•BAB 4• 🚫

120K 5.3K 411
                                    

NAWRA ASYALAA terus menayang senyuman di bibir sebaik sahaja melangkah keluar dari keretanya. Silau-silau dari kamera wartawan-wartawan di kiri dan kanannya membuatkan dia rasa semakin rimas dan matanya mula sakit dengan limpahan-limpahan cahaya itu.

Too much attention.

Too much!

"Miss Syalaa."

"Miss!"

"Miss Asyalaa!"

Suara-suara lantang itu cuba menarik perhatiannya tapi Asyalaa cuma senyum dan meneruskan langkah. Mahu berehat. Banyak betul masa terluang manusia-manusia ini sampai sanggup tunggu di hadapan bangunan penthouse kediaman Asyalaa.

"Wait! Miss Syalaa!" Ada tangan menarik kasar kot labuh yang dipakai Asyalaa. Agak kuat sehingga bahagian bahu kot itu terjatuh dari tempatnya. Dee yang mengekor di belakang cepat-cepat menarik semula bahagian bahu kot itu menutup kulit putih Asyalaa.

Asyalaa hanya senyum dan menoleh ke arah perempuan muda yang menarik kotnya tadi. "Yes?"

"Oh. About the incident happened in Malaysia, can you tell us about it? About what happened actually? Or who is the culprit that tried to hurt you?" Tanya perempuan itu lantang. Diam seketika. Nyata semua wartawan di situ memang nak tahu tentang kejadian itu sahaja.

"Oh sorry. I have no comment on that. Excuse me." Asyalaa jatuhkan sedikit kepala sebelum dia menyambung langkahnya yang tergendala tadi.

Asyalaa melepaskan keluhan sebaik sahaja selamat memboloskan tubuh masuk ke dalam mansion mewah ini.

"Miss, you want me to help with anything?" Tanya Dee.

"No Dee. Just go back to your room and take a rest." Asyalaa senyum nipis ke arah Dee.

Dee tersenyum sama. "Baik cik."

Asyalaa hanya melihat sahaja tubuh kecil Dee yang semakin menjauh. Asyalaa mengatur langkah malas memanjat anak tangga. Sudahlah biliknya ada di tingkat tiga. Nak guna lift, tapi malas aku. Karang terserempak dengan...

"Oh Syalaa. You home." Tegur seorang perempuan berambut dirty blonde. Aliviyah Gemini namanya.

Asyalaa tarik nafas dalam-dalam sebelum memaksa sebuah senyuman. Khas hanya untuk perempuan itu.

"Syalaa!"

"Hi Syalaa. Welcome home babe."

Tegur lagi dua orang perempuan yang masing-masing berambut champagne-blonde dan vanilla-blonde.

Ah.

Here we go again with these blonde gemini minions.

Magenta, Aliviyah and of course Olivia Gemini.

Menyampah aku dengan tiga ketul ni.

"How are you doing aunty?" Tanya perempuan dengan rambut champagne-blonde tadi.

Asyalaa terus tayang senyum namun dalam hati gigih tahan diri dari nak tolak tiga ketul minion tu jatuh dari tangga.

Aunty bapak kau.

"I'm doing just fine. Thanks for asking. Excuse me. I need some rest. I'm tired." Asyalaa senyum lagi sebelum menyambung langkahnya.

"Oh yeah." Langkah Asyalaa mendadak berhenti sebelum dia memusingkan tubuh ke arah tiga sepupu sepapat itu kembali.

"Sorry for being alive and healthy. Well, i guess you curious if i still alive after that incident or not. So sorry babes because i survive. Well, i choose to not die yet because there is no fun for letting you guys happy that easy no?" Ujar Asyalaa tenang bersama senyuman di bibir. Sinis. Sarkastik

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now