•BAB 10• 🚫

100K 4.9K 219
                                    

"ALAA JATUH!" Tersebek-sebek bibir Nadia saat aiskrimnya terjatuh dari tangan dan selamat mendarat di atas jalan. Mahu menangis. Sudahlah dia tiada duit lagi nak beli aiskrim.

"Nadia. Awak jangan menangis." Pujuk Asyalaa. Tangan kecil itu naik menepuk bahu Nadia. Memujuk sahabatnya.

"Saya dah tak ada duit nak beli aiskrim." Nadia mula menangis.

"Tak apa. Kita beli baru ya. Saya belanja. Jom. Kita beli aiskrim baru." Asyalaa memimpin tangan Nadia ke arah kedai runcit tadi semula. Nadia akur sahaja.

"Awak nak aiskrim apa?" Tanya Asyalaa.

"Nak yang tadi jelah."

"Okey." Asyalaa senyum menayang barisan gigi comelnya. Kaki dijinjit sedikit sebelum dia menolak pintu peti beku aiskrim. Tangan kecilnya dipanjangkan ke arah aiskrim warna-warni di hujung peti.

"Dapat pun. Nah. Awak pergi bayar. Saya tunggu kat luar." Asyalaa mengeluarkan duit lima ringgit dari poket seluarnya dan dihulur ke arah Nadia.

Nadia mengelap airmata yang jatuh di pipi. Terus tersenyum dia menayang gigi yang rongak di hadapan.

"Baik!" Nadia menyambut huluran Asyalaa sebelum dia berlari ke sisi kaunter. Mahu bayar aiskrim. Orang-orang lain bayar di kaunter tapi Nadia agak pendek. Nanti abang yang jaga kaunter tak nampak. Jadi sebab itu dia ke tepi kaunter.

"Abang. Saya beli aiskrim ni." Nadia menarik hujung baju abang yang jaga kaunter.

"Lah. Beli aiskrim lagi ke?" Abang itu cuma menggeleng kepala.

Usai membayar dan mendapatkan baki, Nadia berlari ke luar kedai runcit. Tapi pelik. Asyalaa tiada.

"Asyalaa? Asyalaa?" Nadia berlari-lari anak mencari Asyalaa. Puas dia cari tapi tiada berjumpa. Asyalaa pergi mana?

"Mama. Maaf..."

"Asyalaa?" Nadia terus berlari mencari suara tangisan itu. Suara Asyalaa. Dia kenal suara itu.

Nadia terus berlari. Sekali-sekala dia menarik semula beg dukung yang terjatuh dari bahunya memandangkan beg dukungnya lebih besar daripada dia.

"Mama. Ma... maaf..."

Suara tangisan bersama sedu sedan yang semakin memberat itu semakin jelas kedengaran. Nadia terus membelok ke belakang barisan gerai kosong.

Bukkk!!!

Langkah Nadia terhenti. Membulat matanya saat melihat tubuh kecil Asyalaa yang terbaring di atas jalan tar. Pipi Asyalaa basah dengan airmata. Kedua-dua tangan kecil itu naik melindungi kepalanya. Dan ketika itu, perempuan yang membelakanginya masih sedia melayang kuat beg tangan kulit di tangannya ke tubuh kecil Asyalaa.

"Mama. Maaf... maafkan Syalaa..." Berat tangisan Asyalaa kedengaran. Sedu sedan dari Asyalaa juga semakin berat. Merayu dia meminta maaf.

Aiskrim di tangan terjatuh ke atas jalan. Tubuh kecil Nadia mula menggigil hebat. Perempuan yang masih setia memukul tubuh kecil Asyalaa dipandang lama.

Nadia tergamam.

Suara tangisan Asyalaa mendayu-dayu kedengaran di pendengarannya.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now