Bab 15

33.8K 2.7K 1K
                                    

        PEMANDUANNYA tenang bagaikan tiada gangguan yang diterima dari sebelah. Dari permulaan perjalanan mereka, mulut gadis disebelahnya itu langsung tidak berhenti membebel dan mengomel.

"Pak cik teksi tu mesti menyesal punya tak beli telefon nokia-"

"Shut up." Terus terhenti bebelan Elena apabila suara dingin Black menyapa gegendang telinga.

"Okay, fine." Mata digulingkan ke atas. Nak berbual pun tak boleh.

"Kita kan nak kahwin nanti, so you kena lah sesuaikan diri dengan situasi yang akan datang. Banyak lagi benda yang you perlu tahu tentang I, Black. So, I nasihatkan you supaya ubah fikiran dan lupakan sahaja rancangan you untuk kahwin dengan I."

"I don't care." Sebaris ayat yang dilontarkan oleh Black itu cukup membuatkan perasaan geram dalam diri Elena bertambah.

Setiap ayat yang ditutur oleh Black pasti akan menyakitkan hatinya. Punyalah panjang lebar dia bermadah, lelaki itu hanya hanya jawab 'I don't care'.

Menyakitkan hati!

"Auch." Elena mendesis perlahan. Tangannya naik memegang telapak tangan kanannya yang mula berasa pedih.

Black menjeling perempuan disebelahnya itu dengan ekor mata. Malas ambil tahu.

Beberapa minit kemudian, mereka sampai ke perkarangan rumah besar milik Black. Elena mencebikkan bibir apabila lelaki disebelahnya itu terus meninggalkannya sendirian di atas kereta.

Kut ye pun, pelawa lah dia masuk juga.

Tak menunggu lama, dia turut keluar dari kereta sport milik Black kemudian pintu rumah besar itu dibuka perlahan-lahan.

Sofa yang berada di ruang tamu menjadi tempat berehatnya kemudian telapak tangan yang mula berasa pedih itu ditilik.

"Sini," kata Black dengan nada dingin membuatkan Elena terus mengangkat wajahnya. 

Di tangan Black terdapat sebuah kotak putih yang Elena yakin merupakan kit kecemasan.

Black melabuhkan duduk disebelah Elena kemudian lengan Elena yang dilapisi fabrik panjang itu ditarik mendekatinya.

"You- you nak buat apa ni?" Tergagap-gagap Elena dibuatnya apabila tubuh tegap lelaki itu terasa amat dekat dengannya. Dapat dirasakan hembusan nafas berbau mint lelaki itu.

Tangannya cuba ditarik dari pegangan Black namun lelaki itu lebih bijak mengeratkan pegangannya pada lengan yang berlapik tersebut.

"Stay still," ujar Black tanpa memandang ke arah Elena kemudian telapak tangan Elena yang sudah kering dengan darah itu dilap menggunakan kapas basah.

Siap mencuci luka di telapak tangan Elena, krim antibiotik dioleskan di kawasan luka tersebut menggunakan cotton bud.

Mata bundar miliknya ralit menilik wajah tampan milik Black yang tekun mengoles krim di telapak tangannya.

"Is it okay to fall in love with you?" tanya Elena tiba-tiba.

Diam.

Tiada jawapan dari Black membuatkan bibirnya mula mengoyakkan senyuman tipis. Masih terlalu awal untuk kau jatuh cinta dengan dia, Elena.

Pertanyaan Elena dibiarkan bagai angin berlalu. Langsung tidak berminat untuk menjawab persoalan perempuan tersebut.

"Macam mana kau boleh luka?" tanya Black setelah siap merawat luka di telapak tangan Elena.

"You lupa ke you yang kejar I?" tanya Elena. Dalam hati dia sudah tergelak jahat.

Agaknya kalau Black tahu apa yang dimaksudkan olehnya itu, lelaki itu marah atau tidak?

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now