•BAB 32• 🚫

153K 5.7K 2.4K
                                    

BERKERUT dahi Asyalaa. Mata yang masih terkatup terasa berat benar mahu dibuka. Kepala juga terasa berat dan melekat dengan bantal.

Oh i hate this.

Akhirnya Asyalaa gagahkan jua untuk membuka mata. Sepi. Suasana bilik terasa hening dan sunyi.

Asyalaa memejam semula mata. Tubuh terasa panas tapi suhu bilik terasa sungguh dingin.

Asyalaa kembali membuka mata dan meliarkan mata memandang sekeliling. Tersentak dia apabila terpandangkan Qayder yang diam duduk di kerusi di meja solek. Siku singgah di atas meja manakala tangan naik menongkat sisi kepala. Sepasang mata coklat tuanya melekat lama ke arah Asyalaa.

Erk...

Gulp...

Asyalaa menelan liur dengan renungan itu.

"Qayder? Awak tak pergi kerja ke?" Tanya Asyalaa. Serak suaranya.

"Tak. Bangun. Aku ada bawakan bubur." Ringkas sahaja bicara Qayder. Dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air kosong di atas meja solek dibawa bersama dan di letak di atas meja kecil sebelah katil.

Asyalaa memuncung sebelum matanya dipejam seketika. "Tak nak makan bubur. Apa barang makan bubur..."

Qayder memeluk tubuh. "Dah tu kau nak makan apa?"

"Saya nak ayam masak merah. Lepastu saya nak nasi tomato. Macam yang saya makan masa majlis kahwin Ummu dulu tu." Ujar Asyalaa selamba bersama mata yang masih terpejam. Kepala rasa pening pula.

Qayder menggeleng kepala sebelum punggung dilabuhkan ke birai katil.

Haih bukan main demand betul. Tak padan dengan sakit.

"Itu untuk makan tengahari nanti. Sekarang ni kau kena sarapan. Makan bubur tu dulu." Ujar Qayder tenang.

Asyalaa memuncung. Mata memandang sayu ke arah Qayder. Cuba memancing simpati Qayder.

Qayder menarik nafas dalam-dalam sebelum tangannya jatuh di sisi kanan dan kiri Asyalaa.

"Ya. Nanti aku masaklah makanan yang kau nak tu. Makan bubur dulu. Lepas tu kita pergi klinik." Pujuk Qayder lagi.

"No. No clinic. Saya sihat." Asyalaa terus bangun dari perbaringan. Buat-buat sihat. Namun tangan laju naik mengurut kepala yang terasa berpusing-pusing.

Pening.

"Hmm. Sihat sangat lah tu." Perli Qayder. Tangan mencapai mangkuk berisi bubur tadi dan mula menyudu. Kemudian dia menyuakan sudu itu ke bibir Asyalaa.

Asyalaa memuncung. Enggan makan bubur. Sekarang ni zaman moden. Mana ada orang makan bubur ketika sakit lagi.

Hahah!

"Makan." Paksa Qayder.

Akur. Asyalaa akhirnya menyambut jua suapan itu.

Eh?

Sedap pula bubur ayam ni.

"Awak masak ke?"

Qayder hanya jatuhkan kepala sebagai jawapan. Sesudu bubur disua ke arah Asyalaa lagi. Dan Asyalaa terus menyambut suapan itu.

"Sedap. Pandai awak masak." Puji Asyalaa ikhlas dari hati.

"Setakat masak bubur, semua orang boleh masak."

Pfft!

Nak terjun katil Asyalaa rasa. Kata-kata itu agak menusuk di dada. Dia tak tahu lagi macam mana aku masak bubur dulu. Di antara jadi tak jadi bubur tu. Nasib masih boleh ditelan. Masin lagi satu hal.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now