•BAB 55• 🚫

153K 5.6K 1.1K
                                    

ASYALAA hanya duduk diam di kerusi. Mata memandang kosong manusia-manusia yang berjaga di setiap penjuru rumah bangsal kosong ini.

Hmmph.

Sejak bila mamat ni ada ramai anak buah? Setahu Asyalaa, Baddi seorang yang lebih suka buat kerja jenayahnya sendiri.

Haih.

Pintu terkuak dari luar tapi Asyalaa hanya menjeling pintu dengan ekor mata sesaat. Tidak berminat langsung mahu lihat muka Baddi.

"Hai! Asyalaa!" Sapa Baddi ceria. Tapi Asyalaa langsung tidak memandangnya.

"Asyalaa-san! Asyalaa-san! Asyalaa-san!" Baddi terlompat-lompat kecil mengelilingi Asyalaa. Suka betul gaya dia. Tak faham Asyalaa dibuatnya.

Asyalaa mengetap rahang. Rasa semak dengan Baddi yang duk terlompat-lompat mengelilinginya. Asyalaa pula yang naik pening kepala melihat tingkah Baddi.

Geram. Asyalaa terus keluarkan sebelah kaki ke hadapan. Dan bibir Asyalaa tersenyum jahat apabila kaki Baddi tersadung kakinya.

Bukkk!!!

"Adeh!" Terjatuh meniarap Baddi dibuatnya. Tangan naik menggosok dagu yang rasa sakit berlanggar dengan lantai.

Sakit mak!

Baddi memuncung. Mata menjeling Asyalaa dengan ekor mata.

"Sakitlah woi!"

Tapi Asyalaa hanya diam. Tidak membalas.

Baddi bangun. Tangan masih duk gosok dagu yang sakit. Habis benjol dagu aku nanti.

Baddi jatuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Asyalaa dan mula bersiul perlahan.

"Mana laki kau ni? Tak efisyen betul lah." Bebel Baddi perlahan.

Baddi naik silangkan kaki di atas tempat merehatkan tangan di kerusi manakala badan di sandarkan ke satu lagi tempat merehatkan tangan. Seperti kebosanan sahaja gayanya.

Sepi seketika.

"Aku ada buat kajian. My old friend tried to kidnapped your brother in law's wife once. But he failed because of her husband competency in protecting his wife. Your husband looks so much like his brother. He's not a dissappointment i guess." Bebel Baddi perlahan.

"Hehe. But well. Nampaknya laki kau tu tak adalah hebat mana pu..."

Eh?

Terkelip-kelip mata Baddi apabila ada kaki naik menendang kuat tubuhnya sehingga kerusinya terbalik ke belakang. Alamatnya dengan dia sekali jatuh tergolek atas lantai.

Gedebukk!

"Aduh!" Baddi gosok kepala yang terhantuk di atas lantai. Sakit.

"Woi! Sa..."

"Shut up." Asyalaa menjeling tajam Baddi dengan ekor mata.

Baddi terus terdiam. Bibir memuncung lagi sebelum akhirnya dia duduk bersila di atas lantai.

Sakit sia kepala aku!

Baddi mendengus. Namun dia tersedar sesuatu. Lama dia memandang wajah Asyalaa yang kelihatan sedikit pucat.

Hmm?

Baddi bangun dari duduknya dan melangkah merapati Asyalaa.

"Weh. Kau okey ke?" Tanya Baddi. Tangannya naik mahu menyentuh dahi Asyalaa. Manalah tau kalau Asyalaa demam.

Belum sempat Baddi hendak menyentuh dahi Asyalaa, Asyalaa sudahpun melayang belakang tangannya ke arah pipi Baddi.

Zappp!!!

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now