•BAB 45• 🚫

151K 5.8K 1.2K
                                    

BADDI tenang melangkah. Tangan kiri menghayun plastik berisi mi segera tomyum manakala sebelah tangan menyuap aiskrim magnum klasik ke dalam mulut. Langkahnya menari kecil mengikut rentak lagu di headphone yang dipakainya.

"Jahat budak jahat~ Dah terkena~ kena demam cinta~ Alamak nak jatuh." Baddi membetulkan semula headphone yang mahu jatuh dari kepala dek kerana dia duk gerak-gerakkan kepala tadi.

Okeh! Sambung nyanyi.

"Dah terkena~ kena demam cinta~ Jahat budak jahat! Grrr jahatnya kamu~ oOo jahatnya kamuh~ Engka..."

Bukkk!

"Adeh!" Jatuh melutut Baddi apabila tiba-tiba ada sesuatu memukul kuat belakang kepala. Berkerut dahinya. Sakit! Berbunyi sia tempurung kepala aku!

Baddi tersedar apabila aiskrim di tangan sudahpun hilang. Laju mata melingas mencari aiskrimnya tadi. Sah! Arwah dah aiskrim yang syok dia makan tadi. Hancur hati Baddi melihat aiskrim yang sudah terbaring terlentang di atas jalan.

Baddi mengetap rahang.

"Anjinglah kau ni. Kau tahu tak aiskrim ni berapa harga dia bo... Huh?" Berkerut dahi Baddi melihat sepasang combat boots di hadapannya.

Siapa pula ni?

Baddi mendongak memandang pemilik kasut itu.

Erk!

Bagai mahu tersedak anak tekak sendiri melihat wajah perempuan yang berdiri tegak di hadapannya. Mata perempuan itu mencerun tajam menikam wajah Baddi.

Oh–

Lawa bai awek ni.

"Shut the crap you creep." Ujar perempuan itu keras sebelum dia mengeluarkan sesuatu dari belakang tubuhnya.

Baddi tergamam. Mengeras tubuhnya saat melihat pantulan dirinya di mata tajam pedang yang diacu kemas ke lehernya. Terkelip-kelip mata Baddi.

Lah. Apahal perempuan ni?

"Mana kakak aku?" Tanya suara keras itu lagi. Perlahan.

Baddi terdiam mendengarnya. Bingung.

Kakak? Kakak apa perempuan ni nak?

"You little shit... Jangan buat-buat bodoh depan aku. Tell me. Mana kau sorok kakak aku?" Tanya perempuan itu.

"You... you can read people's mind?" Baddi terus angkat sebelah tangan menutup matanya. Tak mahu bertentang mata dengan perempuan itu.

Dang.

Menakutkan betul perempuan ni.

"Bodoh."

Zappp!!!

"Argh!" Baddi terus mengerang kesakitan apabila objek tajam tadi mengoyak kulit lehernya. Plastik di tangan kiri terlepas dan laju tangan kirinya naik menekap di sisi leher. Ada cecair di situ. Dan Baddi pasti yang cecair itu darah.

Baddi masih menutup mata dengan tangan kanannya. Bagai enggan membiarkan perempuan itu membaca fikirannya lagi. Tanpa sedar ada airmata jatuh mengalir laju ke pipi.

Sakit.

"Tell. Me. Where is she? Where is Dahlia?" Tanya suara keras Diandra.

Baddi diam. Menggigil tangannya menekap luka di leher. Airmata masih mengalir jatuh ke pipi. Tapi seketika kemudian, bibirnya menyeringai jahat. Tangan yang melekap di leher dan menutup matanya jatuh kembali ke sisi. Pandangan Baddi berubah. Matanya menikam tajam wajah Diandra.

"So... you're Diandra? That stupid cop's little sister?" Bibir Baddi menyenget jahat selepas itu.

Lama suasana antara mereka sepi.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now