Bab 21

34.6K 2.9K 636
                                    

"CIK ELENA!! Saya rindu Cik Elena!" tempik Intan sebaik sahaja majikannya itu mula melangkah masuk ke dalam ruangan besar syarikat tersebut.

"Intan, slow sikit suara tu," ujar Elena kepada pembantu peribadinya membuatkan gadis yang berusia 23 tahun itu tersengih malu.

"Sorry, boss. Lama tau saya tunggu bos masuk kerja balik." Kalau boleh, ingin sahaja dia memeluk tubuh Elena.

"Ada-ada je lah awak ni." Elena meneruskan langkahnya bersama Intan yang setia disisi.

Sampai sahaja dihadapan lif, dia menghentikan langkahnya kemudian Intan dengan serta merta menekan punat pada lif tersebut.

Lama Elena mendiamkan diri sambil menunggu lif. Minda dan fikirannya hanya tentang kelakuan Black tadi. Adakah Black hanya menganggap ia sebuah skit dan lakonan semata-mata?

"Great acting, Sophia."

Senyuman tawar terukir pada seulas bibirnya apabila teringat ayat yang ditutur oleh suaminya tadi.

If only he knows it wasn't an acting.

"Cik Elena! Cik Elena tak nak masuk ke?!" tanya Intan dengan suara yang agak meninggi.

Lamunannya terus mati dan dia menganggukkan kepalanya perlahan. Just forget about it Elena. Kau bukan siapa-siapa pun.

"El!" Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke dalam lif besar tersebut, suara lelaki yang amat dikenalinya itu membuatkan dia berpaling.

"Elena!" Affan mendekatinya dan Intan.

"We need to talk," kata Affan dengan perlahan. Mata Elena ditenung sedalam mungkin cuba untuk memujuk wanita itu.

"No. I tak ada benda nak cakap dengan you," Penuh lagak Elena melontarkan ayat tersebut. Tak menunggu lama, dia terus memboloskan diri ke dalam lif tanpa menghiraukan Affan yang sedang merenungnya tidak puas hati.

Pintu lif yang baru sahaja ingin tertutup itu terus ditahan oleh Affan.

Tak menunggu lama, pergelengan Elena dicengkam dengan kuat dan ditarik dengan penuh perasaan amarah.

"Eh apa tuan ni?!" Intan disebelah cuba merungkaikan pegangan Tuan Affan pada majikannya.

"This is my bussiness with her. You have literally no right to interfere, Intan," tutur Affan sambil menatap tajam seraut wajah polos Intan.

"Eh kenapa pula? Cik Elena ni bos saya tahu?!" Sekuat mungkin Intan cuba merungkaikan cengkaman Affan pada Elena namun lelaki itu semakin menguatkan cengkamannya.

Berkerut dahi Elena menahan sakit yang mula terasa di pergelengan tangannya.

"Intan. Tinggalkan saya dengan Elena," arah Affan dengan intonasi yang cuba dikawal.

Mata para pekerja mula terarah pada kekecohan yang dibuat oleh Affan dan Intan.

"No, Intan. You stay here."Akhirnya Elena bersuara kemudian renungan tajam Affan olehnya itu dibalas berani.

"Intan!" jerkah Affan berharap Intan akan tinggalkan dia dan Elena sendirian disitu.

Terhinjut bahu Intan dibuatnya. Kini seisi bangunan itu mula menumpukan perhatian kepada mereka bertiga.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now