•BAB 36• 🚫

145K 6K 3.1K
                                    

DEE tersenyum lebar. Gembira rasa hatinya apabila dia diterima bekerja di dalam sebuah kedai buku. Walaupun hanya di kedai buku tapi Dee sudah cukup gembira.

Janji dia sudah ada kerja!

Di sebabkan rasa terlalu gembira, Dee terlupa mahu melihat ke kiri dan kanan sebelum dia melintas jalan. Menyebabkan dia tidak perasan akan sebuah kereta yang melaju ke arahnya.

Pinnn!!!

Dee menoleh. Berderau darahnya melihat kereta yang semakin laju merapat. Dee mahu lari. Namun kakinya bagai tiada daya mahu menapak lari.

Pemandu kereta itu sempat menekan brek tapi malangnya, kereta yang dipandu terlanggar jua tubuh kecil itu. Dee dapat rasakan kepala terhentak sedikit di bahagian hadapan kereta itu sebelum tubuh kecilnya melambung sedikit dan jatuh terbaring di atas jalan.

Berkerut dahi Dee menahan sakit di seluruh tubuhnya.

Aduh...

"Maaf cik! Maaf saya tak sengaja!" Seorang lelaki bertubuh lampai yang baru sahaja melangkah keluar dari kereta. Lelaki itu pantas mendapatkan Dee.

"Cik tak apa-apa?" Wajah lelaki itu jelas kelihatan sangat risau. Menggigil sedikit tangannya mahu menyentuh Dee.

"Tak... Tak apa. Saya okey. Salah saya juga tak tengok kiri kanan sebelum melintas." Ujar Dee. Sedar ini semua salah dia.

"Tak apa. Saya pun leka sangat memandu tadi. Cik tak apa-apa?"

Dee senyum nipis sebelum dia cuba bangun dari perbaringan. Mata tunduk apabila ada rasa pedih di sikunya. Ternyata ada luka yang agak besar disitu. Pasti kerana bergesel dengan jalan tar.

"Cik cedera! Ma... mari saya tolong bawa cik ke hospital." Cemas. Lelaki itu teragak-agak mahu menyentuh Dee membantu gadis itu bangun.

"Tak apa. Saya boleh bangun sendiri." Tolak Dee seraya cuba bangkit dari duduknya. Tapi kaki dia terasa sakit pula dan akhirnya Dee terduduk semula.

"Ermm saya tolong?" Lelaki itu terus tanggalkan sut di tubuhnya dan diletak di bahu Dee. Malah sut itu disatukan menutup tubuh Dee sebelum dia memasang butang sut itu.

"I... Izinkan saya..." Lelaki itu teragak-agak hendak menyentuh Dee.

Dee jatuhkan kepala. Memberi kebenaran kerana dia pun rasa tak larat nak bangun.

"Baik." Lelaki itu kemudian penuh berhati-hati memeluk bahu Dee manakala sebelah lagi tangannya dipanjangkan ke pelipat di belakang lutut Dee.

Dee terus mengecilkan diri sebaik sahaja tubuhnya serasa melayang dicempung lelaki itu. Panas wajah Dee. Malu pula rasa dicempung lelaki asing ini. Dahlah handsome orangnya.

Eekss!

Dee terus tutup wajah dengan tangan.

Malu!















QAYDER menghempas kasar pintu kereta. Laju langkahnya menuju ke pintu utama rumah.

"Qayder!" Panggil Asyalaa. Tapi Qayder enggan menoleh memandangnya.

"Qayder tunggu!"

"Jangan dekat dengan aku." Kata Qayder dingin.

Tapi Asyalaa terus mengejar langkah Qayder sebelum dia menarik tangan lelaki itu agar berhenti melangkah.

"Qayder. Saya ta..."

"I said stay away!" Qayder pantas merentap kuat tangannya daripada pegangan Asyalaa. Tolakan kuat itu membuatkan Asyalaa yang tidak bersedia mula hilang keseimbangan dan akhirnya jatuh terduduk di tempatnya.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now