•BAB 25• 🚫

134K 5.9K 1.1K
                                    

QAYDER melabuhkan punggung di atas katil sebelum tubuh disandarkan ke kepala katil. Tab nipis di atas meja kecil sebelah katil di capai. Mahu memeriksa jika ada email penting.

Sepi.

Qayder tenggelam seketika dalam dunianya. Sebelah tangan naik menyentuh bibirnya. Perlahan-lahan bibirnya menyenget sendiri.

Hmm.

Not bad.

Qayder geleng kepala dan kembali fokus memandang tab nipisnya. Lama suasana sepi sehinggalah pintu bilik air terbuka dari dari dalam.

"Uuu sejuk." Gumam Asyalaa. Tangan ligat mengelap rambutnya yang lembap. Air di kampung ini sejuk gila. Tak ada water heater, maka terpaksalah Asyalaa mandi air sejuk tu.

Menggigil tubuh Asyalaa. Asyalaa berlari-lari anak mahu menutup pintu balkoni dan tingkap. Selepas itu, Asyalaa naik ke atas katil sebelum dia duduk bersila di sebelah Qayder.

Diam.

Qayder angkat kepala memandangnya. Asyalaa terus menarik senyum. Tapi entah mengapa pipi Asyalaa tiba-tiba rasa berbahang.

Mungkin sebab peristiwa tadi...

"Ini kampung. I suggest you to not wear this kind of dress." Ujar Qayder tidak bernada.

Asyalaa tunduk memandang dress satin nipis bertali halus di tubuhnya. Lah kenapa pula? Bukannya aku pakai ke luar sana pun.

"Dah malam Qayder. Tak ada orang tengok pun." Asyalaa memeluk tubuh. Terasa sejuk betul suasana di kampung ini.

Qayder menjeling Asyalaa dengan ekor mata.

"Sejuk." Beritahu Asyalaa perlahan.

"Aku dah kata." Qayder mendengus perlahan. Beg baju miliknya dicapai sebelum baju pijama satin berwarna merah hati dikeluarkan.

"Pakai." Serentak itu Qayder mencampak baju pijama itu ke arah Asyalaa.

Patuh. Asyalaa terus menyarung baju pijama berlengan panjang itu ke tubuhnya.

Oh. Baru rasa hangat sedikit.

"Terima kasih." Ucap Asyalaa sebelum dia jatuhkan tubuh ke atas katil empuk itu.

Selesa betul.

Qayder meletakkan tab nipis tadi ke tempatnya semula sebelum dia bangkit. Suis lampu bilik di matikan. Langkah diatur ke katil semula.

"Qayder? Oh Qayder?" Panggil Asyalaa.

Berkerut dahi Qayder mendengarnya. Qayder melabuhkan punggung di atas katil.

"Qayder?" Tangan Asyalaa menepuk lembut lengan Qayder. Qayder julingkan mata.

"Ya. Aku ada je kat sini. Tak lari pun."

"Kenapa awak matikan lampu? Gelap lah. Tak ada lampu tidur ke?" Tanya Asyalaa.

"Tidur je lah." Balas Qayder dingin. Selamba Qayder jatuhkan kepala di atas bantal. Mahu tidur.

"Saya... tak selesa." Ujar suara itu. Sangat perlahan. Tapi cukup buatkan Qayder terdiam sendiri.

Dia takut gelap ke?

"Hmmm. Sini." Qayder menarik lengan Asyalaa ke arahnya.

"Ini betul ke Qayder?" Tanya Asyalaa.

"Taklah. Ini jembalang dia." Bidas Qayder. Dia menarik lagi lengan Asyalaa agar merapatinya.

"Baring." Arah Qayder. Asyalaa patuh. Laju dia jatuhkan kepala ke atas lengan Qayder. Rasa selesa dengan kehangatan dari tubuh itu, Asyalaa bergerak sedikit merapati Qayder sebelum kepalanya dijatuhkan di bisep lelaki itu. Dapat dia rasakan tubuh lelaki itu mengeras seketika sebelum kembali tenang.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now