•BAB 47• 🚫

151K 5.9K 1.3K
                                    

"QAYDER. Qayder sabar si..."

Bammm!!!

Terus terdiam semua saat Qayder sudahpun menendang kasar pintu di hadapannya tanpa sempat Heiden hendak menghalang.

"Move!" Arya terus memberi isyarat kepada pasukannya untuk masuk mengekor langkah Qayder.

Sepi.

Suasana bilik kecil atas bangunan ini sepi dan dingin. Tiada tanda-tanda kewujudan manusia di dalam ruangan kecil ini.

Heiden memandang pelik sekelilingnya. Mereka sudah memeriksa kesemua lima belas rumah dan bilik yang disewa Baddi. Tapi hampa. Baddi tak ada di satu pun rumah-rumah tersebut.

Pelik betul. Baddi ni psiko spesies apa?

Membazir bayar sewa hampir berbelas ribu setiap bulan tapi dia bukannya duduk pun kat rumah-rumah tu.

"South window clear." Ujar seorang anak buah Qayder yang memeriksa tingkap bilik kecil itu.

Qayder mencekak pinggang sebelum dia ketawa perlahan. Tahu Baddi punya satu permainan yang sedang di mainkan.

Semua yang ada di situ terus membatu mendengar Qayder ketawa. Hanya seketika sebelum tawa jahat Qayder tadi mendadak berhenti.

Damn.

He's crazy.

"This door is locked." Lapor Arya tenang apabila dia cuba membuka pintu di hadapannya.

Qayder menjeling pintu usang di penjuru bilik kecil itu. Langkah diatur tenang merapati Arya.

"Berundur." Arah Qayder.

"Tapi bos..."

Bammm!

Arya automatik tutup semula mulutnya apabila Qayder menendang kuat pintu itu sehingga tertanggal dari tempatnya.

Arya dan Heiden terus angkat raifal di tangan sebelum penuh berhati-hati mereka mengekor langkah Qayder masuk ke dalam tandas itu.

Kaku.

Arya dan Heiden terkaku saat terpandangkan satu susuk tubuh berlumuran darah dengan tangan yang diikat tergantung di siling.

Ini...

"Dahlia!"

Arya dan Heiden terus meluru ke arah Dahlia yang diam terikat di tempatnya.

"Lia? Dahlia?" Panggil Heiden tapi hampa. Tiada sebarang respon yang diterima. Dahlia masih kaku.

Ya Allah!

Heiden memanjat kerusi sebelum dia membawa tubuh Dahlia ke arahnya. Qayder laju memanjat para-para di sudut bilik air itu sebelum dia pantas memotong tali yang mengikat tangan Dahlia.

Heiden penuh berhati-hati menyambut tubuh Dahlia sebelum Dahlia dibaringkan di pangkuannya. Tangan menekap di pergelangan tangan Dahlia.

"She's alive!" Syukur Heiden rasa. Hampir gugur jantungnya melihatkan keadaan Dahlia yang berlumuran darah kering di wajah dan kepalanya. Pasti kecederaan di kepalanya teruk.

"Woi!" Jeritan Syed membuatkan semua menoleh ke arahnya. Syed sudah bersedia menghalakan raifal di tangan ke arah lelaki yang sedang turun dari tingkap tandas dengan menggunakan tali.

Arya berlari merapati Syed sebelum dia menolak raifal Syed menjauh.

"I'll take him. Kau pergi assist Heiden." Ujar Arya memberi arahan. Grappling hook dikeluarkan sebelum tanpa sebarang amaran, Arya terus terjun melalui tingkap bilik air. Mahu mengejar lelaki yang sedang melarikan diri tadi.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now