•BAB 5• 🚫

99.8K 5.3K 549
                                    

ASYALAA melangkah masuk ke dalam bank. Suasana bank yang agak sunyi sepi dengan semua orang membatukan diri membuatkan Asyalaa dan Eugene berpandangan seketika. Senyap sunyi. Eugene angkat bahu. Mungkin hari ini hari disiplin satu Malaysia?

Asyalaa buat tak tahu sahaja dan kembali menyambung tindakannya yang tergendala sebentar tadi. Dia nak keluarkan duit sedikit memandangkan Eugene sibuk meminta dia belanja dompet kulit LV limited black yang dia nampak di mall tadi.

Nasib baik member.

Lagipula Eugene sahabatnya sejak Royal International High School dulu. Eugene pun bukannya seorang yang duk minta belanja sepanjang masa.

"Banyak kau ambil duit. Nak beli apa?" Tanya Eugene.

Asyalaa tayang penumbuk.

"Kau minta aku belanja dompet tadi kan? Aku nak belanja lah ni. Lagi nak tanya." Bidas Asyalaa.

Terus melebar senyum di bibir Eugene. "Serius lah nak belanja aku? Tapi... tiga ribu lebih kut. Aku gurau je lah. Dompet aku elok lagi."

Eugene mengeluarkan dompet hitam jenama polo dari poket seluarnya. Dompet kulit berwarna hitam itu memang masih cantik. Cuma sudah agak usang sedikit. Tapi masih boleh dipakai.

Asyalaa terus jeling Eugene tajam.

"Nak aku belanja ke tak nak?"

"Eh. Kau dah offer mestilah aku nak." Eugene sengih. Sukalah tu. Eugene bergurau sahaja sebenarnya tadi masa dia ternampak dompet limited edition LV black tu.

Cantik gila. Limited edition tu. Tapi tak sangka pula Asyalaa mahu belanja dia.

Dan inilah antara salah satu sebab kenapa dia suka berkawan dengan Asyalaa. Asyalaa tak pernah kedekut. Tak kisahlah sama ada dari segi bantuan nasihat, duit ataupun ilmu. Masa belajar di sekolah menengah antarabangsa di London dulu, Asyalaa selalu belanja dia makan. Bukannya Eugene tak ada duit. Duit tu ada cuma dia simpan sebab nak beli headphone untuk gaming. Dia pun malas nak minta duit ibunya sebab tak mahu menyusahkan orang tua.

Eugene punyalah lama kumpul duit untuk headphone tu, last-last dah ada orang beli dulu. Broken juga Eugene dibuatnya. Jadi lepastu dia pun habiskan duit-duit yang dia kumpul tu untuk beli makanan. Memang selepas tu kerja dia makan sahaja. Broken punya pasal.

Eugene ingatkan Asyalaa akan marah kalau dapat tahu tentang itu. Tapi Asyalaa tak marah pun. Malah Asyalaa siap tempah satu headphone khas limited edition siap ada nama Eugene lagi sebagai hadiah hari lahirnya yang ke tujuh belas dulu.

Haih.

Kadang takut jugalah sebab Asyalaa ni terlalu senang keluarkan duit untuk orang. Senang cerita Asyalaa ni macam bakal spesies yang senang nak kena scam.

"Hehe. Terima kasih Syalaa." Eugene menampar lembut bahu Asyalaa selepas itu.

Asyalaa buat muka.

Eiii mengadanya. Tak padan lelaki.

"Tapi kan, mana black card kau? Guna jelah card kau yang terlalu VVIP tu. Buat susah je keluarkan duit bagai." Bebel Eugene.

"Sekarang aku ni dah sengkek." Balas Asyalaa ringkas. Tak mahu berbicara lebih tentang hal itu.

"Tapi ka..."

Bang!!!

Prang!!!

Eugene automatik menarik Asyalaa seraya sama-sama jatuhkan tubuh di atas lantai.

"Arghhh!"

Asyalaa angkat kepala. Tersentak dia melihat pintu kaca bank sudahpun pecah.

Eugene angkat kepala apabila ada sesuatu berlanggar dengan sisi kepalanya. Membulat mata Eugene apabila ada satu parang terjatuh betul-betul di situ.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now