•BAB 21• 🚫

111K 5.5K 1.7K
                                    

QAYDER mengurut kepala yang terasa pening. Pening kerana terlalu memikirkan semua benda dan pening dengan tingkah Asyalaa tadi.

"Gotcha!" Bisik suara itu.

Qayder terkaku saat lekuk bibir Asyalaa bermain dilehernya. Terkejut. Qayder terus melepaskan cempungannya di tubuh Asyalaa ketika Asyalaa masih memeluk erat lehernya. Dan malangnya, Asyalaa menariknya sama saat dia mahu jatuh.

Bukkk!!!

Dua-dua terjatuh di atas sofa. Nasib baik atas sofa. Kalau ta...

Mengeras tubuh Qayder saat tersedar yang dia terjatuh menindih Asyalaa. Diam. Sepasang mata lohong hitam itu memandangnya lama dan Qayder akui. Pandangan mata hitam Asyalaa mampu membuatnya tenggelam dalam satu dunia yang dia tak pasti.

"Go away!" Qayder terus menolak Asyalaa menjauh sebelum dia bangun dan mengundur menjauhi Asyalaa.

Asyalaa bangun sama. Bibirnya menyenget nakal. Tangannya naik mengelap hujung bibirnya. Tahu ada kesan kotoran gincu di situ. Asyalaa bangun sebelum merapati Qayder yang bagai terkesima di tempatnya. Tangan naik menyentuh leher lelaki itu dan Qayder terus terkaku.

Lagi.

"Just a kiss on your neck won't harm you." Ujar Asyalaa perlahan.

Qayder mendengus kasar. Tangan Asyalaa ditepis kasar sebelum tangannya naik lagi hinggap di pipi mulus itu.

Pang!!!

Terteleng ke sisi wajah Asyalaa dengan tamparan Qayder.

"Auch! Sakitlah!" Marah Asyalaa. Tangan naik menyentuh pipi yang terasa pijar dengan tamparan tangan kasar Qayder.

"Then don't touch me!" Ujar Qayder kasar.

"But you like it. Didn't you?" Sinis Asyalaa.

"Kau nak aku tampar kau lagi ke?" Qayder berdiri tegak di hadapan Asyalaa. Wajahnya garang.

Asyalaa gigit bibir bawah. Dia mencapai kasar beg tangan dan sut hitamnya. Sebelum dia keluar, dia memusingkan tubuh menghadap Qayder.

Bibirnya tersenyum senget.

"You're not a good man Qayder." Sinis Asyalaa.

Qayder menjeling Asyalaa tajam. "So?"

Asyalaa melangkah mendekati Qayder semula. Tegak dia berdiri di hadapan Qayder.

"Kalau awak lelaki yang baik, daripada awal lagi awak dah tolak daripada disentuh dan digoda saya. But you don't resist me. Hmmph. Pity that good girl Airaa." Provok Asyalaa bersama senyuman jahat di bibir.

Qayder tersentak mendengarnya. Pandangannya berubah tajam dan wajahnya kembali tegang. "Murah sangat ke harga diri kau?"

"I don't care because at last... you're mine." Bisik Asyalaa bersama senyuman jahat di bibir. Selepas itu dia menjinjit sedikit. Bibirnya sengaja berlabuh lembut di halkum Qayder. Lama.

Qayder terkaku. Tubuhnya membatu dengan sentuhan lembut itu.

Asyalaa berundur selangkah. Namun dia memandang wajah terkedu Qayder dengan senyuman mengejek di bibirnya.

"See? You will... be mine. I can guarantee you that." Asyalaa mengenyit sebelah mata ke arah Qayder sebelum dia terus melangkah keluar dari pejabat Qayder.

Qayder menggenggam penumbuk.

"Abang Qayder?"

Qayder tersentak saat Airaa menolak lembut lengannya dengan hujung sudu. Perlahan-lahan dia memaksa sebuah senyuman ke arah Airaa. Kembali tersedar ke realiti bahawa Airaa yang ada dihadapannya. Bukan Asyalaa.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now