baik boss. Patik sambung kerja dulu." Heiden laju bangun dari duduknya dan terus memboloskan tubuh keluar dari bilik pejabat Qayder.

Bagus Heiden ni.

Ciri-ciri pekerja yang berdedikasi. Sebut pasal gaji je auto patuh.

Qayder menyandarkan tubuh ke kerusi empuknya. Tangan kiri naik menongkat sisi kepala. Sepasang mata dinginnya merenung lama bebola kristal dihadapannya. Lebih tepat lagi glitter berwarna oren dan kuning yang berterbangan bebas di dalam bebola sebelum jatuh kembali ke dasar.

Tenang.

Hmm.

Ada apa dengan perempuan ni sebenarnya?






DEE menjeling wajah masam Asyalaa dengan ekor mata. Bukan main memuncung Asyalaa saat manusia yang muncul di hadapannya bukanlah manusia yang dia mahukan.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now