•BAB 42• 🚫

169K 6K 1.9K
                                    

"WOI. Bangun." Kejut Qayder. Tangan menolak lembut bahu Asyalaa.

Asyalaa terus bangun dari duduknya. Melilau mata layunya memandang sekeliling.

"Ada apa? Ada apa?"

Qayder tahan lucu melihat tingkah mamai Asyalaa.

"Bangun. Siapa ajar kau tidur lepas maghrib." Ujar Qayder lagi.

"Maaflah. Saya penat sangat. Tu yang tertidur lepas solat maghrib tadi." Asyalaa menyikat rambut yang sudah berserabai dengan jari jemari runcingnya

Qayder senyum sahaja. Dia faham kalau Asyalaa penat. Sudah hampir seminggu Asyalaa kena buli belajar masak dengan umi. Kemas rumah lagi.

Kasihan isteri.

"Bangun. Pergi solat isyak dulu baru boleh tidur."

"Awak dah solat isyak?"

"Dah."

"Alaaa sampai hati tak tunggu saya."

"Bangun. Pergi solat cepat. Jangan lambat-lambatkan solat." Qayder menarik lengan Asyalaa agar bangkit dari katil. Asyalaa akur.

"Awak nak pergi mana?" Tanya Asyalaa apabila Qayder terus menuju ke pintu.

"Turun."

"Okey." Asyalaa terus berlari masuk ke dalam tandas.

Qayder menggeleng kepala. Langkah diatur menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu.

"Umi." Tegur Qayder apabila melihat Tengku Sumayyah menatang dulang dengan seteko air teh panas. Qayder mengambil dulang itu dari tangan Tengku Sumayyah dan dibawa ke meja kopi di ruang tamu.

"Ayah, along dengan Raiyan mana?" Tanya Qayder.

"Ada kat atas lagi lah tu. Ayah tu macam biasalah. Mesti buat kerja dia sekejap." Ujar Tengku Sumayyah.

"Asyalaa mana?" Tanya Tengku Sumayyah.

"Kat atas lagi umi. Dia nak solat isyak dulu."

"Oh. Qayder duduk lah sini dulu. Umi nak ke dapur lagi. Ada hal lagi sikit." Ujar Tengku Sumayyah.

"Baik umi." Qayder melabuhkan punggung ke atas sofa. Tangan memandang sepi kaca televisyen di hadapan sana. Entah cerita apa agaknya. Layan jelah.

Lama juga Qayder duduk sendiri di tempatnya sebelum muncul satu lembaga bertelekung di hadapannya. Qayder angkat kepala.

"Asyalaa. Dah solat ke belum..." Terkelu Qayder apabila Asyalaa naik ke atas sofa sebelum melabuhkan punggung di atas pahanya. Asyalaa terus jatuhkan dahi ke dada Qayder dan mata dipejam selepas itu.

Mengantuk.

"Asyalaa. Syalaa! Bangun. Jangan macam ni. Malu nanti orang nampak." Bisik Qayder perlahan. Tangan menepuk bahu Asyalaa lembut.

"Alaaa sekejap je. Nanti dia orang dah turun awak kejutlah. Saya penat." Asyalaa memusingkan kepala ke sisi. Telinga yang menekap di dada Qayder dapat menangkap degup jantung Qayder yang sedikit lari dari normal.

Qayder melepaskan keluhan. Akhirnya dia biarkan sahaja. Dia bersandar sedikit ke sofa dan menarik tubuh Asyalaa agar merapat sehingga abdomen mereka bersentuhan.

Diam.

Mungkin Asyalaa suka agaknya melekat dengan orang macam ni. Suka hati kaulah Asyalaa. Asalkan kau bahagia.

Tangan Asyalaa memeluk sedikit batang tubuh milik Qayder. Kepala ditoleh ke sisi. Apabila merasa tak selesa, dia memusingkan kembali ke sisi. Menekap kemas telinga kanan di dada bidang Qayder.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now