Bab 1

60.2K 3.2K 499
                                    

       ELENA SOPHIA memegang tangan tua yang berada di hadapannya itu dengan perasaan yang sebak. Sudah seminggu ayahnya itu terbaring lesu di atas katil hanya dengan bantuan alat pernafasan. Tubuh Tan Sri Emran juga penuh dengan wayar yang berselirat, menunjukkan betapa teruknya keadaannya saat itu. 

"Dad kena cepat pulih. Dad cakap nak tengok El kahwin, kan? So please.. Wake up," ujar Elena dengan tangisan yang ditahan. 

Tubuh Tan Sri Emran yang terbaring di atas katil hospital itu ditenungnya sebak. Sudah seminggu ayahnya itu terbaring lesu di atas katil hanya dengan bantuan alat pernafasan.

"El.." Bahu Elena diusap oleh seseorang dibelakang. Elena memegang tangan yang mengusap bahunya lalu dia melentokkan kepala disitu.

"Dad kuat. Mom yakin dad akan bangun." Bahu anaknya itu diusap untuk memberi semangat. Tangisannya juga tidak mampu ditahan apabila melihat kesedihan yang ditayangkan oleh Elena.

Betapa rapatnya Elena dengan ayahnya.

"Pihak polis dah hubungi mom tentang kemalangan dad?" Tanya Elena dengan mata yang berkaca. Dia cuba untuk menguatkan diri bertanya tentang kemalangan yang menimpa ayahnya.

Perlahan-lahan Puan Sri Rafea menggelengkan kepala, "Polis tak jumpa apa-apa bukti yang boleh sabitkan kemalangan itu memang disengajakan."

Elena menarik senyum tipis. Dia sendiri yang akan cari bukti jika pihak polis masih tidak menjumpai apa-apa..

Sama ada musuh politik ayahnya sahaja yang akan menyebabkan kemalangan tersebut.

Politics is a scary things.

"Tak apa, mom. Lama-lama kebenaran akan terbongkar juga."

Elena menarik senyum lebar cuba untuk menutup perasaan hiba di hati.

"Mom duduk sini. El nak turun bawah pergi kafe." Tangan ibunya ditarik perlahan dan dia menolak ibunya lembut ke atas kerusi disebelah katil.

Puan Sri Rafea menganggukkan kepalanya.

Elena memboloskan diri ke dalam lif. Lif yang agak padat dengan para pengunjung hospital itu membuatkan Elena berasa agak tidak selesa.

Nafas ditarik dalam dan dihembus dengan perlahan.

Tiba-tiba dia merasakan ada seseuatu sedang mengusap sebelah pinggulnya. Mata El menjeling ke arah sebelah kiri dan kanannya.

Kedua-dua belahnya itu merupakan lelaki. Di sebelah kanannya ada seorang lelaki yang memakai baju polo berwarna cerah manakala disebelah kirinya pula..

Seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dari atas hingga ke bawah. Lelaki itu mengenakan sebuah jaket kulit berwarna hitam dan tidak lupa sebuah ray ban yang tergantung di pangkal hidungnya.

Bibir merah lelaki itu diperhatikan. Uh..

Sangat menggoda.

Serta-merta Elena menggelengkan kepalanya. Jangan jadi gatal, Elena!

Tak menunggu lama, Elena mengundurkan diri sedikit. Dia mahu tahu siapa yang merabanya.

Badannya didekatkan dengan lelaki yang berada di sebelah kanannya dan sekali lagi dia merasakan sebuah usapan dipinggulnya.

Sah! Memang sah lelaki yang berjaket kulit hitam itu yang merabanya!

"Excuse me?" Ujar Elena dengan berani dia menentang mata dengan lelaki yang memakai kaca mata hitam tersebut. Entah lelaki itu memandangnya atau tidak kerana ekspresi lelaki itu hanya kekal beku sahaja dari tadi.

"Hey, pervert!" Suara Elena agak tinggi cuba untuk menggamit perhatian lelaki tersebut. Tak semena-mena seisi lif itu memandang Elena.

"What do you want?" Lelaki dingin itu bersuara.

"You touched my butt, did you?"

Ding!

Serentak itu, lif terbuka. Dengan pantas lelaki itu melangkah keluar dari situ tanpa memandang ke arah Elena sedikit pun.

