•BAB 49• 🚫

175K 5.6K 1.9K
                                    

MATA layu Asyalaa memandang lama kipas di siling sebelum dia memandang sekelilingnya. Sepi. Asyalaa menguap sambil dia duk mengeliat di atas katil.

Ketika itu Asyalaa terpandangkan sesuatu di pergelangan tangannya.

Eh...

Eh?

Ini gari...

Omo!!!

Asyalaa terus bangun dari perbaringan sebelum dia tunduk memandang tubuhnya yang hanya bersalut jubah tidur nipis. Mata Asyalaa yang masih terasa berat tadi terus meluas. Gari di tangannya dipandang lama.

Malam tadi-

Pfft!

Asyalaa terus tutup mulut dengan tangan. Menghalang diri dari menjerit. Bibir bawah digigit. Berbahang panas rasa wajah.

Oh my...

Asyalaa menyelak duvet yang menyelimuti tubuhnya sebelum dia turun dari katil. Mahu larikan diri ke tandas. Tak kira! Aku nak lari seka...

Asyalaa terkaku. Mengeras tubuhnya saat terpandangkan Qayder yang baru muncul dari balkoni. Tuala hitam melilit kemas di pinggangnya menayang tubuhnya yang seksi. Ada objek nipis masih ditekap di telinganya.

"Hmm. Kau dah tanya dia? Dia setuju ke na..." Bicara Qayder terhenti saat dia angkat kepala.

Sepi.

Terkelip-kelip mata Asyalaa memandang Qayder. Qayder juga memandang Asyalaa sama.

Suasana terasa semakin sunyi.

Oh-

Oh no!

Asyalaa tertelan liur sendiri. Laju dia kembali memusingkan tubuh menghadap katil sebelum dia menyelinap masuk ke bawah duvet. Menyembunyikan diri.

Aaaa!

Salah lari!

Sepatutnya aku masuk tandas!!!

Asyalaa rasa berdebar yang teramat. Berbahang wajah apabila teringatkan semuanya.

Aaaa!

"I'll call you later."

Kata-kata itu menyebabkan Asyalaa semakin berdebar. Jangan datang kat aku.

Jangan!

Sepi. Suasana yang terasa sangat sepi menyebabkan Asyalaa bingung sendiri. Qayder dah keluar ke?

Asyalaa mengeluarkan sedikit kepala dari duvet. Mahu mengintai ke dunia luar dan ya. Lega rasa apabila Qayder sudahpun tiada di tempatnya tadi.

Fuh!

Lega.

Namun tiba-tiba dia dapat rasakan ruangan atas katil ini terasa sedikit berat. Bagai ada beban yang naik ke atasnya.

Aaaa!

Mana dia?

Mana?

Menggelabah Asyalaa menoleh ke kiri dan kanannya mencari Qayder.

Tak ada!

Tiba-tiba terasa ada tangan menyentuh lembut dagunya sebelum ditolak sedikit agar mendongak.

Cup!

Terkelip-kelip mata Asyalaa saat tersedar yang Qayder naik di atasnya.

"A... abang?" Terasa bagai mahu tanggal jantungnya apabila melihat senyuman seksi yang terukir di bibir Qayder.

"Ya saya. Are you okay?" Tanya suara garau itu. Lembut.

Asyalaa senyum janggal.

"Okey." Balas Asyalaa perlahan.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now