Bab 24

35.1K 3K 634
                                    

ELENA memandang tanah dihadapannya itu dengan perasaan sebak. Tenungannya kosong tetapi hatinya dihimpit rasa pilu. Tanah yang masih merah itu kini telah menjadi rumah baharu ayahnya, Tan Sri Emran.

Puan Aisya disebelah memeluk erat anak yang sudah dianggap seperti anak kandungnya itu. Bahu Elena diusap seolah-olah memberikan semangat.

"Mak Ngah dengan Pak Ngah balik dulu ye, sayang?" Datin Hasnah mengusap belakang badan Elena.

Elena menganggukkan kepalanya sahaja. Hilang sahaja kelibat keluarga adik ayahnya itu membuatkan hati Elena semakin sedih. Tangisan yang ditahan akhirnya pecah jua.

"El.." Puan Aisya semakin menguatkan pelukannya.

"El, hari dah nak hujan. El tak nak balik lagi ke?" tanya Puan Aisya bimbang akan kesihatan Elena.

Langit sudah bertukar gelap menandakan bila-bila sahaja hujan akan turun ke bumi. Elena menggelengkan kepalanya lemah, dia mahu duduk dikubur itu dahulu sehingga dia berasa tenang.

"Kalau macam tu ibu balik dulu, ye? Kesian Puan Sri seorang diri dekat rumah," ujar Puan Aisya kepada Elena.

Tadi sebaik sahaja menerima berita tentang kematian suaminya, kesihatan Puan Sri Rafea terus merudum jatuh.

Puan Sri Rafea yang telah tersedia lemah itu akhirnya pitam ketika dia menyaksikan sendiri mayat suaminya dibawa turun ke liang lahad.

Sayangnya dia kepada sang suami, sehingga kesihatannya juga turut merosot.

Elena tersenyum tawar, "Ibu balik lah."

Tangan Puan Aisya yang berada di bahunya itu dipegang.

"Ibu balik dulu ye? El jangan lama-lama dekat sini, hari dah nak hujan.." Seraya itu, Puan Aisya juga turut bangun dari tikar yang dihampar disebelah kubur tersebut.

Tubuh Puan Aisya yang semakin menjauh itu hanya dilirik dengan ekor mata.

Matanya kini kembali menatap kosong kubur dihadapannya.

"Apa yang El nak buat tanpa dad?" tanya Elena sebak seolah-olah dia sedang bercakap dengan Tan Sri Emran.

Ya, dia lemah. Sekarang ini, dia merupakan orang yang paling lemah.

Guruh berdentum menandakan hujan bakal turun bila-bila masa sahaja. Kepala didongakkan ke atas memandang langit gelap.

Titisan hujan yang pada mulanya hanya renyai akhirnya berubah lebat. Baju dan selendang berwarna hitam yang dipakai oleh Elena kini seratus peratus telah basah.

Affan yang hanya mampu memerhati dari jauh itu tersenyum kelat. Dia.. turut terluka apabila melihat Elena terluka.

Dia hanya mampu melihat Elena dari jauh kerana Elena bukan lagi miliknya. Perempuan yang dahulunya merupakan satu-satunya permata yang dia miliki kini sudah menjadi permata orang lain.

Perlahan-lahan dia juga turut menapak keluar dari kawasan perkuburan Islam tersebut.

Elena masih sama dari tadi, memandang kosong ke arah kubur yang telah menjadi tempat ayahnya. Air matanya kian lebat turun membasahi pipi seiring dengan titisan hujan.

Kepalanya diangkat apabila dapat dirasakan tiada lagi titisan hujan yang menjamah tubuhnya.

Senyuman tipis terukir di bibir pucat Elena apabila melihat Black sedang memegang sebuah payung bagi menghalang hujan dari mengenai tubuhnya.

"Let's go, gorgeous.." Sebaris ayat yang ditutur oleh Black itu membuatkan Elena bangun dari duduknya.

Langkah kakinya longlai, menunjukkan betapa lemahnya dia saat ini. Perasan akan keadaan Elena yang lemah, Black terus bertindak memeluk bahu isterinya.

Sebelah tangan lelaki itu memeluk bahu isterinya, manakala sebelah lagi memegang payung.

Dan mereka sama-sama keluar dari kawasan tanah perkuburan itu.

Masuk sahaja ke dalam kereta, Elena hanya mendiamkan diri. Dia lebih banyak termenung.

Black menghidupkan enjin kereta mewahnya itu kemudian badan dipusingkan menghadap si isteri.

"Sophia, look at me," arah Black.

Elena terus memandang Black dengan perasaan kosong.

"Aku bagi kau 15 minit, Sophia.."

"After that fifteen minutes, I don't want to see a drop of your tears coming out through these beautiful eyes," ujar Black lembut.

Tangannya bergerak memegang kepala Elena kemudian ibu jarinya naik mengusap tubir mata yang basah itu.

Elena menganggukkan kepalanya lemah.

"Aku bagi kau ruang," kata Black seraya keluar dari kereta tersebut. Dia ingin berikan Elena ruang untuk lepaskan segala rasa sedih yang terbuku di dada.

Keluar sahaja Black dari kereta tersebut, Elena terus menghamburkan tangisan buat kesekian kalinya.



"FEELING so much better?" suara Black menyapa gegendang telinga Elena sebaik sahaja dia membuka matanya.

Dia menganggukkan kepala bagi menjawab persoalan si suami.

Tiga hari berlalu sejak kematian Tan Sri Emran, dan Elena semakin boleh menerima ketentuan Allah SWT.

"Good girl," kepala Elena diusap.

"Harini kau kena jumpa peguam ayah kau." Black mengingatkan Elena tentang hal tersebut.

Wasiat akan dibaca oleh Tuan Razak, selaku peguam keluarga mereka.

"Kau nak aku teman?" tanya Black.

"Tak apa. I boleh pergi sendiri." Elena menggelengkan kepalanya.

Selepas bersiap, Elena terus berlalu ke rumah agamnya. Black pula sudah lama ke pejabat. Sampai sahaja di rumah tersebut, senyuman palsu ditarik olehnya sebaik sahaja melihat ahli keluarganya yang lain telah berkumpul.

Setelah hampir 30 minit, akhirnya Tuan Razak, peguam peribadi kepada Dato' Azam mula meminta diri.

"Itu sahaja pembahagian harta pusaka pada hari ini. Sebarang ketidakpuasan hati berkenaan wasiat ini hendaklah diutarakan di pejabat guaman saya."

"Saya pergi dulu," ujar Tuan Razak seraya
menghulurkan tangan kepada Dato' Azam dan anaknya, Affan.

Huluran disambut dan Tuan Razak terus melangkah keluar dari perkarangan rumah elit tersebut.

"Dato' nak makan dahulu ke? Saya dah siapkan makanan," tegur Puan Aisya kepada adik majikannya.

"Tak perlu. Saya perlu balik sekarang. Affan, jom!" penuh lagak Dato' Azam berbicara. Affan menarik nafas sedalam yang mungkin apbila terkenangkan dia bakal menjadi tempat melepaskan amarah lelaki tua itu lagi.

"Pak ngah balik dulu ye, El?" lembut bicara Dato' Azam kali ini kepada Elena.

"Baik, Pak Ngah." Elena mengoyakkan sebuah senyuman.

"Jaga diri dan mom, ye?" Penuh makna lelaki tua itu melontarkan pesanan tersebut.

Elena yang langsung tidak dapat menangkap maksud tersirat itu hanya mampu tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now