"Stupid." Sempat Elena menangkap bait kata lelaki berjaket kulit hitam tadi.

Stupid?! Dia sebut stupid kan?

Elena mengikuti langkah lelaki itu yang semakin menjauh itu. Sampai sahaja dihadapan motor berkuasa tinggi itu, Elena terhenti.

Lelaki itu sudah mengenakan helmet diatas kepalanya. Wajahnya terlindung disebalik helmet hitam itu kecuali anak matanya sahaja yang kelihatan.

Kalau tadi Elena dapat lihat bibirnya, sekarang dia dapat lihat anak mata lelaki itu tadi. Biru pekat.

Sinaran matahari yang terik itu membuatkan mata lelaki itu semakin menyerlah.

Matanya tajam bagaikan sebilah pedang.

"Ikut I pergi balai." Ujar Elena berani.

"What?"

"I tak kira, you dah raba I so you kena ikut I pergi balai. I nak laporkan pasal you, biar meringkuk dalam penjara!"

"Tepi." Elena mencebik. Reti bahasa melayu rupanya?

Dia masih statik disitu tidak mengendahkan arahan lelaki itu.

Tangan didepakan dihadapan motorsikal mewah tersebut, tidak mahu jejaka berjaket hitam itu pergi dari situ.

"Aku takkan teragak-agak untuk langgar kau."

Elena memekakkan telinga. Dia anak kepada seorang tokoh korporat yang terkenal di Malaysia. Dia tak akan senang-senang sahaja dipijak oleh orang lain! Tidak akan!

"Merda." Carut Black dalam bahasa Itali.

Motornya dihidupkan dan dia tidak teragak-agak langsung untuk memecut ke arah perempuan yang masih berdiri statik menghalang laluannya.

Elena terdorong ke tepi apabila motorsikal yang dipandu oleh lelaki tadi hampir-hampir sahaja melanggar tubuhnya.

Black tersenyum sinis disebalik helmet yang dipakai. Stupid woman.

"Hey!!" Elena bangun dari duduknya lalu dia menepuk telapak tangannya beberapa kali menghapuskan habuk dan kekotoran.

Tak guna!

"El?" Sapaan seorang lelaki dari arah belakang serta-merta membuatkan Elena berpaling. Wajahnya dimaniskan ke arah lelaki yang menyapanyanya tadi.

"Apa El buat dekat sini?" tanya Affan, abang sepupu merangkap tunang Elena sebaik sahaja Elena berpaling memandang ke arahnya. 

"El tengah tunggu abang lah. Abang cakap nak datang melawat Pak Long kan," jawab Elena dengan lembut. Takkanlah dia mahu beritahu bahawa dia baru sahaja bergaduh dengan seorang lelaki, tidak cukup dengan itu nyawanya hampir-hampir sahaja melayang jika dia tidak sempat mengelak tadi.

Affan menganggukkan kepalanya, "Alright. Jom, sayang."

"Jangan panggil El sayanglah! El malu, tahu tak?!" Merah menyala wajah Elena apabila Affan memanggilnya sayang. Bukan malu kerana tidak suka, akan tetapi dia malu kerana baginya perkataan itu sungguh istimewa.

"Alah nanti kita nak kahwin juga, kan?" Affan tersenyum memandang wajah merah Elena. Panggil sayang pun malu.

"Malas lah El layan abang.." Elena menjuihkan bibirnya ke hadapan.

Dengan cepat, dia terus mengatur langkah meninggalkan Affan di belakang. Tawa kecil terlepas dari bibir Affan apabila melihat langkah Elena yang agak tergopoh-gopoh. 

"El?" Berkerut dahi Affan apabila melihat Elena yang seakan-akan tergamam di tempatnya berdiri. Matanya turut sama memandang ke arah tempat di mana Elena pandang.

"Pencabul! Pencabul! Pencabul" Figura seorang wanita yang sedang memukul lelaki berbaju t-shirt polo yang berwarna cerah itu dipandang oleh mereka berdua.

"El kenal ke?" soal Affan apabila Elena masih lagi statik di tempatnya. Wajah wanita itu berkerut, dicampur dengan perasaan resah dan serba salah.

Elena terus menggelengkan kepalanya laju bagi penjawab pertanyaan Affan. Dalam hati, hanya dia yang tahu betapa menyesalnya dia kerana telah menuduh orang yang salah.

Stupid Elena!

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now