•BAB 6• 🚫

101K 5.5K 1.6K
                                    

SEPASANG mata coklat tua yang dingin itu berlanggar lama dengan sepasang mata milik Asyalaa.

Sepi.

Sunyi.

Lelaki itu.

Disebalik tactical mask itu, bentuk bibir yang tersenyum sinis tadi hilang. Senyuman itu mati.

Asyalaa menelan liur.

Gulp...

"Shhh." Bisik lelaki itu perlahan sebelum belakang leher perompak itu dihentak kuat dengan sikunya.

Bukkk!!!

Automatik tubuh perompak yang agak gempal itu mula mencondong mahu jatuh ke arah Asyalaa. Asyalaa mengecilkan diri ke dinding. Tak mahu dia sambut perompak tak guna ni!

Eee nak pengsan pun jauh-jauh sanalah!

Namun tangan lelaki tadi mencengkam kasar belakang baju perompak yang sudah pengsan itu. Menghalang perompak itu jatuh ke arah Asyalaa.

Suasana kembali sepi. Hanya sepasang mata bundar Asyalaa yang menatap lama sepasang mata dingin itu.

Lelaki ini.

"Keluar." Arah lelaki itu sepatah.

Asyalaa tersedar. Laju mata melekat ke arah luka koyakan yang agak panjang di lengan lelaki itu.

"Tapi lengan awak luka. Biar saya to..."

"Bawa dia keluar." Ujar lelaki itu perlahan.

Muncul seorang lelaki berpakaian taktikal serba hitam yang laju membolos tubuh ke dalam bank.

"Mari cik. Saya bawa cik keluar." Lelaki itu menarik paksa lengan Asyalaa agar mengikuti langkahnya.

Terasa berat kaki Asyalaa ketika itu. Namun dia akur. Di biar sahaja lelaki ini mengheretnya pergi. Namun dia sempat menoleh melihat lengan lelaki yang menyelamatkannya tadi.

Darah segar masih menitis jatuh ke lantai marmar dari luka itu.

Mesti dia sakit...



ASYALAA memandang Eugene lama. Lelaki itu bukan main pendiam lagi. Nak kata Eugene trauma sebab ditembak?

Boleh jadi juga.

Tapi setahu dia, Eugene bukan seorang yang senang nak hilang jiwa kejantanan dia tu.

Mustahil pula nak kata Eugene trauma.

"Gene. Kau okey tak ni?" Tanya Asyalaa.

Sepi. Tiada balasan. Jauh betul Eugene termenung ke arah televisyen di hadapan katilnya.

"Gene? Dengar tak aku tanya ni?"

Tiada balasan lagi. Asyalaa julingkan mata. Tak apa. Tak apa.

Pakkk!

"Auch!" Eugene terus gosok belakang kepala yang selamat ditampar manja oleh Asyalaa.

Sakit mak!

"Kau kenapa pukul kepala aku? Sakitlah." Adu Eugene.

"Saja nak repair gegendang telinga kau. Manalah tahu gegendang telinga kau jem sampai jadi pekak. Aku tanya banyak kali tak dengar-dengar. Kau fikir apa? Duk termenung macam baru lepas menduda." Bidas Asyalaa kasar.

Eugene mengeluh.

"Tak adalah. Kau nampak tak orang yang tolong papah aku kelmarin?" Tanya Eugene.

"Oh. Lelaki yang heret kau masa kau hampir nyawa-nyawa ikan tu ke? Nampak. Kenapa? Dia ada cakap apa-apa ke?" Kalau ya, besar betul impak mamat tu berikan ke atas si Eugene mamat Rusia celup ni.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now