Bab 9

31.6K 2.7K 872
                                    

        PINTU almari yang berada di dalam bilik tersebut dibuka oleh Elena. Takkan lah dia nak mandi lepastu pakai baju yang sama?!

Baik tak payah mandi kalau macam tu..

Elena mengeluh buat kesekian kalinya. Punggung direhatkan di atas katil besar di dalam bilik tersebut.

Bunyi loceng yang ditekan dari luar menggamit perhatian Elena. Tidak menunggu lama, Elena terus buka pintu utama dengan tergesa-gesa.

Kelihatan dua orang lelaki sedang berpandangan di antara satu sama lain dengan pandangan yang keliru.

Di tangan mereka berdua terdapat beberapa plastik dan paper bag.

Lelaki disebelah kanan menyenggol lengan lelaki disebelahnya.

"Bang, betul kan ni rumah Black," bisik lelaki disebelah kanan tersebut.

"Ye. Betul lah ni," jawab lelaki disebelahnya pula.

"Er cari siapa, ye?" Dahi Elena berkerut.

"Oh kita orang nak hantar barang.."

"Uncle paus, jomlah kita masuk." Seorang kanak-kanak terus menarik tangan lelaki disebelah kiri.

"Ye, uncle.. Ni kan rumah Black." Seorang lagi kanak-kanak bersuara

Oh Elena tidak perasan kewujudan dua orang kanak-kanak dibawah tersebut. Kecil sangat!

"Kau ni budak." gumam Firdaus.

"Awak ni siapa, ye?" Aariyan bertanya kepada Elena.

"Elena. Saya menumpang dekat sini seminggu."

"Weh! betul lah yang kita sangka, bang! Black memang ada simpan perempuan dekat rumah dia sebab tu dia suruh kita beli baju ni!" Bahu Firdaus disenggol kuat oleh Aariyan.

Firdaus berdecit geram, "Sakit, bodoh!"

"Oh korang kawan Black ke? Masuk lah." Pintu dibuka luas oleh Elena menjemput para tetamu Black masuk.

"Black keluar tadi sampai sekarang masih belum balik," ujar Elena sebaik sahaja mereka duduk di atas sofa.

"Haah, dia ada bagitahu tadi. Ni kita orang singgah nak bagi baju dengan makanan." Aariyan menghulurkan beg kertas yang berisi pakaian kepada Elena.

Uish seriuslah ini Aariyan Khair? Sopan nau..

"Thanks.." Elena tersenyum kekok.

Mana tidak kekoknya jika lelaki yang bertopi putih itu tidak lepas merenungnya.

"Woi! Kau kenapa tenung dia macam tu." Aariyan menyenggol lengan Firdaus dengan lebih kuat.

"Haih, I rasa macam kenal lah you ni.."

Seketika, mata Firdaus terbuntang luas.

"Oh, ye!! Elena Sophia, right? Wedding of the year yang tak jadi tu!" Firdaus berdiri dari tempatnya.

"Uncle! Bising!" jerit Rizqin tatkala suara Firdaus kuat bergema di dalam rumah tersebut.

"Diam!" balas Firdaus. Sebok je budak ni!

Firdaus menjeling Kayra dan Rizqin yang sedang menghadap televisyen. Buat macam rumah sendiri je dua orang ni!

"Maksud you?" Elena memandang lelaki yang masih belum dia kenali namanya itu dengan pandangan hairan.

"I Firdaus tapi you boleh panggil Fiffy, manager Hera Boutique.. I masih ingat lagi kes empat tahun lepas yang majlis kahwin tak jadi tu.. It's you, right? Anak Tan Sri Emran, ahli korporat yang sering jadi sebutan ramai."

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now